Thursday 30 January 2014

Menangis Laju Laju

Assalamualaikum…

Hi Incik Bloggie!

[Source]

Ada orang tanya…

Tak bosan ke solo?

Sincere answer…

Erk..
Kenapa kena bosan eh?
*Typical Intan sangat, jawab soalan dengan soalan…erk!*


Ingat balik kenapa Allah jadikan hambaNya berpasang-pasangan.

Adakah sekadar untuk menghilangkan kebosanan di atas muka bumi ni.

Atau…

Untuk saling melengkapi kekurangan antara satu sama lain

Membimbing ke arah yang lebih baik

Bertukar pendapat

Saling memberi motivasi

Dan



Lebih dari sekadar untuk mengisi 'kebosanan' dan suka-suka.



Firman Allah S.W.T
“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.”
(Yaasin: 36)

So beautiful Masha’Allah…

Dear future wife, If you love me, don’t confess your love to me through haraam ways, This won’t please me and will instead drive me away! Love games don’t attract me. If you love me, have sabr and I will knock on your door when the time is right. Don’t give me privileges which I don’t deserve. Keep me away from you, and I will approach you. If you approach me, I will stay away from you. Don’t love me, for I want you ignorant in love. I want to teach you love when the right time comes and when you will be mine, Only when we are joined together under our Creator’s satisfaction! Don’t tell me what you feel, don’t give me from your time, don’t push me to lose you. I am a man who does not want to see the one he loves committing sins or to live a forbidden love behind her family’s back. I don’t want her to feel guilty and don’t want her heart to suffer. Put me under limits that I won’t cross, kill me inside you so I won’t grow to kill you inside me. Preserve what is beautiful inside you. I want you innocent, chaste, pure. I want you my love, but with Allah’s blessings and not shaytan’s whispering. And then, Only then, I will face everything and will be ready to go through difficulties to get you, Don’t be easy because then, I may not value you. Don’t love me now, so I won’t hate you! My heart wants you and doesn’t want to lose you. I don’t want you to be just a passing fancy for me, I want you a wife, a lover, the mother of my children, I want you to be the one I will spend my whole life with. How could I be a faithful man to you when I try to break your chastity? How would I be faithful to you if I push you to betray your family? How could I trust a love which grew under Allah’s wrath? To make you mine through nikaah is Islam’s way. Till then wait patiently and do not dismay. To love you means to protect you, To Love you is to bring you closer to Allah and HIS deen, To preserve you, not to kill what is beautiful inside you.

-Your Husband-to-be(Insha Allah!)


…terasa seperti kena tampar laju laju lalu menyedarkan diri dari alam mimpi, terus menangis laju laju...

Hakikatnya, banyak lagi keutamaan dalam hidup ini. Perbaiki diri sendiri terlebih dahulu. Kerana diri ini insan yang lemah dan kekurangan serba serbi.

Menulis bukan dengan intention 'konon-konon baik la' just for a reminder to myself sebab iman kita ni turun naik turun naik and sometimes berpusing-pusing macam roller coaster.

P/S : Kadang-kadang dalam kehidupan kita ada sesuatu yang hanya singgah seketika sekadar memberi rasa. Sama seperti secubit garam menjadi perasa dalam satu-satu masakan. Rasa yang memberi impak dalam kehidupan. *Mendalam sedalam lautan yang tak tahu berapa dalam*.

Till we meet again Incik Bloggie!
Wassalam...


post signature post signature

Don't judge a burger by its bun!

Assalamualaikum...

Hi Incik Bloggie!!!

Title dah serupa macam idiom jer. Betul la tu...modified idiom~~~

Two weeks ago I went to PJ with my brother sebab nak settlekan urusan-urusan berbangkit dan tertangguh menuju masa hadapan. Lucky my brother nak temankan, boring kalau nak drive sorang-sorang dalam jem. At least kalau ada orang teman boleh la 'pot pet pot pet' dalam kereta *kalau driving sorang-sorang karok dengan sepenuh hati jela yang mampu*. 

After settled all the matters we all pergi lah mengisi perut *dari pagi mengikat perut tak makan, mau lembik. Tapi kalau bulan puasa memang mampu je tahan sampai maghrib. Power of Ramadhan*. 

