Tuesday 29 September 2015

Take 5: 27 Things To Do Before You Settle Down

Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie!!!

Teringat masa zaman kerja dulu kalau take 5 je memang laju je guna masa nak meng'update' blog. Sekarang ni...zzzZzzZZ...opps! Rindu pulak zaman kerja dulu. Nanti dah habis belajar mula la nak rindu-rinduan zaman study pulak. Pelik-pelik kan manusia sorang ni mihmihmih.

Petang2 yang mendung ni saje je suka2 nak update '27 Things To Do Before You Settle Down'. Somehow sekarang dah tak ada dah orang tanya bila lagi...bila lagi... senang hati ceq!!! Miahahaha.

Actually the list is based on based one video shared by my friend on her Facebook. Ada certain point tu aku rasa tak sesuai untuk muslim, so I just cross it out and change with another thing.

1. Travel with your best friends
2. Learn to cook
3. Be financially independent
4. Face one of your biggest fears
5. Live alone
6. Accomplish a goal
7. Find your drink of choice Spend time with family especially parents
8. Make the first move
9. Challenge yourself
10. Take a road trip
11. Try a nice restaurant by yourself
12. Live somewhere else
13. Learn to drive manual
14. Find a new show and watch it all in one weekend
15. Get fit
16. Build something with your hands
17. Stay up until sunrise
18. See your favourite artist live
19. Make a list of books to read and then read them all
20. Learn to fight
21. Volunteer
22. Try a new hobby
23. Apply for your dream job
24. Keep a journal
25. Have a long conversation with a stranger
26. Do something crazy and spontaneous
27. Get to know yourself!
*My own list
28. Enhance knowledge of your religion.

For me it is great list & memang sesuai untuk orang macam aku yang masa depan nak 'settle down' tu masih kabur bak ruang udara Malaysia yang dikaburi dek jerebu sekarang niAhaks! I will try all except for living alone since still have a family. Dan lagi satu, 'make a first move' macam Siti Khadijah meminang Rasulullah SAW. Mampu?

That's all from me. Till we meet again Incik Bloggie!



Wassalam...

post signature post signature

Saturday 12 September 2015

Quick Update!

Assalamualaikum...

Hi Incik Bloggie!!!!!!!!!!!!!!!!!!

It has been loooooooonnnnnggggg time tak membuang masa kat sini. Eh! *emoticon monyet cover mulut! huhu*.

Banyak benda yang tersimpan dalam otak ni nak tulis, tapi setakat karang dalam otak & hati sorang-sorang jelah. Ada hajat nak menulis kat sini tapi.... Nak kata sibuk sangat tak jugak, nak kata tak sibuk pun tak jugak. Masih ada masa 24 jam sehari macam biasa, tak ada kurang tak ada lebih sama macam orang lain jugak. So pendek kata 'tapi' tu alasan saja! Ahaks! Hambek kau kena setepek! Ouch!

Ni memang random post, quick update on my current life. Masih bergelar seorang student. Alhamdulillah dah survive sampai 3 trimester, masih berbaki satu lagi trimester dan baru je mula minggu ni. Baru je masuk first class dah dapat rasa "It's going to be tough trimester...phewww~~~". Bukan mengeluh, mencari kekuatan. May Allah strengthen my heart & ease my journey. Satu trimester lagi je tan! Fighting!!!! I wish I could finish the project paper for final trimester as soon as possible! Dengan jayanya~~~ Aja Aja Fighting Intan! Kalau ada silent reader kat sini, please make du'a for me... *much appreciated!* :')

Lepas tu nak buat apa??? *soalan cepu cemas sangat!* Kita merancang, Allah lebih mengetahui yang terbaik. Allah please guide Your servants to the right path. Aamiin.

Sedang orang lain sudah selamat menimang cahaya mata, Alhamdulillah...aku pun banyak menimang cahaya mata yang berekor dan berbulus. Mihmihmih...my anak-anak bulus aka anak-anak kucing! Masing-masing makin rancak membesar dengan sihat & kuat. Mintak-mintak sihat sentiasa hendaknya. Risau kalau sekor-sekor sakit. Susah hati mak neh!

Apa lagi nak cerita...

Apa lagi...

Lagi apa...

Apa...

Lagi...

Kehidupan masih berjalan seperti biasa, sebagai manusia biasa. Menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah S.W.T., anak kepada mak abah, kakak kepada dua adik. Tak ada tetiba dapat super power apa-apa lagi, still manusia biasa. But don't underestimate the power of ordinary woman! Gituh!

Last but not least...

May Allah protect the hearts until the right time. Aamiin...
Alhamdulillah untuk semua yang di beri, syukur sangat dengan kehidupan sekarang ni.

I wish I could write more to you, Incik Bloggie! Dengan hajat nak menjana sel-sel otak! Lama tak menulis kat sini macam dah hilang 'power' dia tuh! Ouch!

Sekian untuk entry yang tak berapa memberangsangkan ni. Random je tiba-tiba rasa nak post. Sedang mencari semangat baru!





Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...


post signature post signature

Thursday 23 July 2015

Mirror Mirror on the Wall

Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie!

