Monday 30 June 2014

Ramadan : The Beginning - Action Plan

Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie!!!

Alhamdulillah...hari ni da masuk hari kedua dalam bulan Ramadan. Hope belum terlambat nak ucapkan 'Ahlan Wasahlan Ya Ramadan' dan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan yang mulia lagi penuh barakah ini... =)

[Credit]

For me, Ramadan tahun ini terasa agak berbeza, macam ada satu perasaan misteri. Masih mencari-cari kenapa, mungkin suasana yang berbeza dengan semangat yang agak berbeza.

Actually tadi menggodek-godek sesuatu yang bermanfaat untuk di baca, I found one fun, cute, colourful and attractive action plan for our Ramadan.

Credit to Owh So Muslim (OSM) for created this ohsemmmmm~~~ reminder!
































Cute kan! But it was not just for fun. Ada mesej yang nak disampaikan. 

Maybe boleh dijadikan as guideline dalam sebulan di bulan Ramadan ni. Even dah masuk hari kedua, masih 

belum terlambat untuk beramal.

Teringat pesanan seorang kakak dekat office dulu..."Selamat merebut pahala bergunung-gunung". Pesanan
paling berhemah buat diri ini. Jazakillah khairan kathira. =)

InshaAllah... Mudah-mudahan dipermudahkan dalam bulan ini.

Opsss...dah pukul 6 lebih ni. Maybe ada yang sibuk nak prepare juadah berbuka. I'm done! 

Make it simple and meaningful. (^_^)

Sekian sahaja dari insan yang masih terus mencari dan memperbaiki diri. Yang baik itu dari Allah S.W.T segala kekurangan itu dari insan yang tidak sempurna ini. Jika ada tersalah-silap mohon tegur dengan berhemah.

Salam sayang & jangan marah! Kalau marah kena jual, kalau tak marah teruskan berkasih sayang. = )

Till we meet again Incik Bloggie!


Wassalam...
post signature post signature

Saturday 28 June 2014

Random Intan #11 : Alangkah indahnya jika melupakan itu semudah ...

Sebaik-baik amarah adalah dengan memaafkan
Sebaik-baik dendam adalah dengan memaafkan
Kemaafan mampu diberi
Andai ada yang sudi menghulurkan tanda maaf
Persoalannya...
Bagaimana pula dengan melupakan...

Alangkah indahnya jika
Melupakan itu semudah
ABC
Namun kamu terlupa sesuatu
Masa mula-mula nak mengenal
Apa itu abjad
ABC dan seterusnya
Merangkak-rangkak
Dari satu abjad
Ke satu abjad
Akhirnya barulah kamu mengenal
A hingga Z

Alangkah indahnya jika
Melupakan itu semudah
Memadam tulisan di atas kertas putih
Namun kamu terlupa sesuatu
Tulisan itu
Mungkin tidak akan terpadam 100%
Ada kesan-kesan
Masih berbekas di situ
Kertas putih itu
Tidak akan kembali putih seperti asal
Namun ia masih boleh digunakan

Alangkah indahnya jika
Melupakan itu semudah
Mencabut pokok yang telah mati
Dari pasu bunga
Namun kamu terlupa sesuatu
Tanah itu pasti akan berlubang
Perlu digantikan dengan tanah baru

Alangkah indahnya jika
Melupakan itu semudah
Football player tendang bola
Keluar padang
Namun kamu terlupa sesuatu
Selagi permainan tidak tamat
Bola akan tetap kembali ke dalam padang
*Kesan World Cup meh!*

Alangkah indahnya jika
Kamu mengerti bahwa
Melupakan itu sesuatu yang tidak pasti
Kerana..
Kita manusia diciptakan dengan akal
Yang menyimpan segala memori
Memori yang tidak akan mampu
Dipadam...semudah menekan butang 'Delete'
Apa yang mungkin...
Memaafkan dan membiarkan memori itu berlalu pergi...
Seperti sungai mengalir ke muara
Satu titik pertemuan dengan lautan
Biarkan ia bebas berlalu pergi ke kawasan yang luas...

Selalunya orang kata...
Selamat malam...
Forgive & forget...
Should I change it to...
Selamat malam...
Forgive & Let it go...
Lebih munasabah!

Baiklah!
Selamat Malam
Forgive & Let it go
Assalamualaikum...

Tuesday 24 June 2014

Back To Basics

Assalamualaikum...

