Thursday, 27 March 2014

Korea2013 - Day4: Namdaemun Market & Myeongdong Market

Assalamualaikum...

Anyeong haseyo Incik Bloggie!

Haaaa....sekarang dah di penghunjung bulan Mac pun. Quote from my brother 'tak habis-habis lagi cerita Koya dia~~~'. It's a MUST. Supaya in future aku boleh baca balik kenangan-kenangan lalu. Menulis di sini is kind of writing a journal 'my life journal'. Nanti bila baca balik in future, teringat balik kenangan lalu sangat manis. Tak payah nak 'in future' sangat lah. Sekarang ni pun bila tengok balik entries yang lama-lama pun aku dah macam sesenyum & nak tergelak sesorang, bukan apa macam tak percaya aku yang tulis tu *super merepek!!! mihmihmih~~~*.

Dah masuk penghujung kisah, kira-kira dalam 4 entries lagi nak wrap up kisah pengembaraan di negara Kpop!

Let me continue with another shopping stories on day 4! *dah lama berhenti berborak sakan pasal Korea kena cari momentum dulu nak mulakan ni*

Hari keempat ni we all pergi shopping lagi dekat Namdaemun market & Myeongdong market.

Kedua-dua market ni actually dekat je, berada bertentangan antara satu sama lain. Kalau nak pergi antara dua market ni, kita boleh melalui jalan bawah tanah, dimana kat situ kita akan melalui satu lagi market di bawah tanah. Sambil-sambil berjalan pun boleh cuci mata sekali.

NAMDAEMUN MARKET

Namdaemun market ni adalah pasar tradisional terbesar di Korea yang menjual pelbagai barangan yang dijual dengan harga yang berpatutan. Style Namdaemun market ni ala-ala macam kedai di tepian jalan gitu. Antara barang-barang yang dijual dekat sini adalah seperti pakaian, barang mainan, souvenier, kasut dan pelbagai lagi. Pendek kata memang murah-murah belaka. 

Tips from my tourist guide, kalau anda nak cari brooch Korea yang famous amos meletop tu kat sini la tempat dia!

We all pergi market ni waktu malam, once Lucy lepaskan je we all decided to go to Namdaemun market dulu, sebab ada misi nak memborong brooch. So, memang terus berjalan pergi cari kedai brooch semata-mata dekat sini. Tak melencong kat kedai lain pun, since masa yang sangat limited! Nanti nak berjalan-jalan dekat Myeongdong market pulak, takut tak sempat.

Ok, memang boleh jadi rambang mata nak pilih brooch dekat sini. Memang cantik-cantik sangat dan harga pun berpatutan. Tips from me, uollsss pandai-pandailah survey dekat sini, sebab ada banyak kedai yang jual. Iollsss beli dekat kedai sorang oppa ni, yang offer harga agak murah nak compare dengan kedai-kedai lain. Based on Lucy suggestion gak, dia bagitahu cari kedai sorang lelaki ni yang jual murah. Disebabkan terlalu asyik pilih brooch samapi lupa nak snap gambar dekat sini. Tetiba baru sedar yang tak ada langsung gambar kat sini. Then lepas tu baru meneroka Myeongdong market.

Gambar ihsan dari Incik Google. Gara-gara seronok sangat memilih sampai lupa habis nak snap gambar. Satu lagi disebabkan kekangan masa.
[Kredit]

For further info pasal market ni, contoh macam mana nak pergi & kat mana lokasi dia uollsss boleh usha kat sini : Visit Korea - Namdaemun market

MYEONGDONG MARKET

Selesai misi membeli brooch untuk diri sendiri dan untuk souvenir buat orang tersayang, we all berpatah balik ke Myeongdong market, meredah kesejukan malam itu *tetiba teringat kesejukan salji...aaaa*. Dekat Myeongdong ni ada pelbagai jenis kedai-kedai berjenama dikumpulkan di sepanjang jalan. Dekat sini dijual pelbagai produk seperti pakaian, kasut, aksesori, skin product, makanan-makanan yang menarik dan barang-barang KPOP untuk peminat-peminat KPOP di alam semesta ini! Kalau nak compare antara Namdaemun dan Dongdaemun market, dekat Myeongdong market ni we all jumpa lebih banyak kedai barangan yang berjenama dan berkualiti sperti H&M, Forever 21, Etude House and so on. 

For further info pasal market ni, contoh macam mana nak pergi & kat mana lokasi dia uollsss boleh usha kat sini : Visit Korea - Myeongdong Market


Selamat datang ke Myungdong market!
Bajet model sangat aih~~~
Since dah kekangan duit *nak simpan untuk nak pergi Hello Kitty Cafe & last minute shopping lagi nanti* so we all jalan-jalan cuci mata dan try makan diorang yang unik jelah dekat sini. Memang di sini terkenal dengan 'street food'. As we are muslims so kena pandai pilih dan jangan malu bertanya apa ingredients dalam makanan tu ye.

