Showing posts with label Tinta. Show all posts
Showing posts with label Tinta. Show all posts

Sunday, 10 May 2015

Pemimpin

Pemimpin,
Aku yakin mereka bijak pandai,
Lulusan institusi pendidikan terbaik,
Dalam negara mahupun luar negara,
Diiringi CGPA tinggi,
Aku yakin mereka punya ilmu di dada.

Pemimpin,
Aku yakin mereka punyai skil,
Skil memimpin,
Skil berkata-kata
Skil merancang,
Pendek kata serba-serbi 'soft skills' mereka ada,
Melayakkan diri mereka dinobat sebagai seorang pemimpin.

Pemimpin,
Sayangnya cuma satu,
Jika tidak dikaburi,
Kekuasaan & harta kekayaan,
Pasti akan jadi pemimpin yang terbaik buat rakyat.

Pemimpin,
Buka mata,
Buka telinga,
Buka hati,
Lihatlah dan dengarlah,
Keluh kesah rakyat marhaen.

Doa tulus dari seorang rakyat marhaen,
Semoga Tuhan bukakan hati pemimpin-pemimpin yang terpilih untuk memimpin dengan tulus ikhlas. May Allah bless Malaysia.

*Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta*
*Di bawah langit biru terbentang luas*
*8.46am, 10 Mei 2015*

Tuesday, 27 January 2015

Ingatkan daku

Langit biru terbentang luas
Memberikan ketenangan
Mengingatkan aku
Sempurnanya penciptaan langit tidak tercapai dek akal 

Waktu yang telah berlalu
Tidak mungkin diulang kembali 
Mengingatkan aku
Setiap detik dan saat adalah harta yang perlu dihargai

Kasih yang tidak kesampaian
Bersarang di sudut hati
Mengingatkan aku
Perasaan itu bukan di tangan kita

Kehilangan sesuatu yang disayangi
Sementara atau selamanya
Mengingatkan aku
Segalanya hanyalah pinjaman

Kekecewaan dalam kehidupan
Mengingatkan aku
Setiap kejadian dalam hidup
Adalah di luar bidang tadbir kita

Kerana aku 'an-nas' (manusia)
Yakni  bermaksud lupa
Sentiasa ingatkan aku
Jangan biar aku lupa
DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali

Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta
Duduk di meja study
27 Januari 2015
11.15pm
*****

“Dan sesungguhnya Kami akan memberikan dugaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (nyawa) dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpakan dengan musibah, mereka mengucapkan;
“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” 
[Al-Baqarah: 155-156]


post signature post signature

Tuesday, 16 December 2014

A Short Memo To The Unknown

Assalamualaikum...

Dear unknown future spouse,

No matter who you are and where you are... My doa and hope for now...
Can you 'please' protect your heart and keep your 'sweet talk' yang manis mengalahkan gula2 kapas or bergundi-gundi gula dari kilang gula dekat rumah my nenek nun di sana, until we are in a blessed relationship. InshaAllah... I will do the same.

Sincerely,
Your future spouse.

"Bila jarak itu melemahkan, yakinlah bahawa doa itu mendekatkan"

post signature post signature

Friday, 17 October 2014

To write...

This maybe cliche advice
But
To write beautiful things
One has to read
To write such deep things
One has to read
To know how to write beautifully
One has to read

Read in any topics you can
Don't just be a stagnant reader
The one who reads only one genre
That's boring

Go for politics, economics, sciences,
All those mind blowing stuff
You may not know what you will find
And from there
You may know what kind of thoughts you may discover

Observe people, learn from them
Not backbiting or labelling them
To learn from life can actually help you to write
To write you have to think
To think you have to see
To see you have to ponder upon things
To ponder upon things you have to have a kind heart
A heart full of positivity

Then you can start writing a quality stuff
Unlike this

;)

post signature post signature

Sunday, 31 August 2014

Kisah Aku, Kamu, Mereka dan Kita

Aku dengan pendirian tersendiri
Berjalan meneliti masa
Merentas hiruk pikuk dunia
Sambil menulis satu kisah