Hi Incik Bloggie~~~

Alhamdulillah... Finally dah berjaya habiskan membaca buku 'Back To Basics' by Norhafsah Hamid. What I can said it's a wonderful book by an amazing author. Definitely a must read book to all Muslims. Seriously~~~

Secara ringkas, the author shared about her own life in beautiful way, gave me an inspiration in searching the right path and a way back to Islam. Born as a Muslim, but still terasa macam ilmu tu sangat sikit. Sangat rasa tertampar ye bila membaca dari satu chapter ke satu chapter.

There's one chapter the author writes about Rasulullah SAW. Kalau ditanya 'kamu kenal Rasulullah SAW?' not just the author, me too will answer 'Of course I know him, all Muslim know him kan...'. Tapi sejauh mana tahap kita mengenali baginda. Slap on my face! Ouch! Then the author explained clearly why Rasulullah SAW itu menjadi kekasih Allah. Truth to be told, at first aku pun macam tertanya-tanya sedangkan Nabi Adam A.S. merupakan manusia pertama yang dicipta Allah. Ya, Nabi Adam A.S. adalah manusia pertama yang dicipta Allah SWT. Nabi Muhammad SAW pula adalah nur (cahaya) atau ruh pertama yang Allah cipta. Now I understand why... Face palm...*kalau pasal retis2 serba-serbi tahu!*.

Kebetulan Ramadan pun bakal berkunjung tiba. Penulis bercerita bagaimana dia mencari Ramadan dan Syawal yang dirasakan makin hilang serinya. Dan juga kisah malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu malam LailatulQadar. Kenapa Allah rahsiakan malam tersebut, hanya exclusive untuk hambaNya yang exclusive. "He will only reveal that night to whom He Wills."

Narrated Aisha ra:  Rasulullah SAW said, "Search for the Night of Qadr in the odd nights of the last ten days of Ramadan." Sahih Bukhari

Ada dua chapter lagi yang turut memberi tamparan yang sangat hebat. The author writes about "Fashionably Modest" and "Happiest Women in the World".

Quote from 'Back to Basics' book.

"...women, are like sparkling diamonds, if you let too many hands touch it, not only it will get dirty with too many smudges and finger prints, it will also lose its shine and lustre."  

The advice from Wise Owl to author...
"Sister, woman in Islam is like rare diamond. We need to keep it under wrap because if we expose her, then the wrong person might steal her away. Her beauty is only to be admired by those who are 'chosen' and privileged. Her beauty will remain rare if she can only be seen by selected people. If an item can be seen by everyone and touched by everyone then it will become common. Women are also like rare flowers, if we expose it to the sun, it will wilt and shrivel but if we keep it covered and safe, it will bloom for a very long time. You need to decide for yourself whether you want to be a rare jewel or a common flower."

Wow. Terasa seperti terkena kejutan elektrik sekejap, terdiam, tersentak sekejap masa baca ni atas katil. For me, its too deep.

Dan...petang tadi agak hilang punca dan menyebabkan kemarahan yang tidak sepatutnya dan tidak semena-mena. Tapi tak adalah sampai mengamuk dekat sesiapa pun. Just...terasa nak flying kick, karate, silat, tomoi semua ada. Luckily dia tak ada depan aku. Tapi...orang itu tidak bersalah pun dan aku tidak patut nak berasa marah.

The Prophet S.A.W said; “Anger comes from devil, the devil was created by fire, and fire is extinguished only with water; so when one of you become angry, he should perform ablution.” – hadith sunnah of Abu Dawood

Suddenly terbaca hadis yang dikongsikan oleh penulis. Gulp! It should be a reminder if terasa nak marah lepas ni.

Bila baca satu buku yang ditulis based on author's own experience rasa lebih dekat dan sampai mesej yang hendak disampaikan tu. Actually ni buku kedua by Norhafsah Hamid, her first book is 'Trying to be Muslim'. Dan terasa nak baca jugak buka pertama dia, maybe I should use RM20, book voucher given by Kinokuniya to buy that book! Yeay! jimat duit sebab harga dia baru RM18. Sebab ia sarat dengan ilmu dan memberi kesedaran. As I said before, yeah...we were born as Muslim, but I myself don't think I really did enough to be called as one.

Ada banyaklah hikmah kenapa dalam banyak-banyak buku dekat Kinokunya tu boleh tergerak hati nak beli buku ni. Facing confusion in life...back to the root where we come from, let's back to basics.

