Hai Incik Bloggie!!!
Since kekangan masa tak dapat nak menulis entry yang panjang-panjang dan memerlukan masa yang panjang nak mengarang. Yes! tak wrap up lagi cerita Korea haritu, yes! dah lama pun berlalu, yes! tak sabar nak habiskan and yes! tak ada masa lak sekarang ni. Tapi alhamdulillah masih ada masa nak share sesuatu yang pendek di sini.
So, hari ini in simple and attractive *konon la menarik sangat!* aku nak share satu lagi resepi yang sangat mudah dan cepat dan lazat dan *sila tambah sendiri apa yang anda nak...heh*. Memang sodap buat minum tengah panas-panas terik ni. Banana milkshake special! *sejak bila entah minat sangat dengan pisang! aaaaa...*
Bahan-bahan
1 - 2 pisang (seeloknya dibekukan)
1 cawan ais
1/2 cawan susu
1 scoop ais krim vanilla
1/2 sudu teh esen vanilla (optional)
4-6 biji badam (optional)
Strawberry syrup (optional)
Gula (secukup manis) *lebihkan manis di senyuman =)*
1. Potong pisang menjadi bahagian-bahagian yang kecil supaya mudah untuk dikisar
2.Masukkan pisang ke dalam blander.
3.Kemudian campurkan secawan ais.
4.Setelah itu tuangkan 1/2 cawan susu low fat *optional nak guna yang lemak berkrim disukai ramai pun boleh*
5.Masukkan 1 scoop ais krim vanilla *since aku suka sangat ais krim, so aku letak lebihla...hehe..*
6.Kalau nak letak badam or kekacang & esen vanilla silalah campurkan sekali. Setelah itu ready untuk dihancurkan! Kisar sehingga halus. Then kalau rasa tak cukup manis boleh tambahkan gula sedikit.
A cup of victory! Blander mak ni memang nampak macam piala! Eh! tetiba pulak. |
Nak lebih menarik, letakkan 1 scoop ais krim vanilla di atasnya then tuang sedikit strawberry syrup. Selamat menikmati banana milkshake anda!!! |
Selamat mencuba, semoga kita sama-sama makin pandai memasak ye! InshaAllah...yang baik itu datangnya dari Allah, segala yang buruk itu datangnya dari diri yang serba kekurangan dan lemah ini.
P/S: Weekend adalah hari untuk bereksperimen resepi baru. Wink!Wink!Wink! Next week nak buat apa pulak laaaaa~~~
Till we meet again Incik Bloggie!
Wassalam...
No comments :
Post a Comment