Alang-alang dah ada dekat area PJ tu we all went to myBurgerLab. Kedai yang famous amous *tetiba masuk kedai biskut pulak ni apahal, double promotion, ahaks!* dengan roti burger berwarna HITAM. Zaman dah maju dan serba canggih manggih ni so dah ada various of inventions and innovations in food industry. Then mulalah keluar macam macam makanan pelik dari segi rupa dan rasa mungkin sedap lah kot *don't judge a book by its cover!*. Tapi dalam zaman sekarang ni yang pelik-pelik tu la orang nak cuba, makin pelik makin high market *gittew...dah macam buat hipotesis pulak*. 

Sampai je dekat sana, adik aku dah tanya 'serius nak makan dekat sini???orang beratur panjang kot tu long!'.

Yes! Memang panjang betul pun orang beratur sampai ke luar kedai.

[Source]

I didn't snap picture of the restaurant *so gambar di atas adalah pinjaman dari web lain*. Please imagine peoples queuing till outside of main entrance of the restaurant. Dalam hati terdetik, da sampai macam tu pun orang gigih nak makan dekat sini lagi kan *tak sedar diri sendiri tu pun sama jugak, dush!dush!dush! lempang laju laju*. Aku rasa antaranya sebab-sebab kenapa orang beria sangat nak cuba:-

1. Orang ramai pergi, semakin ramai orang pergi semakin tinggi la naluri nak mencuba *tu la dah tengok beratur panjang sampai ke luar kedai still gigih lagi nak pergi*

2. Sekarang ni zaman 'sebelum makan snap gambar makanan then post dulu' give a good impact to the restaurants owner. Search je hashtag #myburgerlab dekat instagram tu, berapa ramai orang post gambar. Tak lagi dengan dekat Facebook, Twitter, Google+, Tumblr and Blogspot *macam yang aku tengah buat ni* &  macam-macam lagi social media lah

Tak tipu~~~ banyakkan gambar!

3. Rupa bentuk, warna, rasa yang pelik. Semakin pelik semakin la orang nak cuba no matter how much the price. 

4. Good review from previous customer.

5. Friend suggestion or idea.

6. Jalan-jalan cari makan! *nyanyi-nyanyi sikit*.

7. ....

*Whatever...*

*Tepuk dada tanya hati sendiri dan tengah buat sekarang ni*.

Aku kenal kedai ni from my colleague and program Jalan-jalan Cari Makan dekat TV3 *ok tu je nak bagitau*. 

Mostly their customers is Chinese, yelah sebab dekat Chinese area kan. Then my brother like 'halal ke ni?'.

Copy of HALAL certificate pasted on the entrance.

Konsep di sini lebih kurang macam dekat fast food restaurant lain, order dulu then tunggu turn pergi pick up your order sendiri *self service la ni*. 


Sesambil beratur, staff myBurgerLab provide a menu chart which can help you choose the burger in advance.
Close up sikit menu dekat sini. It gives u a guideline to choose a burger that suit your taste and preferences.
Nak daging ke ayam ke, nak cheese ke tak mau cheese ke, nak itu nak ini pilih la yang mana kamu suka~~~
Siap promote hashtag khas for their restaurant!
*Marketing!*
Wall of pictures!
*gambar2 yg customers upload di Instagram*
Customers also can paste a note written on money. Interesting~~~
Collection of money from all over the world
Yes miss, may I take your order. :)
Uolllss akan diberi no macam ala2 dekat bank gittew.
*List of menu at the back*

Since masa ni dekat tingkat bawah dah penuh, we all duduk dekat tingkat atas. Yes yes restaurant ni dua tingkat. Sambil-sambil tunggu number naik Iollss snap gambar apa yang patut.

Counter refill beverages.
*make sure tak terlepas pandang nombor anda, tertera di atas sebelah kiri*
Project C; they sell coffee, muffin & cake.
Dapat resit jela dulu, tunggu turn 1032!

Awal-awal memang beratur panjang tapi tak adalah kena tunggu lama sangat pun, dalam 15 - 20 minutes. 

Sharing is caring. Atotototo~~~~

Habiskan masa berborak dengan adik aku minum air tup tup our number *1032 ting tong~~~*.


Yeay!!! dah dapat!!!
Aku prefer beef, so I ordered Hangover Burger; beef, crispy hashbrown, maple syrup & mushroom
harga dia RM16 (ala carte).
If nak ambil set with side fries & bottomless soda tambah RM6.
Penyakit zaman sekarang. Ni tengah sibuk nak meng'upload' gambar la ni.
Since aku aku ni penggemar ayam so dia ordered Yellow submarine; fried chicken breast,
pineapple, sunny side up & honey mustard RM16.50 (ala carte). 