Tak merancang nak bebel pepanjang pun. Cukuplah sekadar warkah kata sampai di sini sahaja buat kali ini. Mungkin ini sudah cukup sebagai my advance 'June Reflection' post, even bulan June tak habis lagi pun.

Last but not least...

Wisdom comes from reflection - Deborah Day

Sekian sahaja dari insan yang masih terus mencari dan memperbaiki diri. Yang baik itu dari Allah S.W.T segala kekurangan itu dari insan yang tidak sempurna ini. Jika ada tersalah-silap mohon tegur dengan berhemah.

Salam sayang & jangan marah! Kalau marah kena jual, kalau tak marah teruskan berkasih sayang. = )

Till we meet again Incik Bloggie!


Wassalam...


post signature post signature

Monday 23 June 2014

Pre-Ramadan & Ramadan Checklist

Assalamualaikum...

Hi Incik Bloggie!!!

Ramadhan is coming~~~  In another few days, Sya'ban bakal melabuhkan tirai dan bulan Ramadhan pula berkunjung tiba. How do you feel?

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa” (al-Baqarah: 183)

So...apa yang nak di capai sepanjang bulan Ramadhan yang sudah tak lama lagi. Mungkin ada yang perlu di improve ada yang perlu ditinggalkan; mungkin 'bad behaviour' either we realize or not.

"Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898.

I have seen many kind of list on other blogs and wanted to implement it myself. I think it's a healthy way of preparing myself to be more responsible to my intentions.

My intentions for this upcoming Ramadan (InshaAllah...)

1. Fast successfully
2. Baca al-quran + translation setiap hari
3. Baca tafsir Quran setiap hari *must find it ASAP!*
4. Perbanyakkan solat sunat
5. Stay up lepas sahur
5. Listen to beneficial lecture everyday
6. Perbanyakkan doa
7. Solat tarawih *even if its at home!*
8. Read beneficial book or article/s everyday *Alhamdulillah haritu dah banyak beli stok buku, in the middle nak habiskan buku 'Back to Basic' and 'Power Brain'*.

So dah boleh mula latih diri dari sekarang. Mungkin boleh teruskan practice as daily routine even after Ramadan ends. Semoga istiqamah kepada diri sendiri. =)

I found one beneficial article about 'Kelebihan Bulan Ramadan' by Mohamad Yaakub bin Mohd Yunus.

*****

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADAHAN
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Kehadiran bulan ramadan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini. Bulan Ramadan telah dimuliakan oleh ALLAH dengan pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan ALLAH yang lain. Antara keistimewaan yang terdapat pada bulan Ramadan ialah:

1. Disyariatkan Ibadah Puasa
Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan yang mana pada bulan ini disyariatkan ibadah yang amat mulia di sisi ALLAH, iaitu puasa. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, iaitu bulan yang penuh keberkatan. ALLAH telah mewajibkan ke atas kamu agar berpuasa pada bulan itu." ­- Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya , hadis no: 9133.

2. Bulan Diturunkan Al-Quran
Kalamullah al-Quran telah diturunkan pada bulan ini. Seluruh umat Islam beriman bahawa al-Quran merupakan kitab yang menjadi petunjuk bagi sekalian hamba ALLAH untuk membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Firman ALLAH S.W.T:

"(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah." - Surah al-Baqarah: 185.

3. Pintu Syurga Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah ALLAH. Bahkan, di bulan yang mulia ini jugalah ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-NYA yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898.

4. Pintu Rahmat (Belas Kasihan Terhadap Hamba-NYA) Terbuka Luas
Pada bulan Ramadan pintu-pintu Rahmat dibuka. ALLAH meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." ­- Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1079.

5. Pintu Langit Terbuka Luas

ALLAH membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-hamba-NYA serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-NYA akan naik secara terus kepada-NYA. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.

6. Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat
Pintu-pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya pada bulan Ramadan. Ia menunjukkan bahawa pada bulan Ramadan yang mulia ini hamba-hamba ALLAH yang tekun beribadah dan menurut segala perintah-NYA terlindung daripada dorongan untuk melakukan perbuatan-perbuatan terlarang yang boleh menjadi penyebab untuk mereka dicampakkan ke dalam api neraka. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.

