Monday, 27 January 2014

People can change!

Assalamualaikum...

Hi Incik Bloggie!

Tak tahu la ni badi tahun baru ka apa atau 'sesuatu' sudah datang menjengah.

Recently a few peoples *Tadi terfikir nak guna word 'ramai', tapi bila fikir-fikir balik macam tak sesuai la pulak padahal tak ramai mana pun. Sebab kira guna jari tangan pun cukup lagi* around me dah mula tegur dengan perubahan gaya penampilan luaranku.

Especially adik paling bongsu aku la *nak kata adik paling kecil sekali dah tak kecil da, dah sah sah sekarang ni dia lagi tinggi dari aku* yang banyak tegur. Sebab lately ni memang banyak spend time dengan dia, aku tengah bersiap-siap pun dia boleh menyibuk sekali *sebab lambat sangat bersiap, Ahaks!* kat dalam bilik *orang dah habis sekolah kan, dok rumah goyang kaki ja, lucky to have you bro!* Everytime keluar dengan dia mesti dia akan tegur;

"Along dah lain sekarang" 

"Dulu nampak macam budak-budak "

"Orang dah kerja kan sekarang ni dah lain lar"

Then I'll reply dengan nada cemasnya.

"Tak nampak tua kannnnn????"

Hoi...hoi...adakah normal untuk bertanya adakah sudah tua or itu adalah tanda-tanda obsess terhadap umur *still susah nak percaya dengan umur sekarang ni*. 

Then my friends & colleagues pun ada bagi respond. Dan.....yang paling penting mak & my sister *yang lain mak lain ayah* tegur perubahan yang paling drastik aku buat and I never thinking of it before this. Ia datang dengan tiba-tiba. Perubahan yang memberikan satu perasaan yang selamat, tenang dan manis sekali. Alhamdulillah dan ia masih di peringkat awal, semoga istiqamah dan bertambah baik.

Dan lagi satu...I was so into SHAWL style!!!

Ulang sekali lagi SHAWL!!!

Pelik namanya apabila seorang anak perempuan pak cik Hatta boleh so into shawl, padahal sebelum ni dia adalah pemakai setia si tudung berspesis bawal dan sangat anti dengan SHAWL.

Macam mana boleh jadi begini sedangkan dahulu kala aku rasa pakai shawl akan buat muka aku nampak bulat macam bola since I have round & chubby face. Reason number 2 is aku tak reti pakai, entah macam manalah nak lilit-lilit pusing-pusing shawl tu. Reason number 3, nak dapat pakai sekali pun dah susah then bila pergi solat nak kena buka and pakai balik *urghhh* menyusahkan.

So, adalah sangat tak sesuai nak pakai shawl, but then aku slowly pakai pakai dan pakai till now I was so into shawl dan rasa sangat comfort apabila mengenakannya untuk kemana-mana *kemain ayat nak hyperbola*. Sebab apa, bila kita dah selalu buat ia takkan terasa susah lagi, then dah jadi kebiasaan. Bila dah jadi kebiasaan kita takkan rasa pelik lagi tengok muka kita bulat macam bola *confident sungguh aku ni, ahaks!*. Faktor keadaan juga membuatkan aku 'terpaksa' pakai shawl eg. pagi-pagi dah lambat, tak sempat nak iron tudung tarik je shawl dalam drawer then lilit terus dekat kepala *sangat sesuai during emergency time sebab selalunya shawl ni dibuat daripada material yang tak payah nak iron*. But...the main reason aku dah suka pakai shawl sekarang ni sebab aku terasa lebih menutup apa yang sepatutnya.

Mula-mula kita belajar pakai tudung bawal normal dengan inner.
Then aku jugak dah mula pakai tudung bawal ala-ala macam shawl, lebih selesa sebab dapat dilabuhkan sedikit di hadapan. Tapi kalau tudung bawal plain, kena pakai inner or pandai-pandailah tebalkan sikit sebab takut nanti jarang dan nampak apa yang disebaliknya.

Sorry! A bit hyper act when I'm in front of camera.
Muka serious baca email masa kat office
Let your smile change the world, don't let the world change your smile.
Di atas itu adalah contoh-contoh penggayaan bawal ala-ala shawl style *aku belajar from tutorial dekat youtube,then try & error gigih!*.

Walaupun muka nampak sangat tembam dan bulat macam bola tetap confident tersenyum
dah sesuai sangat dengan background stadium bola!
Nak menyelesaikan masalah problem bentuk muka ni aku beli inner magic *kreatif sungguh orang yang bagi nama dekat inner tu*. So, tak adalah lagi problem shawl melekap terus dekat  muka, itu yang buat nampak bulat ya amat!

Inner magic from Inner Magic/Inner Tudung FB.
Material;cotton.
Murah je RM7/piece.  Ada pelbagai pilihan warna.

Dan dan dan suka sangat wide shawl made from material chiffon, first sebab tak payah iron, second boleh buat macam-macam style & still labuh menutup yang sepatutnya! 

Dah tak melekap lagi kan, tapi tapi tapi...still can't hide the chubby face.
Terima hakikat kejadian Allah S.W.T.
*Wearing inner magic & Damia plain wide shawl form Medinaa Hijab*

Luckily, dapat feedback yang membina dan positive dari orang sekeliling. They said ok!
Ok, nak cakap ni je perubahan sekarang *heh, tak adalah apa sangat pun nak riuh sekampung!*. But, it gave me new feeling to continue challenging life as a better muslimah *sampai boleh senyum sorang-sorang, tapi better than senyum sorang-sorang sebab angau itu bahaya!*.

Kalau kita berubah untuk menjadi lebih baik kerana Allah,
pasti Allah akan hantar orang yang baik untuk bersama-sama kita.
"Lillahi Ta'ala"
P/S: Trend selfie makin menjadi-jadi sekarang ni, nampak gaya macam aku dah terkena tempias serba sedikit. Mohon tidak keterlaluan and why not bila selfie besertakan kata-kata or caption yang positive, memberi motivasi & membina sedikit. Chill!!

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...


post signature post signature

No comments :

Post a Comment