Lately I don't really look at myself in the mirror. Yeah of course, I do look at the mirror when I want to put facial cream on my face and shawl. What I mean is, I don't really look carefully at the reflection; myself in the mirror.

It has been awhile, tak duduk depan cermin tenung reflection diri sendiri & muhasabah. Bagi aku lagi berkesan bila muhasabah depan cermin. Sebab terbayang dalam cermin tu 'what I've done before...'. dengan rupa & fizikal yang Allah kurniakan ni.

So tadi duduk depan cermin, look carefully on my reflection. Oh my! Dah ada kedut! Ops! I'm definitely aging! But then, still ada masa untuk membuang masa dengan benda lagha! Face palm!

Kita selalu tengok cermin sebab nak cermin rupa paras luaran kita je kan. Tapi sebenarnya cermin ajaib ni, boleh tolong kita tengok rupa paras dalaman kita jugak.

I have one secret; I used to talk with the mirror. It's just like one of the scene in snow white movie tho!

"Magic mirror on the wall, who is the fairest of them all..."

Ok, tipu jer... Tak adalah macam tu.

My secret is...whenever I feel lost, disappointed, hesitant, or weak I'll look at the mirror on the wall. Then look into my own eyes and said... 'It's ok dear, Allah ada...'. Lepas tu terus senyum lebar! Terus semangat balik! It worked for me. Tak tahulah orang lain. Please do try. Reminder, sila buat anda sorang2 dalam bilik...huhu...


اللَّـهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي
“AlLahumma kama hassanta khalqi, fa hassin khuluqi.”
Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku.
[Hadith Sahih - Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban]

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...


post signature post signature

Sunday 21 June 2015

Bedtime Story #19: Kekayaan, Kejayaan & Kasih Sayang

Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie! & silent reader...*eh ada ker...*


Ramadan Kareem~~~ Alhamdulillah dah masuk 5 Ramadan & dah 4 hari berpuasa. So, how your Ramadhan? Semoga dipenuhi dengan ibadah2 & aktiviti2 yang bermanfaat.


Malam ni ceq nak share satu story untuk dijadikan renungan kita bersama. Kalau tak tahu cerita ni boleh terus baca, kalau dah tahu baca jelah lagi sekali. Tak rugi pon...mihmihmih...

*****


Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetama kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.


...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...

Dicatat oleh Ibnu Muslim.

                                                                           
Credit: The Daily Reminder Network
                        
                                                                              *****

Selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya. :)


Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...


post signature post signature

Saturday 6 June 2015

Apabila definisi 'berjaya' adalah ke menara gading

Assalamualaikum...

Hi Incik Bloggie!

Rasa macam dah lewat dan patut tidur. Tapi nampak gaya macam mata tak mampu nak pejam lagi bila otak ligat memikirkan sesuatu.

Baru sahaja berborak dengan seorang kenalan baru. Agak sedikit terpana apabila dia menyatakan... 'kiranya adik-beradik berjayalah...masuk ke menara gading...'. Tidak berniat nak mempertikaikan kenyataan tersebut, cuma terfikir-fikir. Adakah dengan semata-mata ke menara gading itu dikira sebagai berjaya.

Mungkin disebabkan dah terbiasa dengan culture kat Malaysia ni. Habis sekolah menengah kena masuk universiti, masuk matrik. Belajar kena sampai degree baru kira habis dah zaman belajar, then baru cari kerja. Dalam masa yang sama bukan sebab culture jugak,mungkin sebab faktor perkembangan semasa yg dah banyak berubah. Persaingan nak dapat kerja, memang memerlukan seseorang ada sijil kelayakan terlebih dahulu.

Even aku sendiri pun hidup berlandaskan norma tu. Tak habis sekolah menengah lagi dah fikir nanti masuk uni nak ambik course apa. Lepas belajar diploma mesti kena sambung degree. Nampak tak 'mesti' tu. So, aku pun sama, fikir & buat macam kebiasaan apa yang orang buat. 

Cuma terfikir...apa pandangan masyarakat kepada orang-orang yang tak sambung belajar lepas tamat sekolah. Kind of satu benda yang pelik pula sekarang ni. Bukan aku menyokong untuk tak sambung belajar. As I told before, aku sendiri pun sambung belajar. Even sekarang pon tengah jadi student lagi. 😅

Satu lagi terfikir jugak ibu bapa yang kata anak-anak dia mesti kena masuk uni. Hmm...aku pernah sokong adik aku stop belajar. Sebab dia da tau apa dia nak buat & nampak jalan nak ke arah tu. Still parents worried on his future nanti. Diorang kata...habiskan degree dulu! Mungkin jugak, anak-anak muda semangat berkobar-kobar. Bila nak sesuatu yang dia idamkan tu tak nampak benda lain dah. *tak cakap orang lain, sebab diri aku pon macam tu*.  Masa ni pendapat ibu bapa tak leh dipandang enteng. Kalau relevan untuk future, baik follow cakap diorang. 