7. Syaitan dan Jin Dirantai

Pada bulan Ramadan syaitan dan jin dirantai untuk menghindari mereka dari mengganggu atau menghasut orang-orang yang beriman. Ada juga ulama mentafsirkan maksud syaitan dibelenggu ialah syaitan tidak dapat merosakkan ibadah manusia pada bulan Ramadan kerana ketekunan manusia melakukan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain. Ini kerana, ibadah puasa itu dapat mengawal nafsu mereka dari terdorong melakukan perkara mungkar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila tibanya malam pertama bulan Ramadan dibelenggu syaitan-syaitan dan jin yang derhaka." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no: 618.

Namun, persoalan yang timbul di sini bahawa sekiranya syaitan dan jin dibelenggu pada bulan Ramadan mengapa manusia masih melakukan kemungkaran pada bulan ini? Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, Imam al-Qurthubi r.h telah berkata:

"Apabila semua syaitan terbelenggu tidak bermakna langsung tidak akan berlaku kejahatan dan kemaksiatan. Ini kerana, punca berlakunya kemaksiatan mungkin berpunca daripada faktor selain (hasutan) syaitan seperti diri manusia itu yang sememangnya berperangai buruk, sentiasa melakukan perbuatan mungkar serta manusia yang nafsunya masih terdorong mengikut hasutan syaitan." - Rujuk Fath al-Baari Syarh Sahih al-Bukhari, Tahqiq oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta (1997), jil. 11, ms. 43.

Mungkin ada yang akan tertanya-tanya tentang kebenaran fakta kewujudan syaitan mahupun jin dari jenis manusia. Sebenarnya ALLAH sendiri telah memerintahkan kita agar berwaspada dan memohon perlindungan kepada-NYA dari hasutan kelompok seperti ini.

Firman ALLAH S.W.T:

"Katakanlah (wahai Muhammad): AKU berlindung kepada (ALLAH) Pemelihara sekalian manusia, yang Menguasai sekalian manusia, TUHAN yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik) dari kalangan jin dan manusia." – Surah al-Nas: 1-6.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya maksiat dan kemungkaran masih wujud pada bulan Ramadan yang mulia ini. Malah, pada bulan ini kita sebenarnya berkesempatan untuk berkenalan dengan spesis syaitan atau jin dari kalangan kaum manusia. Ya! kita dapat mengenali spesies ini melalui sikap mereka yang enggan mentaati perintah ALLAH. Semoga kita semua terhindar dari tergolong dalam kelompok yang hina ini.

8. Pada Bulan Ini Terdapat Lailatul Qadar

Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar.

Firman ALLAH S.W.T:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." – Surah al-Qadr: 1-5.

Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.

Apakah itu Lailatulqadar?
Tentang makna al-Qadr, sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud pengagungan. Dari sini dapat kita fahami bahawa lailatulqadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan ALLAH serta ALLAH akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadah pada malam itu. Selain itu, apa sahaja yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya ditetapkan oleh ALLAH pada malam itu.

Al-Qadr juga bermaksud penetapan. Oleh itu, lailatulqadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya. Ini jelas bertentangan dengan tanggapan kebanyakan umat Islam di Malaysia yang beranggapan bahawa malam Nisfu Sya’ban merupakan malam ALLAH menetapkan apa yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya. Disebabkan oleh kekeliruan ini, mereka telah menciptakan pelbagai ibadah yang khusus seperti membaca surah Yasin sebanyak tiga kali diselang-selikan dengan doa-doa yang tertentu agar tahun yang mendatang bakal lebih baik dari tahun itu. Ternyata amal ibadah itu termasuk bid’ah paling mungkar kerana tidak ada contoh daripada Rasulullah s.a.w dan wajib ditinggalkan. Rasulullah s.a.w telah mencela amalan bid’ah melalui sabdanya:

"Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (sunnah) serta seburuk-buruk perkara adalah sesuatu yang diada-adakan dalam agama dan setiap yang diada-adakan termasuk kategori bid’ah dan semua bid'ah itu menyesatkan." - Hadis riwayat Muslim dalam Sahihnya, hadis no: 867.

Keistimewaan malam yang penuh berkat ini diperjelaskan lagi oleh ALLAH melalui firman-NYA:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang penuh berkat. (KAMI berbuat demikian) kerana sesungguhnya KAMI sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba Kami tidak ditimpa azab). (KAMI menurunkan al-Quran) pada malam yang berkat itu, di samping menjelaskan (kepada malaikat) semua perkara yang mengandungi hikmah serta takdir yang akan berlaku." – Surah al-Dukhaan: 3-4.

