Assalamualaikum…
Hacheeewwww…Haaaacheeewwww~~~~ *cepat2 cari tisu cover hidung*.
Hi Incik Bloggie!
Pertama sekali nak kata bahawa dah seminggu dibiarkan, tanpa menjenguk dan mengemas kini Incik Bloggie sedikit berhabuk gamaknya. *Boleh kembali selsema macam ni lepas mencuci habuk dekat Incik Bloggie…*. Past few days dihinggapi sang penyakit demam, selsema, batuk, sakit tekak *pakej!*. Mungkin disebabkan cuaca yang panas dan enviroment yang berjerebu ni dan kurang minum air *salah sendiri!*. 2 hari MC dihabiskan dengan bangun, makan ubat, tidur, bangun, makan ubat dan tidur balik dan bangun dan seterusnyalah. A bit proud with myself sebab makan ubat dengan istiqamah! *pencapaian hidup! itupun lepas mak asyik tegur…long~~~makan ubat~~~mihihi…* So kepala asyik laloq makan ubat jer. Memang tak mampu nak berfikir dengan sebaik mungkin *atau senang untuk aku istilahkan sebagai bengong sedikit, maafkan sekiranya kedengaran agak kasar...*. Alhamdulillah, even still batuk-batuk lagi *mohon tak sebarkan virus dekat orang lain* sekarang semakin baik.
Keduanya, nak memohon maaf bagi mukaddimah di atas yang tak berkaitan langsung dengan tajuk diberi. So, memang betullah seorang gadis yang di beri nama 'Intan Zubaidah' ini yang sedang menaip di sini. Mengomel hal sendiri pulak da *Aigo~~~memang dasar tak reti nak straight to the Ampang Point nak main cilok sana cilok sini jugak*.
Sebenarnya nak share resepi *mihmihmih, buat tebiat apa entah tak pernah-pernah nak share resepi*. Resepi yang sangat mudah dan sangat sesuai apabila perut mengeluarkan pelbagai genre muzik ketika sedang menonton TV dikala waktu petang. MURTABAK MAGGI~~~ *dan aku pasti sebenarnya ramai pun dah tahu cara nak buat makanan ini...mihmih*
Resepi ini aku olah dari pelbagai resepi yang dibaca di laman sesawang maka terhasillah Murtabak Maggi versi 'HadiabuZ NatnI'.
Bahan-bahan
1 bungkus Maggi (Mengikut selera anda nak guna perisa apa)
2 biji telur (Sukatan telur: 2 biji = 1 bungkus Maggi)
Ayam di potong dadu (ikut kreativi nak letak apa; daging, sosej, udang, ketam and so on)
1 cili besar (dipotong dadu/mengikut kreativiti)
1 ulas bawang putih (ditumbuk/dicincang/dipotong dadu)
1 ulas bawang merah (ditumbuk/dicincang/dipotong dadu)
Daun bawang/kucai
Minyak masak
Air (untuk merebus Maggi)
Cara-cara
- Rendam Maggi dalam air panas. Setelah cukup kembang, toskan dan ketepikan terlebih dahulu. *Sila jangan rendam bersama perencah ye~~~*
- Tumiskan bawang sehingga naik bau wangi, kemudian masukkan ayam *atau yang berkaitan sekiranya menggunakan bahan lain*. Setelah itu masukkan cili besar dan daun bawang.
- Pecahkan telur kedalam mangkuk kemudian masukkan perencah Maggi yang menjadi pilihan hati anda. Pukul sehingga serbuk perencah itu hancur dan sebati dengan telur itu.
- Masukkan bahan-bahan yang telah digoreng itu ke dalam adunan telur dan perencah itu tadi.
- Kemudian tuangkan Maggi yang telah ditoskan sebentar tadi ke dalam mangkuk adunan itu dan gaul sehingga rata.
- Adunan siap sedia untuk digoreng. Panaskan minyak dan selamat menggoreng ^_^v. Make sure one side tu dah garing baru alih, kalau tak dikhuatiri murtabak itu akan hancur. Goreng menggunakan api sederhana.
Gambar-gambar proses memasak *nak tayang jugak...Aigo~~~*
Step 2: Hasil bahan-bahan yang telah digoreng. Aku prefer goreng dulu semua ni, sebab bau dia lagi nyums~~~menyusuk ke hidung! |
Step 4: Campuran bahan-bahan yang telah digoreng |
Step 5: Gaulkan sehingga rata |
Mudah dan ringkas kan! Memang sesuai sangat untuk orang yang tak berapa rajin nak masak *macam cik penulis ini, erk!* tapi nak memenuhi keinginan tekak dan perut. Snack santai untuk makan depan TV masa tengok Running Man dan PC MH370 *seriously ini kejadian sebenar pada hari Ahad, 16 Mac*.
Tapi adakah kita sedar bahawasanya "Maggi" itu adalah satu brand dan bukannya makanan tersebut. Tapi ia macam dah menjadi satu istilah common kepada semua orang. Bila terbayangkan 'mee segera' secara automatik kita akan panggil ia dengan nama Maggi. YA!!! itulah dia istilah sebenarnya 'mee segera'. Macam mana pula sekiranya kita menggunakan mee segera jenama Mamee, Cintan, Ruski dan yang seangkatan dengannya. Maka murtabak ini harus ditukar nama menjadi 'Murtbak Mamee', 'Murtabak Cintan', 'Murtabak Ruski' *betul tak???*. Tapi aku memang betul-betul masak guna Maggi Perisa Tom Yam *tak tipu, plastik dah buang dalam tong sampah pulak nak tunjuk, erk!*.
Last but not least...
Drama di sebuah rumah.
Adik!!!tolong ambilkan COLGATE!!!
Nah COLGATE~~~
[Source] |
I believe this happened in real!
Walau apapun inovasi yang telah dilakukan kepada makanan yang bernama mee segera, ia tetap mee segera. Nak cakap tak elok makan selalu tu je. Salam sayang, jangan marah, kalau marah kena jual! Kalau tak marah terus berkasih sayang! :)
P/S: Apa pulak 'HadiabuZ NatnI' tu, celah mana pulak ada perkataan tu dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Satu je nak cakap, siapa tahu dia pandai. Again!!! Salam sayang, jangan marah, kalau marah kena jual! Kalau tak marah teruskan berkasih sayang :)
Till we meet again Incik Bloggie!
Wassalam...
No comments :
Post a Comment