Since air boleh refill we all just ambil 1 je set & another 1 ala carte. Kan sharing is caring, dapat mengeratkanlan hubungan adik-beradik neh! gittew~~~

Love story of Beauty & The Beast
Aku tenung dia...
Dia tenung aku...
Dari mata turun ke perut… Bismillah...
Alhamdulillah...

What I can say. ABASHTA!!!!!! DELICIOUS!!!!!! SEDAP!!!!!!!! Especially the bun, nampak je hitam macam erk pelik je kan nak makan. Tapi rasa dia sedap, lembut then terasa a bit sweet, fit with my taste! Then beef patties dia pun sedap. Selama ni orang kan suka sangat burger bakar. But I was not so into it, sebab kalau burger bakar mesti patties dia macam agak keras sikit. Tapi patties dekat myBurgerLab ni tak keras, diorang masak just nice and lembut. Bonus sebab Hangover Burger ada hashbrown *my favourite!!!*.

Review from my brother, besar sangat burger yg dia order. So macam susah nak makan sikit. Tapi rasa dia sedap, but after ni kalau datang lagi he want to try beef pulak. Sebab beef lebih sedap katanya *yang aku punya lah tuuuuuu*. Maybe sebab tu isi ayam part dada kot…because we all ni spesis yang suka makan ayam part drumstick dengan tight. So isi part breast tak kena sangat dengan selera *tapi awal-awal gatal nak order yang tu jugak. Takpe-takpe orang kata cuba dulu baru tahu*. 

Fries dia pun best!!! I think it's made by themeselves with sprinkled of herb on it. I think herb or…I'm not so sure but it taste like herb *so confident je kata herb*. The beverages, air gas jer~~~ Revive, Pepsi, Mountain Dew Dew Dew Dew Dew *prononce macam dalam iklan!*. 

Overall I enjoy the burger & service here except, part kena queue panjang tu *Itu jer, nasib baik waiting time not so long and worth sebab rasa dia ABASHTA!!!*. So ok, killing time by chit chat with your partner and and and put aside your handphone for a while. Please treat the persons in front of you *reminder untuk diri sendiri jugak sebenarnya*.

Actually myBurgerLab dah ada dua outlets, details as below:


Opening Hours: Tuesdays – Sundays, 5.00pm – 10.15pm (closed on Mondays)

SeaPark Outlet
Address: 14, Jalan 21/22, SeaPark, 46300 PJ, Selangor.
GPS Coordinates: 3.11082, 101.622065

OUG Outlet
Address: 8, Jalan Awan Hijau, Taman OUG, 58200 KL.
GPS Coordinates: 3.082055,101.670172


Sure! Nanti nak mai lagi try burger lain pulak.
Tata Titi Tutu~~~
Till we meet again Incik Bloggie.

Wassalam...


post signature post signature

Tuesday 28 January 2014

TATAMI BED!!!PROMOTION!!!

Assalamualaikum…

Hi Incik Bloggie!!!

Baru mengenali something interesting lagi!!!

Actually my friend yang introduce kewujudan benda alah ni. Then I did a quick search on Incik Google nak faham apa sebenarnya Tatami Bed ni.

Term 'Tatami' ni diambil dari bahasa Jepun yang bermaksud sejenis tikar/bahan alas yang digunakan untuk tidur. Senang ceritalah kan, orang-orang Jepun dulu kala bila nak tidur so alas diorang tidur tu call as 'Tatami' *macam lagi faham je explain macam ni, ke yang awal tu lagi faham, ke sama je tak faham, buat-buat faham lah ye*.

Tapi kalau dulu-dulu Tatami tu was made from jerami padi *baru tau jerami padi ni berguna juga boleh buat tikar*. Kalau versi Malaysia pula kita ada tikar mengkuang *selit sikit identiti tradisional Malaysia*. 


Rupa tikar Tatami tu
[Source]
So, ini bermaksud Tatami bed adalah katil platform yang dialaskan Tatami mat on top of it.
Sample Tatami Bed
[Source]
Setelah melalui peredaran masa dan berlakunya proses inovasi dan pemberian nafas baru kepada produk traditional ni, maka wujudlah Tatami Bed yang sangat exotic dan cute mute bentuk dia.

