Monday, 13 January 2014

Where & What to EAT???

Assalamualaikum...

Hi Incik Bloggie!!!

"Makan untuk hidup" atau "Hidup untuk makan"???

Of course the first statement tampak lebih 'berkhasiat' dan sesuai untuk kehidupan seharian kita. Oleh itu, hari-hari kita perlu makan bagi memastikan kelangsungan hidup, supaya nanti tak adalah masalah seperti perut masuk angin, gastrik, sakit perut and so on. Because it can affect our daily life activities. Dan kalau dalam kes terlebih makan nanti, lain pulak dah jadinya. *Bajet 'good good' je menulis, tengah menasihati diri sendiri supaya tak terlebih makan dan tak terkurang makan neh*.

Tapi setiap kali nak makan mesti akan datang dilema kan?

Eh! Iye ke dilema...

Actually 'yes!' if for me. *kalau aku lah, mungkin orang lain tak adalah nak dilema bagai ni* Setiap kali nak makan aku mesti akan mengalami masalah dilema nak makan dekat mana.

Last Saturday was 'girls day out' for me. I went out with my former housemates, had great time catching up with them. As usual 'makan-makan' adalah sesuatu yang wajib dimasukkan ke dalam 'hangout agenda'. Tapi we all tak plan pun nak makan apa dan dimana. Once 5 of us gathered together, masa tu dah pukul 2pm perut pun dah mula berkeroncong mahu minta di isi. Persoalan utama yang muncul bila we all nak pergi makan, since tak plan awal-awal kan...

kita nak pergi makan dekat mana eh? 

hmm...nak makan dekat mana?

nak makan apa ni?
    
Susah wor nak jawab, ada 5 orang mean ada 5 perut nak kena isi, 5 taste nak kena dipenuhi. Lepastu we all jalan ke sana ke sini tak tahu hala tuju. Dah macam apa dilema bila nak makan. But then we managed to decide where to eat. I think the way we solve the dilemma quite helpful for those who have this kind of problem & guideline for myself in future. Maybe cara ni sesuai bila kita keluar ke mana-mana mall.

Bagaimanakah caranya?

1. Pergi cari mall directory
2. Check out list of restaurants available at the mall in a glance
3. Tanya semua orang dekat mana yang TAK NAK pergi makan *percayalah lebih senang nak jawab soalan ni* eg. ada yang akan respond tak nak makan dekat food court, tak nak ar makan fast food.
4. Set range of budget untuk makan eg. RM 20++/person
5. Tanya semua orang "apa yang korang rasa nak makan like nak makan western ke, nasi ke, apa ke" at least mesti ada yang akan respond and give rough idea. eg. aku memang kena makan nasi for lunch 
6. Someone focus on directory and take out semua yang tidak berkenaan dari  step 3,4 & 5.
7. Then from all the informations gathered, list out any restaurants which suitable to all of you.
8. Pergi usha menu dekat restaurants yang telah menjadi pilihan hati *kalau tak tahu location restoran tu dekat mana better kaji dulu directory tu ye sebelum sesat, tapi kalau dah teror dan hafal setiap selok belok dekat mall tu tak payahlah, just a reminder*
9. Finally, decide la nak makan dekat mana! *nak tak nak, kena ada juga yang decide nak makan dekat mana, tak kan nak buang masa macam tu je kan*

Ber pokok pangkal dari benda simple je dalam hidup tapi berjela-jela pula step nak solve dia*satu je lagi step cukup 10, tapi tak mampu nak tambah lagi sebab rasanya macam tu jer. Ahaks!*. Tapi at least dapat lah jugak gambaran mana nak pergi kan since we have narrow down the choices.