Bilakah Berlakunya Lalitaulqadar?

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, hadis no: 2017.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1165.

Kombinasi dari kedua-dua hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29. Ini kerana, pada sepuluh malam terkahir inilah Rasulullah s.a.w mempergiatkan ibadahnya.

Aisyah r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya pada waktu lain." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1174.

Ibadah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w ketika berada di bulan Ramadan, antaranya mempergiatkan ibadah qiamullail (solat malam), memperbanyakkan doa, berzikir, membaca al-Quran dan amal soleh yang lain. Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam lailatulqadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib r.a:

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat):

"Ya ALLAH! Sesungguhnya AKU berlindung dengan keredhaan-MU daripada segala kemurkaan-MU. AKU juga berlindung dengan kemaafan-MU daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. AKU juga berlindung dengan Zat-MU yang tidak terhitung segala nimat dan belas kasihan yang telah ENGKAU berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-MU seperti mana pujian yang layak bagi Zat-MU." – Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad dan selainnya.



*****

Another beneficial article on Preparing for Ramadan, jom baca!

Kind of reminder to myself! Let's make Ramadan more lively this year. =)

Ramadan, we are so close...yet so far...

By the way, this is my 100th post! Alhamdulillah...a special 100th post goes to Ramadan. 

Just a little sharing. Sekian sahaja dari insan yang masih terus mencari dan memperbaiki diri. Yang baik itu dari Allah S.W.T segala kekurangan itu dari insan yang tidak sempurna ini. Jika ada tersalah-silap mohon tegur dengan berhemah.

Salam sayang & jangan marah! Kalau marah kena jual, kalau tak marah teruskan berkasih sayang. = )

Till we meet again Incik Bloggie!


Wassalam...



post signature post signature

Friday 20 June 2014

Watak Baru

Assalamualaikum...

Hi Incik Bloggie!

Hari ni nak introduce watak baru dalam kehidupanku. Bukan seorang, bukan dua orang tapi 8 ekor! Mihmihmih...watak-watak baru yang berbulu dan berekor. *sila bersedia dengan lambakan gambar, bukan senang nak ambil gambar diorang ni sekor-sekor...meow...meow...*

Dah almost 2 months we ollsss menjaga they olllsss ni!

Calon-calonnya...taraaaaa~~~~

BOBOY

Name : Boboy
Age : 4 months (as per 20 June 2014)
Gender : Male
Breed : Mix Persian
Origin : Malaysia
Tarikh Ambil : 22 April 2014
Boboy ni diberi oleh colleague aku Kak Ana. Masa ambil sebulan lebih yang lepas (22 April 2014), dia baru 2 bulan lebih. Kak Ana used to called him as Tiger. Tapi mak kata dia anak kucing, tak mau lah panggil 'tiger'. So mak gave him new name 'BOBOY'. Kekadang kalau aku malas, just panggil Boy je. Kalau rajin aku panggil dia Boboboy! Terbaikkkkk!

Masa mula-mula ambil dulu, Boboy ni pemalu & suka sangat menyorok dekat belakang langsir. Gambar di atas tu, baru je tarik dia keluar dari belakang langsir. Sekarang Boboy ni suka kacau adik-beradik dia sekor lagi Lucy. Kak Ana bagi we ollss dua ekor. Lemme story pasal Lucy nanti ye.

Dia la budak paling aktif & suka mengacau yang lain2. Kalau bab nak melompat ke sana kemari, memang serah dekat Boboy lah. Dah serupa Tarzan da aku tengok! Ahaks!


Boboy da makin besar dan perut dia la paling boyot antara semua kucing. So dapat nick name baru Boboyot~~~ Berat dah cecah 2kg lebih.

LUCY

Name : Lucy
Age : 4 months (as per 20 June 2014)
Gender : Female
Breed : Mix Persian
Origin : Malaysia
Tarikh Ambil : 22 April 2014
Lucy ni adik-beradik dengan si Boboy. Lucy ni baik sikit. Tak adalah buat perangai pelik-pelik & tak banyak ragam. Good girl. Disebabkan selalu kena kacau dengan Boboy, pembesaran Lucy agak slow sikit. Yelah, aktif sangat. Dua beradik ni memang tak leh terpisah. BTW, Lucy ni memang nama yang Kak Ana bagi. Dah sesuai dengan dia, so we ollss terus jelah panggil dia Lucy.

