Anyeong haseyo Incik Bloggie!!!
Angin Korea dia mai balik dah!
Nampaknya melompat-lompat cerita aku dekat Incik Bloggie ni, dari Korea simpang ke daily life tetiba patah balik ke Korea. Then ni dah masuk 2014 tak habis-habis lagi throwback pasal Korea since kekangan masa nak meng'update' Incik Bloggie.
As promised to myself from past entry for my Korea trip, I should share something about SKI & SNOW!!! *Tetiba baru sedar mana kisah masa day 1, tahu-tahu dah skip pergi day 2, aigo~~~*.
Sila besedia dengan lambakan gambar dalam entry ni sebab terlampau banyak sangat gambar nak di pilih.
Kedai Sewa Peralatan Ski
Petang hari pertama we all di Korea, Lucy bawa we all pergi ke tempat untuk sewa peralatan ski yang berdekatan dengan hotel yang we all stay untuk malam pertama. Syarat kalau nak masuk ke area ski park tu~~~kena pakai kasut khas, kalau tak pakai kasut khas tu~~~and uolss bernasib tak baik masa tu~~~ get ready la nak kena halau dengan staf dekat situ~~~ *cuba baca balik ayat ni macam ada rhythm ala-ala pantun pulak, ahaks!*.
Aksesori utk musim winter turut di jual dekat sini |
Zati try goggles utk ski. *Candid!* |
Try test cuba kasut. *semua kusyuk tengok model yg tgh try kasut tu* |
We all dah dapat apa yg dicari. Posing sikit~~~ |
Vivaldi Park Ski World
The next day, which is our second day dekat korea we all pergi ke Vivaldi Park Ski World. Ski Park ni dibuka dari pukul 8.30 pagi sampai ke tengah malam, sebab masa aku nak tidur semalamnya tu around pukul 12am pun still ada orang main ski lagi.
For more info about fees, services & how to go there, please do visit:-
Vivaldi Park Ski World ni opposite je dengan hotel yang kitorang stay tu. Done our breakfast we all dengan excited nye keluar menuju ke destinasi yeay! yeay!
Nampak tak excited tu! Ni baru dekat lobby hotel. Kasut semua bajet2 macam nak pergi angaksa lepas. |
Kobis yang ditanam dalam pasu besar di kawasan persekitaran hotel. Because it captured my eyes and nampak macam menarik jer. |
The most exciting part masa we all berjalan nak pergi ski Park tu snow turun!!! Waaa!!! Waaa!!! Waaa!!! Semua menjerit kegirangan macam kanak-kanak ribena dan penuh excited masa tu. Memang tak ingat apa dah, sebab tula moment first time merasa salji turun dari langit. As I said before ni, kalau benda first time ni mesti kita akan rasa excited terlebih!
Yeay!!! 3 teman~~~ |
Group travel yang sempoi! Moji Moji rindu semua orang!!! |
Tanda kami da sampai sini! Wihoo~~~ |
Tak lepaskan peluang nak rasa baring atas ais. Bila lagi kan. Peace yaw!!! |
Meniarap pun boleh! |
Classmate masa sekolah rendah. Dah 11 tahun meh tak jumpa dia!!! Reunion pergi Korea~~~ |
Cik lah menikmati dengan khusyuknya moment salji turun. *sayangnye tak nampak bila snap dengan kamera* |
Aku rasa gambar ni macam style je. Idea Kak Odah! |
Yeay!!! Thanks to Zati yang tahan oppa2 korea ni. Kesian diorang layan karenah kitorang yang excited nak bergambar ni. |
Nampak tak dekat belakang tu ada kereta kabel, dah sah-sah la kena naik kalau nak merasa main dekat atas puncak ski slope tu. Tiket untuk naik kereta kabel tu adalah 8,000 won. Dah puas main-main dekat area bawah ni, Danny pun tolong we all beli tiket nak naik kereta kabel. *rindu Danny yang comel & innocent tu!*
Nampak tak beza antara team excited terlajak dengan team yang excited tapi cuak sikit naik kereta kabel ni. Ahaks! *jangan marah pleaseeee~~~*
Can't hide the excitement! |
View from our gondola. |
Masing-masing excited pegang real snow! |
Kak Geeda & husband dia yang macam baru bersanding diapit oleh pengapit2 yang macam comel jeeeerrr~~~ |
Kenangan bersama before turun ke bawah. |
INTAN ZATY BELLA On board!!! |
Dan dan semua orang excited sampai tak sedar masa dah time!!! Pukul 9am still kat atas puncak lagi, padahal before tu Lucy pesan pukul 9am dah berkumpul dekat lobby nak bergerak pergi tempat lain pulak. Sampai je bilik kelam kabut bersiap, luckily barang-barang semua we all dah kemas, so around 9.30am we all bergerak pergi Everland pulak. Wihoo~~~
Nice view of 'pokok togel' with snow. Dalam kelam kabut nak naik kereta kabel turun bawah sempat lagi aku snap ni. |
Sampai di sini dulu kisah main salji, lepas ni iollss akan patah balik ke day 1 *dah macam star wars lak main patah-patah balik. Incik Bloggie sila sabar dengan karenah aku ni*.
Till we meet again.
Wassalam...
No comments :
Post a Comment