Kamu dengan wacana tersendiri
Gagah dijinjing
Menongkah arus kehidupan
Sambil menulis satu kisah

Mereka dengan perjuangan tersendiri
Mengibarkan layar kukuh
Meneraju bahtera perjuangan
Sambil menulis satu kisah

Kisah Aku, Kamu dan Mereka mungkin sangat berbeza
Mengambil haluan yang berlainan
Bila Aku memilih untuk ke kanan
Kamu memilih untuk ke kiri
Mereka pula terus maju ke hadapan

Namun Aku, Kamu dan Mereka
Membentuk Kita
Kita berpijak di atas bumi yang sama
Kita berkongsi atmosfera yang sama
Kita dijadikan sebagai Khalifah
Mentadbir bumi milik Dia Yang Satu

Semoga ada keserasian antara Kita
Kerana akhirnya
Kita berkongsi satu kisah yang sama
Aku, Kamu dan Mereka tidak akan kemana
Tanpa menulis kisah Kita

Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta
Masih berteleku di atas katil menanti azan subuh
Tarikh keramat Malaysia; 31 Ogos 2014
5.50 pagi


*****

Salam Kemerdekaan Malaysia ke-57
Kita laungkan setiap tahun...
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Dan salam sayang juga buat rakyat Malaysia dari insan kerdil yang masih mencari erti kemerdekaan kehidupan yang sebenar. Jangan marah, kalau marah kena jual. Kalau tak marah teruskan berkasih sayang! :)


Friday, 29 August 2014

Sesuatu yang Menari-nari di Minda

Kala tersedar dari lamunan yang panjang
Teringat aku suatu ketika dahulu
Sebelum aku pantas berlari
Aku belajar mengesot
Kemudian merangkak
Setelah seketika
Kaki mungilku bingkas mahu bangkit
Berpasakkan tangan mak, abah, dinding, meja dan kerusi
Aku belajar bertateh
Bangun, jatuh, bangun, jatuh dan bangun kembali
Itu perkara biasa
Mengenal langkah pertama, kedua dan seterusnya
Kini aku pantas berlari
Berkejaran ke sana sini
Tanpa rasa kekok seperti langkah pertamaku
Suatu ketika dahulu

Maka dengan itu aku tersedar
Mungkin kerana itu ada orang kata
Mahu menjadi penulis
Jadilah pembaca dahulu
Sebelum jadi guru
Jadilah anak murid dahulu
Mahu mencorakkan dunia
Belajarlah mewarna dahulu

Aku orang muda
Adakala
Berkobar-kobar semangat di dada
Tinggi iltizam
Adakala
Terlalu rakus mengambil langkah
Terus berlari pecut

Bukan apa
Aku orang muda
Kadangkala
Lupa melihat sejarah
Ya
Sebelum aku bisa berlari
Aku bertateh terlebih dahulu

Sabar
Kehidupan itu ada seninya tersendiri
Jangan lupa
Selangkah-selangkah menapak
Moga kelak tidak sakit jatuh tersungkur
Serta mampu bangkit andai terjatuh

Wacana buat diri sendiri
Kerana ia seperti menari-nari di minda

*****

Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta
Sambil mengunyah mini samosa
11.58am

Sunday, 24 August 2014

The Puisi

Sahabat ,
Biarpun kita jarang contact ,
Namun hubungan kita tak akan terputus ,
Doa mampu menguatkan ukhuwah kita ,
Ukhuwah kita akan kekal saat doa berterusan .

Tuhan ,
Jaga dia untukku ,
Kala ku masih jauh dari dia ,
Jaga dia untukku ,
Saat ku masih jauh dari dia .

Kesayangan ,
Aku diam bukan tanda aku lupakanmu ,
Dalam sunyiku ,
Aku sedang berusaha belajar dekatkan diri kepadaNya ,
Agar aku dapat utuskan doa rindu padamu melaluiNya .

Aku yakin ,
Doa tulus ikhlas dapat meresap ke dalam hatimu ,
Percayalah sahabatku ,
Aku tidak pernah menyesal mengenali dirimu .