Gambar-gambar si Lucy yang polite. Baik je ha sekor ni.

Boboy dan Lucy berpisah tiada.
Kesian Lucy kena buli dengan Boboy. Mak kata macam we ollsss adik-beradik masa kecil-kecil dulu la.


KIKI

Name : Kiki
Age : 5 months (as per 20 June 2014)
Gender : Male
Breed : Persian Semi Flat Face
Origin : Malaysia
Tarikh Beli : 22 April 2014
Kiki ni kucing yang first mak beli. Parents aku jumpa dia masa dekat kedai Albi Petzone. Kekonon nak beli barang-barang nak sambut kedatangan Lucy & Boboy. Last2 tersangkut pulak dekat kecomelan dan mata bulat Kiki tu. Mula-mula we ollss sangkakan Kiki ni betina. Yelah owner kedai kata dia ni betina. Dah dekat 3 minggu, lepas ambil Ciko baru tahu dia ni jantan *almaklumlah baru nak jaga kucing kan.*. Suka pulak gaduh dengan Ciko, tak serupa betina. Siapa pula Ciko, tungguuuuu~~~. Then nak confirmkan jantina dia, we ollsss bawa pergi jumpa doktor. Yes, Kiki ni jantan. Itulah nama pun Kiki macam nama kucing betina kan, mak yang bagi. Gasaklah...dia pun dah biasa we ollsss panggil Kiki. Tamau tukar nama lagi dah! Tapi kekadang aku panggil dia 'Key'. Malas nak sebut pepanjang!

Kiki ni muka macam someone. Guess who???

Haaaa...sama tak...sama tak... Sekali dia buat mata bulat tu...omo...omo...melting terus~~~

Yang special nye lagi dengan Kiki. Dia ni pandai & dengar kata. Once we called him, 'Kiki...meh sini sayang kak long...' *ecewah bahasakan diri 'kak long' dengan kucing2 ni* terus dia lari datang dekat aku & lagakan hidung dia dekat hidungku. Then kalau nak ajak pergi memana pun tak yah angkat just panggil je, nanti dia ikut. Tu pun ikut mood dia la, kekadang gedik tak dengar kata. Ni my favourite boyfriend! Paling manja dengan aku dan paling suka gigit tangan & jari orang. Kononnya nak bermanja lah tu. Lagi satu dia excited gigit ekor sendiri.

Laptop adalah mainan favourite dia. Orang menaip dia pun sibuk nak naik atas laptop taip sekali.
Memang selalu teman aku bila nak update blog ni. Sebab tulah jadi favourite boypren. Lepas dah tau dia jantan terus tukar dari kucing favourite jadi favourite boypren.
Kak long...Kiki nak tidur...please jangan kacau!
Sleeping Beauty
Tak kisahlah, snap lah gambar...Kiki nak tidur jugak
Kiki ni sangat suka dengan gadget kan, so memang susah nak snap gambar dia. Sebab dia suka datang cakar phone aku.
-.-'''''''
Ni memang untung badanlah dapat snap gambar posing macam ni!

ACIM

Name : Acim
Age : 6 months (as per 20 June 2014)
Gender : Male
Breed : Persian Flat Face
Origin : Malaysia
Tarikh Beli : 22 April 2014
Watak seterusnya, Acim! Acim ni adik aku jumpa tuan dia nak jual dekat Mudah.my. Tuan acim yang dulu ni bela banyak sangat kucing Persian flat face. Kebetulan salah sekor tu sakit hati & nak kena surgery. Kucing punya sakit pun lebih kurang macam orang gak ye. Since dia memerlukan duit nak cover cost surgery kucing sekor tu dia jual la Acim ni.

Nama asal Acim adalah Acem. Tapi sebab aku rasa macam susah nak sebut, then request why not if we call him Acim. Macam sedap sikit. The reason why tuan dia dulu bagi nama Acem sebab muka dia yang masam tu. 

Aku selalu panggil Acim ni kucing yang tak ada perasaan.