Cik lah kata nama dia pancake / sweet Korean pancake. Dulu dia pernah makan masa mai Korea. So, kali ni serbu lagi!
Iollssss dah try rasanya memang sedap!
Rangup di luar dan manis di dalam. Thumbs up! Harga dia 3 = 2000won / 1 = 700 won.
*Nak makan lagi pleaseeeeee~~~ nak please dekat siapa tan? kalau nak sila pergi Korea semula. aaaa~~~*
Teruskan berjalan tengok apa yang menarik di hadapan sana.
Kedai-kedai di sepanjang jalan yang meriah. Ada promoter yang cuba promote barangan mereka kepada pengunjung market. Suasana waktu malam yang meriah dengan lampu yang bergemerlapan.
I <3 Etude!
Sekarang makin suka dengan produk Etude House sebab sesuai dengan kulit aku.
Mirror mirror on the wall~~~
Sambil cuci mata tengok baju-baju dan aksesori mata we all sibuk juga dok mencari kedai dukbokki yang sesuai untuk singgah menjamu selera. Suddenly terjumpa gerai ahjumma ni yang bersih dan dia separate antara makanan-makanan yang di jual. So, tak ada la bercampur dengan apa-apa yang non-halal. Ahjumma ni nampak we all macam usha-usha and berborak-borak then dia tegur we all dengan ramahnya. Katanya bahannya adalah seafood sahaja. As she aware we are wearing tudung, bagus ahjumma tu mesti banyak orang muslim yang dah singgah kat kedai dia.

My girlprens di depan kedai dukbokki.
Ahjumma yang berniaga dengan mak dia yang sangat baik. Even mak dia tak boleh speaking English tapi dia sangat ramah. We all la yang tak faham apa dia cakap.
Antara makanan yang di jual di gerai ini. Gerai yang kemas!
Ni la dukbokki tu!!! Semangkuk ni berharga 3000 won. So we all share je semangkuk ni. Makan dengan berseleranya!
Nyumsss!
Selesai menjamu selera di sini, aku terpandang satu gerai yang menarik perhatian. Sorang oppa ni sangat mesra tersenyum kepada ku *ewah! jatuh hati Iollsss~~~*. Actually tertarik dengan apa yang dia tengah buattu, aku rasa macam pernah tengok makanan tu dekat satu drama Korea neh. Then we all pun serbu gerai tu pulak. Oppa tu menjual Korean Honey Candy. Dengan ramah oppa tu memberitahu kami ia diperbuat daripada tepung jagung, madu dan berintikan 7 jenis kacang, dan muslim can eat it!

 Terpegun sekejap tengok cara pembuatannya yang unik. Dari seketul madu yang keras, diadun dalam tepung jagung. Then dipusingkan macam ala-ala nak buat mee tu. Sehingga membentuk untaian tali yang beribu. Menarik! Akhir sekali 7 jenis kacang itu diletakkan ditengah-tengah dan dibalut. Jadilah seperti gambar di atas itu *sila tengok gambar di atas itu dekat area bawah sikit ye, macam tu la rupanya Honey Candy! bukan Candy Crush ok!*

Sesi bergambar bersama oppa yang sangat mesra dan semangat menunjukkan demo kepada kami. Kamsahamida oppa *tak tahu nama apa* Kami beli! Tapi bila balik agak terkilan sebab beli satu je. Ia di pack dengan cantik ke dalam kotak, setiap kotak ada 10 biji Honey Candy yang berharga 5000won je ye. Disebabkan takut sangat duit tak cukup we all beli satu je. Baru 5000won ok bersamaan lebih kurang RM15 *terkilan sampai sekarang sebab sedap!*. Tetiba datang sekumpulan pengunjung dari Malaysia juga yang bertanyakan adakah ia halal. Diorang pun turut beli sekali. Bila terjumpa warga Malaysia dekat sana memang semua jadi ramah mesra. Jumpa orang satu negara lah katakan.

We all terus explore lagi Myeongdong market, memang banyak benda menarik di sini.

Gerai jus delima yang lepas we all balik baru tahu rupa-rupanya famous and must try!
AAAAA...dah balik baru tahu. So tengok gambar jelah yang mampu.
Nama kedai yang cool.
Nama kedai 'LesMore' ni dekat-dekat macam nama Incik Bloggie! nama my lovely Incik Bloggie 'Less Is More'
Dah puas meronda, dan masa yang diberi pun hampir tamat we all berjalan ke check point untuk berkumpul. Kali ni we all antara orang yang terawal berkumpul *bangga sekejap...eh!*. 

Once everyone dah ada, terus pergi ke Mentari Cafe untuk dinner. Nama pun Mentari macam perkataan Bahasa Malaysia kan. Memang kedai orang Malaysia pun! Dah esok nak balik kan...ambik feel makan makanan Malaysia semula~~~.

Restoran Malaysia dekat Korea~~~
Style buffet.
Sarah yang tengah pilih nak makan apa, nak ambil lauk apa eh. 
Lambang KLCC yang tersergam indah. Wah!

Itu jelah kisahnya. Akhirnya habis juga mengarang. Alhamdullilah, 3 entries to go. Aja aja fighting!!!

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...

post signature post signature

No comments :

Post a Comment