Perkenalan ku dengan dirimu adalah anugerah ,
Anugerah yang sangat bermakna buat diriku ,
Percayalah padaku ,
Aku tidak pernah bencikan dirimu ,
Malah semakin kuat ikatan kasih sayangku padamu .

Mungkin ini dapat menguat kita ,
Lambang ukhuwah ,
Lambang persahabatan ,
Aku dengan kamu .

Tuhan ,
Utuskan doaku pada Rasulullah SAW ,
Utuskan doaku pada orang-orang yang aku sayangi ,
Aku yakin dengan kekuatan doa ini ,
Aku yakin doa ini dapat meresap ke dalam hati mereka.

The Puisi... :')

Tuesday, 5 August 2014

Bulan, Harapan dan Impian


Dikala waktu malam
Ku renung ke langit luas
Hitam...
Kelam...
Gelap...
Dan kesunyian membelenggu diri
Ku cari cahaya bulan

Di manakah kamu
Wahai bulan
Malam terasa pudar tanpamu
Disisi...
Malam terasa sunyi tanpamu
Disisi...
Malam terasa tidak lengkap tanpamu
Disisi...

Dalam hitam, kelam dan gelap
Di satu sudut angkasa raya
Bulan datang menyapa
Sambil membiaskan cahaya terang
Aku di sini
Tiada ke mana
Setia di angkasa raya
Akan sentiasa menemanimu

Sapaan bintang menggegarkan lamunanku
Terus merenung langit Ilahi
Ya
Itu kamu wahai bulan
Cahaya terangmu seolah-olah benar sedang menyapaku
Cahaya terangmu seolah-olah memberi petanda 
Menyinari dunia malamku

Jangan bersedih wahai diri
Kau punya angkasa raya setia menemanimu
Umpama bulan 
Sentiasa hadir dikala kelam menyelubungi
Tidak pernah pergi
Malah datang dengan harapan
Walau kesedihan sedang melewati

Jangan bersedih wahai diri
Kerana aku percaya
Impianku amat tinggi
Setinggi mimpi ingin menggapai bulan
Tapi bulan hanya cantik dipandang 
Namun sukar di gapai
Apatah lagi di miliki

Namun hadirnya bulan 
Sentiasa memberi harapan
Walau tidak memiliki
Sekurang-kurangnya aku masih berusaha
Dan masih dapat melihatmu
Dari kejauhan
Oh Bulan Harapan

Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta
Duduk menghadap  CleanMate warna hijau
10.00 pm


post signature post signature

Saturday, 28 June 2014

Random Intan #11 : Alangkah indahnya jika melupakan itu semudah ...

Sebaik-baik amarah adalah dengan memaafkan
Sebaik-baik dendam adalah dengan memaafkan
Kemaafan mampu diberi
Andai ada yang sudi menghulurkan tanda maaf
Persoalannya...
Bagaimana pula dengan melupakan...

Alangkah indahnya jika
Melupakan itu semudah
ABC
Namun kamu terlupa sesuatu
Masa mula-mula nak mengenal
Apa itu abjad
ABC dan seterusnya
Merangkak-rangkak
Dari satu abjad
Ke satu abjad
Akhirnya barulah kamu mengenal
A hingga Z

Alangkah indahnya jika
Melupakan itu semudah
Memadam tulisan di atas kertas putih
Namun kamu terlupa sesuatu
Tulisan itu
Mungkin tidak akan terpadam 100%
Ada kesan-kesan
Masih berbekas di situ
Kertas putih itu
Tidak akan kembali putih seperti asal
Namun ia masih boleh digunakan

Alangkah indahnya jika
Melupakan itu semudah
Mencabut pokok yang telah mati
Dari pasu bunga
Namun kamu terlupa sesuatu
Tanah itu pasti akan berlubang
Perlu digantikan dengan tanah baru

Alangkah indahnya jika
Melupakan itu semudah
Football player tendang bola
Keluar padang
Namun kamu terlupa sesuatu
Selagi permainan tidak tamat
Bola akan tetap kembali ke dalam padang
*Kesan World Cup meh!*