Tororo 
Minion
Spongebob
Doraemon
Hello Kitty

Super duper cute kot! First time tengok dah melting *cayaq ceroi, meleleh habih dahla kalau orang Kedah kata*. Memang sesuai untuk kegunaan individu atau seisi keluarga. Kalau student memang sedap landing atas ni sambil buat assignment ke, revision untuk exam or test *jangan sampai tertidur dah la ya sebab empuk sangat kan, cobaan~~~ahaks!* Untuk kegunaan santai pun menarik juga ni  macam baca novel, landing nak tengok movie or drama dengan family kan *kalau aku la kan 'tanpa gagal' dalam 15 minit confirm dah hanyut ke alam mimpi bila landing atas tilam ni*.

So dekat mana nak beli tilam dengan design yang super duper cute ni???

Please do visit Kedai Mama FB

For further details boleh PM Kedai Mama di FB or text 016-3111078

SPECIFICATIONS:

Weight : 13-15kg
Estimated size : Queen size

PRICE:

Tororo : RM600
Minion : RM620
Spongebob : RM590
Doraemon : RM590
Hello Kitty : RM590

*Postage RM20(semenanjung Malaysia)

Kedai Mama ni tengah buat PROMOTION!!! HARGA RUNTUH!!!

RM550 for ALL design!!! 
*Postage RM20(semenanjung Malaysia)

Apo tunggu lagi tengah murah tu. Lai lai lai, pear pear pear, apple apple apple *sebut lah buah apa nak sebut pun*. 

Sesuai juga untuk buat hadiah kepada buah hati yang comel dan tersayang!

Akhir kata, comelnya~~~ Tatami bed ni. Nak satu boleh?*nak tak boleh, nak kena beli boleh*.

Till we meet again Incik Bloggie!!!

Wassalam…


post signature post signature

Monday 27 January 2014

People can change!

Assalamualaikum...

Hi Incik Bloggie!

Tak tahu la ni badi tahun baru ka apa atau 'sesuatu' sudah datang menjengah.

Recently a few peoples *Tadi terfikir nak guna word 'ramai', tapi bila fikir-fikir balik macam tak sesuai la pulak padahal tak ramai mana pun. Sebab kira guna jari tangan pun cukup lagi* around me dah mula tegur dengan perubahan gaya penampilan luaranku.

Especially adik paling bongsu aku la *nak kata adik paling kecil sekali dah tak kecil da, dah sah sah sekarang ni dia lagi tinggi dari aku* yang banyak tegur. Sebab lately ni memang banyak spend time dengan dia, aku tengah bersiap-siap pun dia boleh menyibuk sekali *sebab lambat sangat bersiap, Ahaks!* kat dalam bilik *orang dah habis sekolah kan, dok rumah goyang kaki ja, lucky to have you bro!* Everytime keluar dengan dia mesti dia akan tegur;

"Along dah lain sekarang" 

"Dulu nampak macam budak-budak "

"Orang dah kerja kan sekarang ni dah lain lar"

Then I'll reply dengan nada cemasnya.

"Tak nampak tua kannnnn????"

Hoi...hoi...adakah normal untuk bertanya adakah sudah tua or itu adalah tanda-tanda obsess terhadap umur *still susah nak percaya dengan umur sekarang ni*. 

Then my friends & colleagues pun ada bagi respond. Dan.....yang paling penting mak & my sister *yang lain mak lain ayah* tegur perubahan yang paling drastik aku buat and I never thinking of it before this. Ia datang dengan tiba-tiba. Perubahan yang memberikan satu perasaan yang selamat, tenang dan manis sekali. Alhamdulillah dan ia masih di peringkat awal, semoga istiqamah dan bertambah baik.

Dan lagi satu...I was so into SHAWL style!!!

Ulang sekali lagi SHAWL!!!

Pelik namanya apabila seorang anak perempuan pak cik Hatta boleh so into shawl, padahal sebelum ni dia adalah pemakai setia si tudung berspesis bawal dan sangat anti dengan SHAWL.

Macam mana boleh jadi begini sedangkan dahulu kala aku rasa pakai shawl akan buat muka aku nampak bulat macam bola since I have round & chubby face. Reason number 2 is aku tak reti pakai, entah macam manalah nak lilit-lilit pusing-pusing shawl tu. Reason number 3, nak dapat pakai sekali pun dah susah then bila pergi solat nak kena buka and pakai balik *urghhh* menyusahkan.

