Hi Incik Bloggie!
Hari ni nak introduce watak baru dalam kehidupanku. Bukan seorang, bukan dua orang tapi 8 ekor! Mihmihmih...watak-watak baru yang berbulu dan berekor. *sila bersedia dengan lambakan gambar, bukan senang nak ambil gambar diorang ni sekor-sekor...meow...meow...*
Dah almost 2 months we ollsss menjaga they olllsss ni!
Calon-calonnya...taraaaaa~~~~
BOBOY
Name : Boboy Age : 4 months (as per 20 June 2014) Gender : Male Breed : Mix Persian Origin : Malaysia Tarikh Ambil : 22 April 2014 |
Masa mula-mula ambil dulu, Boboy ni pemalu & suka sangat menyorok dekat belakang langsir. Gambar di atas tu, baru je tarik dia keluar dari belakang langsir. Sekarang Boboy ni suka kacau adik-beradik dia sekor lagi Lucy. Kak Ana bagi we ollss dua ekor. Lemme story pasal Lucy nanti ye.
Dia la budak paling aktif & suka mengacau yang lain2. Kalau bab nak melompat ke sana kemari, memang serah dekat Boboy lah. Dah serupa Tarzan da aku tengok! Ahaks!
Boboy da makin besar dan perut dia la paling boyot antara semua kucing. So dapat nick name baru Boboyot~~~ Berat dah cecah 2kg lebih.
LUCY
Name : Lucy Age : 4 months (as per 20 June 2014) Gender : Female Breed : Mix Persian Origin : Malaysia Tarikh Ambil : 22 April 2014 |
Lucy ni adik-beradik dengan si Boboy. Lucy ni baik sikit. Tak adalah buat perangai pelik-pelik & tak banyak ragam. Good girl. Disebabkan selalu kena kacau dengan Boboy, pembesaran Lucy agak slow sikit. Yelah, aktif sangat. Dua beradik ni memang tak leh terpisah. BTW, Lucy ni memang nama yang Kak Ana bagi. Dah sesuai dengan dia, so we ollss terus jelah panggil dia Lucy.
Gambar-gambar si Lucy yang polite. Baik je ha sekor ni.
Boboy dan Lucy berpisah tiada.
Kesian Lucy kena buli dengan Boboy. Mak kata macam we ollsss adik-beradik masa kecil-kecil dulu la. |
KIKI
Name : Kiki Age : 5 months (as per 20 June 2014) Gender : Male Breed : Persian Semi Flat Face Origin : Malaysia Tarikh Beli : 22 April 2014 |
Kiki ni muka macam someone. Guess who???
Haaaa...sama tak...sama tak... Sekali dia buat mata bulat tu...omo...omo...melting terus~~~
Yang special nye lagi dengan Kiki. Dia ni pandai & dengar kata. Once we called him, 'Kiki...meh sini sayang kak long...' *ecewah bahasakan diri 'kak long' dengan kucing2 ni* terus dia lari datang dekat aku & lagakan hidung dia dekat hidungku. Then kalau nak ajak pergi memana pun tak yah angkat just panggil je, nanti dia ikut. Tu pun ikut mood dia la, kekadang gedik tak dengar kata. Ni my favourite boyfriend! Paling manja dengan aku dan paling suka gigit tangan & jari orang. Kononnya nak bermanja lah tu. Lagi satu dia excited gigit ekor sendiri.
Laptop adalah mainan favourite dia. Orang menaip dia pun sibuk nak naik atas laptop taip sekali. |
Memang selalu teman aku bila nak update blog ni. Sebab tulah jadi favourite boypren. Lepas dah tau dia jantan terus tukar dari kucing favourite jadi favourite boypren. |
Kak long...Kiki nak tidur...please jangan kacau! |
Sleeping Beauty Tak kisahlah, snap lah gambar...Kiki nak tidur jugak |
Kiki ni sangat suka dengan gadget kan, so memang susah nak snap gambar dia. Sebab dia suka datang cakar phone aku. -.-''''''' Ni memang untung badanlah dapat snap gambar posing macam ni! |
ACIM
Name : Acim Age : 6 months (as per 20 June 2014) Gender : Male Breed : Persian Flat Face Origin : Malaysia Tarikh Beli : 22 April 2014 |
Watak seterusnya, Acim! Acim ni adik aku jumpa tuan dia nak jual dekat Mudah.my. Tuan acim yang dulu ni bela banyak sangat kucing Persian flat face. Kebetulan salah sekor tu sakit hati & nak kena surgery. Kucing punya sakit pun lebih kurang macam orang gak ye. Since dia memerlukan duit nak cover cost surgery kucing sekor tu dia jual la Acim ni.