Alangkah indahnya jika
Kamu mengerti bahwa
Melupakan itu sesuatu yang tidak pasti
Kerana..
Kita manusia diciptakan dengan akal
Yang menyimpan segala memori
Memori yang tidak akan mampu
Dipadam...semudah menekan butang 'Delete'
Apa yang mungkin...
Memaafkan dan membiarkan memori itu berlalu pergi...
Seperti sungai mengalir ke muara
Satu titik pertemuan dengan lautan
Biarkan ia bebas berlalu pergi ke kawasan yang luas...

Selalunya orang kata...
Selamat malam...
Forgive & forget...
Should I change it to...
Selamat malam...
Forgive & Let it go...
Lebih munasabah!

Baiklah!
Selamat Malam
Forgive & Let it go
Assalamualaikum...

Saturday, 14 June 2014

Cerita Pungguk Dan Bulan

Assalamualaikum...

Membuka bicara...


Dari kejauhan Pungguk merenung
Tatkala siang melabuhkan tirai
Menantikan bulan berkunjung tiba
Memberikan seri kepada malam yang gelap

Pungguk dan bulan
Terpisah bertrillion batu
Pungguk di sini
Bulan di sana
Pungguk sedar ada jurang yang sangat besar antara mereka
Tidak tercapai Pungguk
Kerana dia bukanlah Neil Armstrong
Dia hanyalah si Pungguk yang memiliki sayap biasa
Namun begitu Pungguk masih setia
Menanti Bulan muncul di balik awan

Mahu berkata-kata kepada Bulan
Pungguk karangkan warkah ringkas

***

Apa khabar bulan?
Lama tidak bertanya khabar
Bukan tidak peduli
Kerana aku khuatir
Kamu tidak suka
Kerana kamu tidak pernah membalas soalku
Tidak mengapa
Hanya mengenang di sudut hati

Kamu baik bulan?
Lama tidak bersua
Bukan bersembunyi
Kerana aku khuatir
Kamu tidak selesa
Lalu aku memerhati dari jauh
Nyata
Kamu baik sahaja

Bagaimana kisah hidupmu Bulan?
Lama kamu tidak bertukar cerita
Tidak mengapa
Aku doakan kisah yang gembira untukmu

Kamu ingat aku bulan?
...
Tidak mengapa
Aku tidak mengharap jawapan darimu
Cukuplah menatap sinarmu yang menerangi gelap malam

Oh Bulan
Cukuplah aku dapat melihat
Serimu dari kejauhan
Dalam diam
Tanpa balasan kata-kata
Cukup
Memadai

***

Setianya Pungguk pada Bulan
Membuatkanku mahu berkata-kata
Kepada Bulan

***

Bulan
Tahukah
Kamu punya perindu
Dalam diam

Bulan
Tahukah
Kamu punya pemuja
Sepanjang zaman

Bulan
Tahukah
Kamu punya Pungguk
Perindu sepi dan Pemuja setia

***

Setianya Pungguk pada Bulan
Membuatkanku mahu berkata-kata
Kepada Pungguk

***

Pungguk
Setianya engkau pada Bulan
Sanggup bergadai masa
Tanpa sebarang lelah

Pungguk
Setianya engkau pada Bulan
Walau tanpa balasan kata
Tiada rasa kecewa

Pungguk
Setianya engkau pada Bulan
Tiada berbelah bahagi
Dua atau tiga dan seterusnya
Hanya satu
Pada Bulan



Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta
Mencari Bulan dalam  gelap malam
11.40pm

*********************************************************************************

Yang pasti kisah Pungguk dan Bulan ini hanya dongeng semata-mata
Tiada kaitan antara hidup ataupun yang telah pergi
Jika ada terkait itu hanyalah kebetulan sahaja
AHAKS!