So, adalah sangat tak sesuai nak pakai shawl, but then aku slowly pakai pakai dan pakai till now I was so into shawl dan rasa sangat comfort apabila mengenakannya untuk kemana-mana *kemain ayat nak hyperbola*. Sebab apa, bila kita dah selalu buat ia takkan terasa susah lagi, then dah jadi kebiasaan. Bila dah jadi kebiasaan kita takkan rasa pelik lagi tengok muka kita bulat macam bola *confident sungguh aku ni, ahaks!*. Faktor keadaan juga membuatkan aku 'terpaksa' pakai shawl eg. pagi-pagi dah lambat, tak sempat nak iron tudung tarik je shawl dalam drawer then lilit terus dekat kepala *sangat sesuai during emergency time sebab selalunya shawl ni dibuat daripada material yang tak payah nak iron*. But...the main reason aku dah suka pakai shawl sekarang ni sebab aku terasa lebih menutup apa yang sepatutnya.

Mula-mula kita belajar pakai tudung bawal normal dengan inner.
Then aku jugak dah mula pakai tudung bawal ala-ala macam shawl, lebih selesa sebab dapat dilabuhkan sedikit di hadapan. Tapi kalau tudung bawal plain, kena pakai inner or pandai-pandailah tebalkan sikit sebab takut nanti jarang dan nampak apa yang disebaliknya.

Sorry! A bit hyper act when I'm in front of camera.
Muka serious baca email masa kat office
Let your smile change the world, don't let the world change your smile.
Di atas itu adalah contoh-contoh penggayaan bawal ala-ala shawl style *aku belajar from tutorial dekat youtube,then try & error gigih!*.

Walaupun muka nampak sangat tembam dan bulat macam bola tetap confident tersenyum
dah sesuai sangat dengan background stadium bola!
Nak menyelesaikan masalah problem bentuk muka ni aku beli inner magic *kreatif sungguh orang yang bagi nama dekat inner tu*. So, tak adalah lagi problem shawl melekap terus dekat  muka, itu yang buat nampak bulat ya amat!

Inner magic from Inner Magic/Inner Tudung FB.
Material;cotton.
Murah je RM7/piece.  Ada pelbagai pilihan warna.

Dan dan dan suka sangat wide shawl made from material chiffon, first sebab tak payah iron, second boleh buat macam-macam style & still labuh menutup yang sepatutnya! 

Dah tak melekap lagi kan, tapi tapi tapi...still can't hide the chubby face.
Terima hakikat kejadian Allah S.W.T.
*Wearing inner magic & Damia plain wide shawl form Medinaa Hijab*

Luckily, dapat feedback yang membina dan positive dari orang sekeliling. They said ok!
Ok, nak cakap ni je perubahan sekarang *heh, tak adalah apa sangat pun nak riuh sekampung!*. But, it gave me new feeling to continue challenging life as a better muslimah *sampai boleh senyum sorang-sorang, tapi better than senyum sorang-sorang sebab angau itu bahaya!*.

Kalau kita berubah untuk menjadi lebih baik kerana Allah,
pasti Allah akan hantar orang yang baik untuk bersama-sama kita.
"Lillahi Ta'ala"
P/S: Trend selfie makin menjadi-jadi sekarang ni, nampak gaya macam aku dah terkena tempias serba sedikit. Mohon tidak keterlaluan and why not bila selfie besertakan kata-kata or caption yang positive, memberi motivasi & membina sedikit. Chill!!

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...


post signature post signature

Sunday 26 January 2014

Korea2013-Day3:Gyeongbokgung Palace

Assalamualaikum…

Hi Incik Bloggie!!!!!!!!!!

Jam rumah dah bunyi-bunyi sebanyak 12 kali menandakan telah masuk pukul 12 malam *kalau aku ni Cinderella dah menggelabah lari balik rumah, lepastu tertinggal kasut, lepastu prince charming jumpa kasut tu, lepastu dia datang cari aku, lepastu we all kahwin, lepastu live happily, happy ending!* Wah wah wah!!! Kemain berangan! Alaaa berangan tu kan FOC apa salahnya. Salah kalau dah terlebih-lebih berangan ye! *reminder*. Jangan hidup berlandaskan 'kalau' ingat tu!

Since mata still segar bugar lagi malam ni moh la menyambung never ending story of Korea trip last year sambil dengar lagu Jodoh pasti bertemu - Afgan *layannnnn*. On day 3 we all pergi Gyeongbokgung  Palace nak mengimbau zaman kegemilangan Diraja Korea Selatan.

Gyeongbokgung Palace actually was the main and largest palace built by Joseon Dynasty. About 40% building dekat sini adalah yang original and some of it has been reconstructed.