Muka masam 24 jam. Tak ada perasaan.
Cuba cari mana Acim. Pandai menyorok eh!
Satu lagi panggilan Acim yang aku bagi dia "Raja Tidur".
Dia paling kuat tidur, dan boleh tidur dalam apa jua keadaan. Kalau dia dah tidur nyenyak, kacau jelah macam mana sekalipun dia tak heran. Acim nak tidur!
Selain itu Acim ni pembersih. Dialah paling suka cuci bulu dia sendiri. Gigih sepagi mencuci bulu sampai bersih.


CHIBI

Name : Chibi
Age : 7 months (as per 20 June 2014)
DOB : 13 Oktober 2013
Gender : Female
Breed : Persian Flat Face
Origin : Malaysia
Chibi ni paling tak sangka. A few days lepas beli Kiki & Acim, balik-balik rumah dari kerja, masuk je bilik nampak sekor makhluk ni atas katil. Macam tak familiar je. Nah, rupa-rupanya mak beli sekor lagi kucing baru. 

Nama Chibi diberi oleh Incik adik. Tak tahulah kenapa dia pilih Chibi. Tapi aku suka panggil dia Chibi Maruko Chan! Kalau bab nak 'tukar-tukar' nama memang serah kat aku hehehe...

Ni Chibi. Si hidung kemek!
Ni Chibi Maruko Chan. Sama-sama comel la~~~
Antara semua-semua bulu Chibi paling cantik & panjang!
Oleh sebab itu dia menjadi mangsa abah untuk try 'Pet shaver' yang kitorang baru beli haritu.
Sekarang Chibi dah togel. Doktor kata lebih kurang 3 bulan baru bulu dia panjang & cantik macam dulu.
Sobsobsob...sabar jelah Chibi ye.
Chibi paling suka kena peluk macam ni, asal peluk je tidur. -.-"
Macam-macam lah korang ni!
Satu lagi problemo si Chibi ni dia suka sangat gigit besi sangkar. Aigo!!!! Habis senget gigit dia. Tak tahu dah nak ajar cemana lagi. Chibi ni kuat merajuk & takut dengan rotan. Kalau merajuk nanti lari duduk dalam bekas berak. Nak pujuk dia senang je...ambik peluk-peluk dia OK lah balik!


CIKO

Name : (Jessico) Ciko
Age : 5 months (as per 20 June 2014)
DOB : 10 January 2013
Gender : Male
Breed : Scottish Fold
Origin : Taiwan
Tarikh Beli : 1 May 2014
Ciko ni la pencetus macam mana we ollsss boleh tahu Kiki tu jantan. Sebab diorang dua ekor ni suka sangat gaduh, sampai sekarang ni pun sama je kalau dua ekor ni bertemu dalam satu sangkar. 

Nama asal Ciko sebenarnya Kiko, kekonon nak couple dengan Kiki la. Kan sweet couple tu Kiko & Kiki. Eh tapi sepatutnya Kiki Lala! Nama Kiko berubah kepada Ciko lepas we ollsss beli Cika. Haaaa...sapa pulak Cika tu...tunggu~~~ Lepas tu aku dapat idea nak bagi nama penuh kat dia 'Jessico'. Well~~~ I am master in changing their name. Now panggil je Ciko.

Ciko ni berasal dari Taiwan. We ollss beli dekat Dream Pet Shop. Memang semua kucing yang dijual di import dari Taiwan. 

Bergambar dengan owner Dream Pet Shop. May yg muda lagi dah ada business kucing. Salute!
Tapi we ollsss suka jugak panggil dia ni 'anak panda'. Sebab rasa muka dia macam panda... hahaha...kucing bermuka panda!

Ciko si telinga kemek!
Suka sangat gaduh dengan Kiki & Acim. Kurung dia sekor2 dalam satu sakar.
Even baru 5 bulan, Ciko dah mula menunjukkan tanda2 meroyan nak pasangan. -.-''
Cepatnya kau matang beb!
Pose favourite Ciko!
Nampak hidung tu calar sebab gaduh dengan Kiki.

CIKA

Name : (Jessica) Cika
Age : 5 months (as per 20 June 2014)
DOB : 18 January 2013
Gender : Female
Breed : Scottish Fold
Origin : Taiwan
Cika ni pun sama jugak, we ollss beli dekat Dream Pet Shop! Lahir 8 hari selepas Ciko dilahirkan. Nama Cika di inspirasikan daripada Jessica Girl Generation! Sebab angah kata cika ni sexy lady. Disebabkan 'Jessica' cam panjang sangat so bagi nick name Cika.