We end up 'makan-makan' at Thai Express,The Mines which is our first choice! Sebab gambar makanan dekat luar restoran tu dah cukup mengiurkan...eww~~~ and it was under budget! Dah masuk restoran, ada kisah dilema baru pulak. Nak makan apa pulak ni hoi hoi! Belek2 lah menu dari kulit depan sampai ke kulit belakang, sampai dah khatam beberapa kali sehingga anda ketemu apa yang berkenan di hati. Take your time! *kalau rasa waiter tu tunggu sampai muka dah naik boring, suruhlah dia pergi buat kerja lain dulu.*

Tips di sini, believe in your first instinct! Tak kira berapa kali kau belek menu tu, mesti akan ada satu yang melekat di kepala dan terbayang-bayang makanan itu masuk ke dalam perut *over!*. Kalau dah rasa susah sangat nak pilih tak payah fikir lama-lama, believe in your first instinct. Pilih je la menu itu. Kalau tak, percayalah~~~ *nyanyi lagu siti seround seround* you'll end up teringat-ingat dekat makanan tu in future. Then kena pergi lagi dekat restoran tu *tapi untung jugak macam tu, lepas ni dah tak payah susah-susah lagi fikir makan di mana dan nak makan apa*. 


Iolss tak tahu dah khatam berapa kali dah buku menu ni sampai dah ingat certain price untuk menu-menu di sini.
*over sungguh budak ni!*
-Siapa hebat, cuba kira berapa ekor gajah yang sedang saya pegang tu?- 
*bajet ada orang baca & nak jawablah!*
Please take note kalau dekat tepi menu tu ada gambar cili maksudnya, pedas lah tu. Uollss bayangkan kalau ada gambar 4 cili, maksudnya??? Siapa yang suka pedas bolehlah order ye. Kasihan cik lah and aji yang order menu ada 4 cili, tapi bagi aku memang sodap ar yellow ginger chicken yang diorang order tu, even pedas gilak kan! *tak ada gambar close up daaa~~*. 

While waiting our food to be served!
Lunch served!
Apa yang aku order was based on my first instinct! Sebab dari dekat luar lagi makanan-makanan itu telah menarik perhatian perutku~~~

My lunch!
Thai style-roasted chicken tight. Rempah yang diorang guna marinate ayam tu memang sodap and buat ayam ni a bit crunchy!
Kerabu mangga. Rasanya manis-manis masam!
Overall satisfied dengan service & makanan di sini. Sesuai dengan taste & tekak melayu aku ini. Waiter dia yang friendly, awal-awal dia greet kitorang dalam bahasa thai *sawaddikapppp!*, then sabar melayan karenah we all yang lama betul nak decide makan apa & tolong snap gambar we all di sini! Price pula reasonable *sebab tu lah we all pilih nak makan di sini. Tapi standard la kan, tak leh la nak compare dengan harga kerabu mangga dekat warung mak jah lor. Ahaks!* Saya bagi 4 bintang!

Lepas ni rasa nak pergi sini lagi sebab teringat dekat dessert dia. Nyums nyums~~~

Sebelum berlalu pergi kami memenuhkan hajat zaty yang nak sangat bergambar dengan gajah.
Happy sungguh dia!
Sebenarnya nak tulis note cara nak decide tempat makan je, tapi termasuk sekali kisah makan-makan dan gambar makanan *Opss...sorry!!! Bukan nak tulis full review pasal makan sangat pun tetiba macam excited je menaip*.  Sila ingat ya wahai Intan untuk bila-bila masa nak decide tempat makan so that tidaklah kau dilema lagi nak pilih makan di mana. Ni just applicable if we go to the mall. If jalan-jalan dekat tempat lain maybe boleh tanya Incik Google, Incik GPS atau kawan-kawan yang pakar pasal tempat makan ni *malu bertanya sesat jalan*. 

Apa-apa pun believe in your instinct to decide! *even kadang-kadang tak mengena kan, bukan rezeki lah tu, positive OK!*

Berharap kemajuan dalam hidup lepas ni tak dilema lagi nak pilih tempat makan.

Till we meet again Incik Bloggie!

P/S: Selamat menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiul awal 1435H

[Source]
Wassalam...


post signature post signature

No comments :

Post a Comment