***

Aku bukanlah Pungguk yang merindukan Bulan
Bahkan bukan jua 
Bulan yang tidak mengendahkan Pungguk
Aku hanyalah...
Intan
Bukanlah Permata
Bukan jua Berlian
Akulah
Intan Zubaidah
Menulis sebagai satu terapi bagiku
Ahaks! = )

***

Jika Pungguk mampu setia kepada Bulan
Mampukah kita setia kepada Pencipta kita, RasulNya dan AgamaNya?

Pesanan buat diri sendiri

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...


post signature post signature

Thursday, 29 May 2014

Saya tiada idea

Pernah tak rasa nak menulis
Tapi tak tahu nak tulis apa
Terasa kekeringan idea
Namun begitu
Jari terus menaip
Menaip
Menaip
Dan
Menaip
Persoalannya
Apa yang ditaip
Kelihatan beberapa patah perkataan
Membentuk baris-baris ayat
Menghasilkan satu perenggan
Tapi tadi kata tengah kekeringan idea
Tapi tadi kata tak ada modal nak tulis apa
Itu kerana
Minda sentiasa bergerak
Ligat memikirkan sesuatu
Cuma kadang-kadang kita tidak memberi peluang kepada diri
Untuk mendengar
Mendengar apa
Mendengar suara dari kotak fikiran kita sendiri
Mendengar suara halus dari minda kita sendiri
Yang sedang menyatakan sesuatu
Bila kita rasa tak ada idea
Sebenarnya
Ada sesuatu yang sedang berlegar-legar di minda
Dalam diam
Dengarkan ia berbicara kepada kita
Dengarkan ia memberitahu sesuatu
Mungkin kita akan menjumpai sesuatu di situ
Siapa kata 'tak ada idea la...'
Minda dah berkata-kata sebenarnya
Kadang-kadang mulut sahaja yang menafikan
Siapa yang meletakkan halangan kepada idea dalam minda kita
Diri kita sendiri
=)

Monday, 26 May 2014

The Search

[Credit]

I search for happiness...
Through wealth
Through position
Through power
Through beauty
But the more I try to dig it
The happiness fades 

I search for love...
Spent my life running for creation's love
I got the love
But the more I run for it
The more it evades me
Too much of conditions
And I lost it

I search for the world...
What I've got
Lost
Lonely
Confusion
...
...
...

I closed my eyes
Lowered my head
Stay still in that position
With humbled
Asked for strength
From whom
From The One who has the answers

Resume
The search...

I search for happiness...
Through Allah
I saw someone else struggle for a better life
Then I realized
How blessed I am
I have all I need

I search for love...
 People's heart turns easily
But Allah never leaves me alone
Run towards HIM
In the belief
The love of creation will run after me 

Reflection of life...
Search completion in the incomplete.

Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta
Home Alone!
6.45pm


“O Allah I ask You a soul (self) that is contented with You; accepting Your decree, contented with what You give, and believe in meeting You.”

post signature post signature

Saturday, 17 May 2014

A letter from 23 to 24

Assalamualaikum…

Dear 24 years old Intan,

Hi, I am your past. We are in the same body created by Allah S.W.T.  but I have seen the world before you. The moment you read this letter, I'm no longer here and have become part of your life history.

As 24 years old girl, do not forget your responsibilities to our Pencipta. Jaga ibadah yang wajib especially solat 5 waktu sehari semalam & puasa. Dan jangan lupa ibadah-ibadah sunat. If possible, try to find sebanyak masa yang boleh untuk buat ibadah sunat.  Baca al-quran & try to understand makna-makna disebalik bacaan tersebut. Ada permata yang kita cari selama ini.

Jaga mak & abah, hormati mereka. Mereka sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Try to listen more and talk less with mak & abah. That are the secrets how to handle them. But if you want to say something, talk with them nicely dan nada suara yang rendah. I notice that we have high pitch voice, tapi cukupla sekadar untuk digunakan nyanyi choir or nasyid. Salah nada kekadang orang boleh salah faham dan terasa hati.

You are not perfect, sometimes you will make mistakes. But when you make mistakes, admit it first then muhasabah diri. Jangan terlampau dibelenggu dengan ego sehingga mengaburi segala-galanya. Set in your mind that mistake is one of teacher in your life. Learn from past mistakes, improve and move forward. It's ok untuk buat salah, but never repeat the same mistake twice. Ambil yang jernih buang yang keruh.