Nama asal Acim adalah Acem. Tapi sebab aku rasa macam susah nak sebut, then request why not if we call him Acim. Macam sedap sikit. The reason why tuan dia dulu bagi nama Acem sebab muka dia yang masam tu.
Aku selalu panggil Acim ni kucing yang tak ada perasaan.
Muka masam 24 jam. Tak ada perasaan. |
Cuba cari mana Acim. Pandai menyorok eh! |
Selain itu Acim ni pembersih. Dialah paling suka cuci bulu dia sendiri. Gigih sepagi mencuci bulu sampai bersih.
CHIBI
Name : Chibi Age : 7 months (as per 20 June 2014) DOB : 13 Oktober 2013 Gender : Female Breed : Persian Flat Face Origin : Malaysia |
Chibi ni paling tak sangka. A few days lepas beli Kiki & Acim, balik-balik rumah dari kerja, masuk je bilik nampak sekor makhluk ni atas katil. Macam tak familiar je. Nah, rupa-rupanya mak beli sekor lagi kucing baru.
Nama Chibi diberi oleh Incik adik. Tak tahulah kenapa dia pilih Chibi. Tapi aku suka panggil dia Chibi Maruko Chan! Kalau bab nak 'tukar-tukar' nama memang serah kat aku hehehe...
Ni Chibi. Si hidung kemek! |
Ni Chibi Maruko Chan. Sama-sama comel la~~~ |
Antara semua-semua bulu Chibi paling cantik & panjang! |
Chibi paling suka kena peluk macam ni, asal peluk je tidur. -.-" Macam-macam lah korang ni! |
Satu lagi problemo si Chibi ni dia suka sangat gigit besi sangkar. Aigo!!!! Habis senget gigit dia. Tak tahu dah nak ajar cemana lagi. Chibi ni kuat merajuk & takut dengan rotan. Kalau merajuk nanti lari duduk dalam bekas berak. Nak pujuk dia senang je...ambik peluk-peluk dia OK lah balik!
CIKO
Name : (Jessico) Ciko Age : 5 months (as per 20 June 2014) DOB : 10 January 2013 Gender : Male Breed : Scottish Fold Origin : Taiwan Tarikh Beli : 1 May 2014 |
Ciko ni la pencetus macam mana we ollsss boleh tahu Kiki tu jantan. Sebab diorang dua ekor ni suka sangat gaduh, sampai sekarang ni pun sama je kalau dua ekor ni bertemu dalam satu sangkar.
Nama asal Ciko sebenarnya Kiko, kekonon nak couple dengan Kiki la. Kan sweet couple tu Kiko & Kiki. Eh tapi sepatutnya Kiki Lala! Nama Kiko berubah kepada Ciko lepas we ollsss beli Cika. Haaaa...sapa pulak Cika tu...tunggu~~~ Lepas tu aku dapat idea nak bagi nama penuh kat dia 'Jessico'. Well~~~ I am master in changing their name. Now panggil je Ciko.
Ciko ni berasal dari Taiwan. We ollss beli dekat Dream Pet Shop. Memang semua kucing yang dijual di import dari Taiwan.
Bergambar dengan owner Dream Pet Shop. May yg muda lagi dah ada business kucing. Salute! |
Tapi we ollsss suka jugak panggil dia ni 'anak panda'. Sebab rasa muka dia macam panda... hahaha...kucing bermuka panda!
Ciko si telinga kemek! |
Suka sangat gaduh dengan Kiki & Acim. Kurung dia sekor2 dalam satu sakar. Even baru 5 bulan, Ciko dah mula menunjukkan tanda2 meroyan nak pasangan. -.-'' Cepatnya kau matang beb! |
Pose favourite Ciko! Nampak hidung tu calar sebab gaduh dengan Kiki. |
CIKA
Name : (Jessica) Cika Age : 5 months (as per 20 June 2014) DOB : 18 January 2013 Gender : Female Breed : Scottish Fold Origin : Taiwan |
Cika ni pun sama jugak, we ollss beli dekat Dream Pet Shop! Lahir 8 hari selepas Ciko dilahirkan. Nama Cika di inspirasikan daripada Jessica Girl Generation! Sebab angah kata cika ni sexy lady. Disebabkan 'Jessica' cam panjang sangat so bagi nick name Cika.