Disebabkan Cika tengah selsema, so kena duduk dalam sangkar sorang2 eh salah sekor2.
Dikuarantin bagi mengelakkan jangkitan.
Cika the sexy girl.
Kekonon 'sexy girl' jual mahal nak ambik gambar. So gambar dia semua dari dalam sangkar.
Cika ni paling bising dan kuat menjerit!
Mulut luas macam Jacqueline Victor...no wonderlaaa~~~

YUKI

Name : Yuki (Yuki Shiro)
Age : 3 months (as per 20 June 2014)
DOB : 3 March 2013
Gender : Female
Breed : Persian Semi Flat Face
Origin : Malaysia
Tarikh Beli : 16 May 2014
Yuki adalah adik paling bongsu kepada diorang semua ni. Di beli dari seorang kakak yang buka kedai dekat Bukit Jelutong. At first, tak plan pun nak tambah lagi seekor ni. Tetiba adik jumpa dekat Mudah.my. Nampak dia sangat cute dan suci. Sebab colour putih, the whole body. Disebabkan satu family dah jatuh cinta dengan dia. Terus decide nak beli on the same day lepas tengok iklan tu.

Akak yang jual Yuki ni pun ada kisah yang menarik dengan kucing. Dia & husband bela kucing selama 5 tahun sebelum menanti kelahiran cahaya permata yang sulung. Lepas 5 years diorang dapat anak, then decide nak buka pet shop. Al-kisah dia bertemu jodoh dengan husband dia pun dekat pameran kucing. Cat connecting people...Ahaks! Banyak kisah hidup dia relate dengan kucing.

Nama asal Yuki adalah snow white. Aku lah yang pilih nama tu. Sebab dia putih suci kekonon macam snow white. Tapi abah pulak kata susah nya nak panggil. Then Angah pun google translate snow white in Japanese. Snow in japanese is 'Yuki' while 'White' is pronounce as 'Shiro'. So dapatlah nama baru Yuki Shiro! Everyone approved! Tapi nak panggil Shiro mak kata macam nama group pelawak tu je. So we decided to call her Yuki! 

Namun begitu umur Yuki tak panjang, we ollsss sempat bela dia for just 2 weeks. Aku ada tulis kisah kematian Yuki dalam post sebelum ni. Sobsobsob...rindu pulak dekat dia.

Tribute to Yuki, nak letak gambar dia bebanyak sikit!

Masa memula ambil Yuki dulu. Sehari sebelum birthday ku!
Her favourite pose! Dia ni unik mata berbeza warna. Sebelah biru sebelah oren!
Suka main dalam bakul!
Mainan favourite, selipar mak!
Bila tidur macam sleeping beauty.
Masa ni aku dodoi dia sampai tidur. Fefeeling keibuan gittewww~~~
Yuki & her friends. Aka teddy bear ku!
Rindunya dekat budak ni!!!
*****

So itulah dia 8 watak baru yang menyerikan hari-hariku! Before pergi kerja main dengan diorang, balik kerja main dengan diorang, before tidur main dengan diorang, the next day pun repeat benda yang sama. So, terus hari-hari ku ceria kembali dengan kehadiran diorang ni! Ewwww~~~.

Mainan diorang!

Memang geli hati ye tengok keletah diorang! Lagi geli hati tengok keletah aku berborak & menyanyi untuk diorang. Erk!

Truth to be told...dulu aku ni penakut nak pegang kucing. Aku tak takut dengan diorang, cumanya aku takut nak pegang badan diorang yang lembik tu~~~. Tapi disebabkan diorang ni comel sangat tahap super saiyan kesepuluh. Terus boleh peluk,cium segala haha...

Semoga semua sihat-sihat, semakin gemuk dan membesar dengan baik! Banyak lagi yang we ollss satu family nak belajar pasal feel & sakit diorang ni.

Itu je cerita saya pada petang ni. Semoga mata tak juling tengok gambar yang banyak gilos ni. Ye, boleh dikatakan gallery handphone ku sekarang ni dah dikuasai oleh gambar-gambar bebudak ni. Tahniah ye kerana telah berjaya mencuri hati kak long ni!!! 

Bila nak cakap dengan diorang automatik akan bahasakan diri 'Kak Long~~~Come to kak long sayang~~~*

Ok nak pergi main dengan diorang dulu~~~

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...


post signature post signature