Be open to accept something new or changes. Dalam kehidupan seharian kita, akan sentiasa ada benda baru untuk di pelajari. Kita tak sempurna dan tak semua benda kita tahu dan tak semua benda kita je yang betul.

Learn to FOCUS and SENSITIVE to your environment!

Find the goods in people and especially yourself. Yeah, semua orang ada kelemahan masing-masing as we are not perfect. But…cuba fokus kepada nilai positive dan improve nilai yang negative tu. Jangan terlalu memandang negative to yourself.

24 years old Intan, I did planned something for you and our future. Tolong sambung and hope it goes well. But in case, somethings happen dan tak menjadi seperti yang dirancang. Bertenang…because Allah knows what's the best for you. Allah is preparing something better for u, me and our future.

Dan semua itu hanya sekadar reminder to you & our future. Remember, I'm your past. I made mistakes. I want you to learn from it and hope you won't repeat the same mistakes in future. Learn from it!OK!

Hope you'll be someone better than me. Istiqamah dan dapat buat dengan lebih baik lagi. Kalau rasa lonely sangat, sentiasa ingat Allah kerana Dia sentiasa melihat kita, even kalau cakap apa-apa dalam hati pun Dia tahu. Ingat kekasihNya dan tengok cermin; you'll see someone who always accompany you no matter what happens. Letak tangan di dada or tepuk bahu & smile. You'll feel much better! Trust me!

 "Remember that happily ever after doesn't exist here in this world, it exists in the next world - in Jannah".

Short & simple from me.

All the best, 24 years old Intan.

Sincerely,
23 years old Intan.
I'm deactivate…

P/S: Peoples said age is just a number… Umur adalah benda yang akan bertambah dalam kehidupan kita tanpa perlu buat apa-apa. Setiap detik yang berlalu akan membuatkan umur kita bertambah. Semaki berlalu masa, semakin meningkat umur, semakin kematian menghampiri kita. Syukur, Alhamdulillah atas nikmatMu yang dipinjamkan hanya untuk sementara ini.



post signature post signature

Tuesday, 13 May 2014

Duduk merenung langit

Adakala kita perlu duduk bersendirian,
Mungkin duduk merenung langit,
Memikirkan tentang perihal sekeliling,
Memikirkan isu semasa,
Memikirkan perkembangan ummah,

Adakala kita perlu duduk bersendirian,
Barangkali duduk merenung langit,
Memikirkan tentang diri sendiri,
Memikirkan tentang kehidupan,
Memikirkan hala tuju yang masih kabur,
Memikirkan dosa-dosa lalu,
Adakah telah diampuni?

Mungkin masa belum tiba untuk mencari cinta,
Mungkin masa untuk memperbaiki cinta dengan Pencipta Yang Maha Esa.

Mungkin langit tidak dapat berkata-kata,
Namun langit mampu memberi ilham,
Dalam diam,
Tanpa kata.

Silent...

Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta
13 Mei 2014
Tersenyum melihat langit

Friday, 9 May 2014

Pop Quiz!


[Credit]
Boring???
Yup!
Do you want to play pop quiz?
Ok. Let's play!!! *excited!*
What is love?
Emm..feeling
Do you know where feeling comes from?
Psychologist said feeling comes from brain
Do you know where is your brain?
In my headof coz
Do you think you can feel it?
Of coz I can't feel it physically. But I can find it…its right…here *raba2 kepala*
Do you feel love?
Aaaaa…yup!
Do you know where is your love?
Aaaaa…Difficult question…I don't know…
Do you think you have it with you?
Emm…I'm not so sure…
Do you think you lost it?
I don't know.
Do you think feeling of love is mystery?
Yaaaa…
Then what's in your brain is a mystery…

***

Are you at peace with yourself?
Emmm…yes & no
Why?
Sometimes~~~internal conflict 
-.-"

***

You felt something so strong, but…

Not everything happened as how your brain thought.