Disebabkan Cika tengah selsema, so kena duduk dalam sangkar sorang2 eh salah sekor2. Dikuarantin bagi mengelakkan jangkitan. |
Cika the sexy girl. |
Kekonon 'sexy girl' jual mahal nak ambik gambar. So gambar dia semua dari dalam sangkar. |
Cika ni paling bising dan kuat menjerit! Mulut luas macam Jacqueline Victor...no wonderlaaa~~~ |
YUKI
Name : Yuki (Yuki Shiro) Age : 3 months (as per 20 June 2014) DOB : 3 March 2013 Gender : Female Breed : Persian Semi Flat Face Origin : Malaysia Tarikh Beli : 16 May 2014 |
Yuki adalah adik paling bongsu kepada diorang semua ni. Di beli dari seorang kakak yang buka kedai dekat Bukit Jelutong. At first, tak plan pun nak tambah lagi seekor ni. Tetiba adik jumpa dekat Mudah.my. Nampak dia sangat cute dan suci. Sebab colour putih, the whole body. Disebabkan satu family dah jatuh cinta dengan dia. Terus decide nak beli on the same day lepas tengok iklan tu.
Akak yang jual Yuki ni pun ada kisah yang menarik dengan kucing. Dia & husband bela kucing selama 5 tahun sebelum menanti kelahiran cahaya permata yang sulung. Lepas 5 years diorang dapat anak, then decide nak buka pet shop. Al-kisah dia bertemu jodoh dengan husband dia pun dekat pameran kucing. Cat connecting people...Ahaks! Banyak kisah hidup dia relate dengan kucing.
Nama asal Yuki adalah snow white. Aku lah yang pilih nama tu. Sebab dia putih suci kekonon macam snow white. Tapi abah pulak kata susah nya nak panggil. Then Angah pun google translate snow white in Japanese. Snow in japanese is 'Yuki' while 'White' is pronounce as 'Shiro'. So dapatlah nama baru Yuki Shiro! Everyone approved! Tapi nak panggil Shiro mak kata macam nama group pelawak tu je. So we decided to call her Yuki!
Namun begitu umur Yuki tak panjang, we ollsss sempat bela dia for just 2 weeks. Aku ada tulis kisah kematian Yuki dalam post sebelum ni. Sobsobsob...rindu pulak dekat dia.
Tribute to Yuki, nak letak gambar dia bebanyak sikit!
Masa memula ambil Yuki dulu. Sehari sebelum birthday ku! |
Her favourite pose! Dia ni unik mata berbeza warna. Sebelah biru sebelah oren! |
Suka main dalam bakul! |
Mainan favourite, selipar mak! |
Bila tidur macam sleeping beauty. Masa ni aku dodoi dia sampai tidur. Fefeeling keibuan gittewww~~~ |
Yuki & her friends. Aka teddy bear ku! |
Rindunya dekat budak ni!!! |
*****
So itulah dia 8 watak baru yang menyerikan hari-hariku! Before pergi kerja main dengan diorang, balik kerja main dengan diorang, before tidur main dengan diorang, the next day pun repeat benda yang sama. So, terus hari-hari ku ceria kembali dengan kehadiran diorang ni! Ewwww~~~.
Mainan diorang! |
Memang geli hati ye tengok keletah diorang! Lagi geli hati tengok keletah aku berborak & menyanyi untuk diorang. Erk!
Truth to be told...dulu aku ni penakut nak pegang kucing. Aku tak takut dengan diorang, cumanya aku takut nak pegang badan diorang yang lembik tu~~~. Tapi disebabkan diorang ni comel sangat tahap super saiyan kesepuluh. Terus boleh peluk,cium segala haha...
Semoga semua sihat-sihat, semakin gemuk dan membesar dengan baik! Banyak lagi yang we ollss satu family nak belajar pasal feel & sakit diorang ni.
Itu je cerita saya pada petang ni. Semoga mata tak juling tengok gambar yang banyak gilos ni. Ye, boleh dikatakan gallery handphone ku sekarang ni dah dikuasai oleh gambar-gambar bebudak ni. Tahniah ye kerana telah berjaya mencuri hati kak long ni!!!
Bila nak cakap dengan diorang automatik akan bahasakan diri 'Kak Long~~~Come to kak long sayang~~~*
Ok nak pergi main dengan diorang dulu~~~
Ok nak pergi main dengan diorang dulu~~~
Till we meet again Incik Bloggie!
Wassalam...
No comments :
Post a Comment