Kalau nak baca sejarah lebih lanjut pasal Palace ni boleh refer dekat Visit Seoul : Gyeongbokgung Palace

If nak explore sejarah zaman dahulu kala Korea memang wajib masuk sini.
We all tak masuk pun The National Folk Museum of Korea just mingle around at the outside area je ambil-ambil gambar and berlari berkejaran main-main baling snow macam dalam dunia we all sendiri *tak peduli pun orang sekeliling tengok*. Too fascinated with the buildings, snow & sceneries ahaks! Semua info extracted from apa yang Lucy cerita jelah.

With Lucy, our Korean tourist guide! She called us '3 Sahabat'
We all sama umur ok!
Btw, menarik building dekat belakang tu.
With pak cik mak cik yg suka travel sana sini. Dengar kata diorang nak pergi Europe pulak nanti.
Sweet nye travel dunia bersama-sama…
*aku nanti cemana lah, enough of dreaming Intan, ENOUGH! AHAKS!*
3 sahabat's shadow on snow
3 sahabat's foot steps
Enjoy the sceneries! Feel it!
Candid photo taken by me! *suka betul ambik gambar candid macam smart ni.*
Another candid photo! Nice background!!!
Berdrama depan snow~~~
Musim winter pokok togel pun nampak cantik.
*cuaca sejuk, tapi cahaya matahari tetap terik*

Ni belum masuk melawat kawasan buildings palace lagi, just main-main depan area muzium. Once semua orang dah berkumpul barulah Lucy bawa semua melawat palace area. Let's explore…

First check point : paip air & pegang salji dengan tangan without glove ok!
Pure happiness
Diorang shooting cerita Jewel in the Palace dekat sini la.
Siapa layan cerita ni? Saya tak pernah tengok -.-"
Tempat beradu kekasih hati maharaja.
Based on info from Lucy, ni antara bangunan terpenting di mana raja Korea masa Dinasti Joseon dulu kala berbincang mengenai perkembangan bahasa Korea. 
Building dekat belakang we all tu namanya Gyeonghoeru or Pavilion.
Tempat entertainment para pembesar. Diorang akan invite gisaeng kelas atasan untuk entertain diorang dekat sini.
Close up sikit.
Siapa pernah tengok cerita Rooftop Prince.
Dekat tasik ni la diorang shooting mayat puteri mahkota terapung.
Ingat tak???
Ku berjalan di bawah pohon asmara *nyanyi lagu Jaclyn Victor, yeah!*
Geunjeongjeon. Tempat maharaja berdiskusi pelbagai isu berbangkit dengan golongan pembesar.
Close up building Geunjeongjeon dengan muka serius dan berkerut-kerut menahan pancaran cahaya matahari.
1 of gate nak masuk Gyeongbokgung Palace. *panas terik tapi sejuk menggigil*
Overall Gyeongbokgung Palace memang ada seni bina dan ukiran-ukiran yang unik dan membawa maksud tersendiri. Tapi apa yang aku perasan dia lebih kurang macam  seni bina Tiananmen Square dekat Beijing *waduh-waduh memori lama menggamit kembali, teringat masa pergi class trip ke Beijing masa 2012*.
Again! Playing under pokok togel~~~
So, this is our history here~~~ Lepas pergi sini we all pergi lunch dekat The Fish. 

Semua dah masuk dalam, aku sibuk dok snap gambar dari luar. 
My girlpren with Sarah from '3 sekeluarga'.
Al-kisahnya setiap kali makan we all 3 sahabat akan duduk dengan team 3 sekeluarga; Sarah and her parent.
Our lunch!
Dah nama pun kedai The Fish. Main dish dia of course la ikan!
Puas meratah ikan bakar dia. Tugas aku adalah makan part favourite aku which is ekor.
Dah habis makan baru sedar rupanya ada 6 jenis ikan yang diorang serve patutlah each time ambil ekor rasa lain-lain. *tapi tak tahulah ikan apa main bedal je*.
Sup ikan dengan tauge. Tak tahu juga ikan apa, tapi isi dia memang layan cicah dengan cili kicap
*dah kena belajar mengenal ikan ni…ish…ish..ish..*
Lepas pergi sini we all pergi shopping pulak then pergi visit traditional village *start to forget the specific flow of our trip, kena cepat-cepat habiskan entry ni before kelupaan*.

Ok Incik Bloggie, I promise to finish this story as soon as possible. To be continued…

Till we meet again Incik Bloggie!

P/S : Suka sangat gambar-gambar dekat palace ni, nampak hidup & pemandangan menarik!
Happines is…still blogging about the trip that has passed a month ago! Omo…omo…tak boleh nak MOVE ON lagi!!!

Wassalam...


post signature post signature