***

post signature post signature

Saturday, 26 April 2014

Goodbye Hope


I have stopped
Hoping for something
Something that I know won't happen
Hoping for someone
Someone that I know won't be there
Hoping for shoulder
Shoulder that I know won't be by my side
At times that I hope
It would be there
Dear hope
I've given up on you
Now I let you go
And I'm saying goodbye
Stay away from what's supposed to be avoided 
And I'll be fine



post signature post signature

Friday, 18 April 2014

Kisah satu malam

Di gigi air
Duduk berteleku

Memerhati
Manusia berlegar-legar
Mencari hala tuju
Mengisi kelapangan masa
Dalam kegelapan malam

Mendengar
Desir ombak
Berderu menghentam daratan
Memecah keheningan
Malam yang sunyi

Merenung
Di sebalik awan
Dalam kesamaran
Sang rembulan muncul
Memecah kawanan awan
Membias cahaya
Menerangi malam yang gelap

Mendongak
Langit Ilahi terbentang luas
Bintang-bintang bertaburan
Bebas di angkasaraya
Menambah seri
Kepada suatu yang bernama malam

...silent...
shhsss...
orang katil sebelah dah tidur~~~

Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta
18 April 2014
12.27 am
Atas katil milik Mohsin Chalet

Saturday, 12 April 2014

Dalam Diam

Assalamualaikum…

Membuka bicara…

Di satu sudut kuhamparkan tubuh
Tersadai longlai rebah ke bumi
Diam membeku 
Tidak dapat mengertikan rasa sebuah lelah

Keberanian terasa amat menyesakkan
Membangkitkan rasa getar dihujung langkah
Hampir ku hilang arah
Menyaksikan kerapuhan jiwa

Satu rasa menjentik ke dalam hati
Terlalu angkuh mengejar duniawi
Terlalu yakin dengan segalanya
Hingga terleka seketika

Dalam diam
Membasuh luka dari dalam
Mencuci palit di dasar sukma
Membuka pautan yang menggari sanubari
Merasai kuasaNya dalam diamku 

Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta
12 April 2014
9.08 pm
Atas katil dalam bilik

...Silent…

...Last but not least...



post signature post signature

Thursday, 10 April 2014

Pelangi Kehidupan

Assalamualaikum…

Membuka bicara...

[Kredit]
Adakala 
Kita perlu merasai kesakitan
Bagi mensyukuri nikmat sihat

Adakala 
Kita perlu merasai jatuh
Bagi menghargai manisnya berdiri tegak

Adakala 
Kita perlu merasai sibuk
Bagi mengerti apa itu ketenangan

Adakala 
Kita perlu merasai ketakutan
Bagi mengenal sebuah kekuatan

Sebagaimana 
Kita memerlukan hujan
Bagi menyaksikan keindahan pelangi yang bewarna-warni

Tangis
Tawa
Duka
Suka
Jerih perih
Kejayaan
Itulah warna-warni yang menjadi penyeri
Pelangi sebuah kehidupan

Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta
10 April 2014
9.30 pm
Atas katil dalam bilik

…silent…   


post signature post signature

Sunday, 30 March 2014

Mengejar Suatu yang Pasti

Assalamualaikum…
Membuka bicara...



Selama ini..
Semakin ku mencari
Semakin ia bersembunyi
Semakin ku tagih
Semakin ia menghindar
Semakin ku mengejar
Semakin ia berlari
Semakin ku dekati
Semakin ia menjauh

Kini…
Ku lepaskan ia pergi
Terbanglah dengan bebas
Berlarilah dengan tenang 
Mencari arah tersendiri
Menuju destinasi pasti

Dan…
Aku di sini
Setia menanti
Sambil mencari destinasiku
Menggapai realiti
Lebih indah dari sebuah mimpi
Mengejar suatu yang dijanjikan pasti
Tiada keraguan
Menuju pintu abadi



Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta
30 March 2014
12.02pm
Bergantung di buaian memandang langit Allah S.W.T. yang terbentang luas

…silent…  




post signature post signature