Tapi...as parents maybe kena slow talk dulu dgn anak. Mungkin cita-cita anak tu tak memerlukan dia untuk masuk ke universiti. Semoga bila aku jadi mak nanti, aku ingatlah nasihat ni!'. Tapi kalau nak jadi doktor, lawyer, akauntan. Pangkat2 profesional tu...kenalah belajar tinggi...nak jawatan pun tinggi. Lagi2 nak jadi doktor main dengan nyawa orang. 

Respect orang-orang yang tak sambung study tu, sebab diorang manage to survive in their life. Masih dapat kerja, masih dapat tanggung sara hidup keluarga. Respect lagi masih dapat bina family sendiri, tanggung anak bini. Diorang berjaya jugak dengan cara diorang sendiri. Kadang-kadang lagi berjaya dari golongan yang ke menara gading ni.

Pernah borak dengan sorang kenalan, katanya 'belajar untuk dapat kerja. Tapi kalau dah dapat kerja dulu why not kerja je. Nak cari ilmu tu boleh di mana2 sahaja.' 

Kadang-kadang memang terfikir, dah kalau semua orang nak kerja professional. Siapa yang nak bina bangunan tempat kerja tu, siapa nak bersihkan dalam bangunan tu, siapa nak buat maintenance kat bangunan tu. Kita hidup dalam masyarakat yang saling bergantung antara satu sama lain secara tak langsung or secara kita tak sedar. Nampak tak di situ betapa cantiknya takdir Allah. Allah maha adil. 

Tapi janganlah sampai tak usaha apa-apakan.......pasrah sangat dengan hidup. Itu cerita lain pulak lah.

Kalau nak define kejayaan tu sangat subjektif. Terletak atas pandangan & matlamat hidup masing-masing. Ada orang kata berjaya kena macam ni, kena macam tu. Apa-apa pun ikot rezeki masing-masing. Mungkin seseorang tu kurang dari satu segi, tapi lebih dari satu segi yang lain. Allah maha adil.

Mungkin pandangan aku ni tak betul dan serba tak matang bunyinya. Kerana aku masih dalam pencarian hidup. Pengalaman setiap hari sedikit sebanyak mengajar diriku.

Kalau ikut hati, mau je pergi belajar menjahit. Then nak duduk rumah ambik tempahan jahit je. Mahu je buat macam tu... Tapi...mungkin sebab aku dah set dalam otak jugak, nak berjaya kena ke menara gading. So dalam kes ni terkena atas batang hidung sendiri. Kan!

Yang pasti, kejayaan seorang hamba kepada penciptanNya adalah dengan mengingati PenciptaNya pada setiap masa. *masih goyah dan berlawan nak jadi hamba yang berjaya*.

Apa jugaklah yang merepek malam-malam buta ni kan. Hope ada orang nak berdiskusi malam2 ni. Untung jugak ada Incik Bloggie! 😅

 "Yesterday I am clever so I wanted to change the world. Today I am wise, so I am changing myself." - Rumi

Till we meet again Incik Bloggie!

Selamat malam dunia penuh pancaroba.

Wassalam.

Tuesday 2 June 2015

Bedtime story #18: Be a warrior of your dream, a knight of your goal and a soldier of your wishes.

One day a son came to his father for an advice:
– Dad, I can’t do this anymore, – he said, – those lessons only exhaust me, and the result doesn’t change. It must be not destined for me to play football and my dream will never come true.
The father looked at his son with loving eyes and said:
– You know son, every person in life has a dream, a goal of his life. They are the ones that make us do what we are doing, because it’s what we should do. We have to fight for what we believe in, what we feel. In other case, you will simply brake. Once – and for all. As thought you were never there. The easiest way is to quit everything and not go until the end, because the path is difficult and we are not used to inconveniences. We want everything to be easy and at once. But the wishes are fleeting! This is how our dream dies, and the goal becomes unreachable. Gradually, life becomes a routine without depth and meaning. Then one day, we try to forget and start everything from the beginning, we wait for a new day to make our life different. But new obstacles come in our way, and we stop again. We become full of despair and anger for our own helplessness. But you only need to remember one thing: never give up, fight, battle. It doesn’t matter that you have lost one battle and even dozens of battles. Life goes on! Your biggest enemies are hiding in you – laziness, fear, doubt, indecision. Be a warrior of your dream, a knight of your goal and a soldier of your wishes.

Sunday 24 May 2015

Surprise Attack!

Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie!!!

Yesterday I was kidnapped!!! Alhamdulillah...dah selamat dihantar pulang semula sampai ke dalam rumah. Ni semua 'projek nakal' two of my favourite girls!  Konon-konon nak ajak hangout sebab memasing stress kerja. But, the reality is memang diorang stress dengan kerja punnn . Life has changed 360degree

So bukanlah kena culik betul-betul pon~~~ahaks! *mohon dijauhkan perkara yang tidak baik tu.*. 

Cool girls!!!
Baik punya kena culik depan rumah sendiri. Baru nak feeling-feeling nak peluk diorang sebab dah lama tak jumpa.
Sekali, penglihatanku gelap gelita.
Nasib baik uncle sebelah rumah yang tengah dok siram pokok bunga tu tak siram diorang sekali. Sebab pi culik anak jiran dia. Ahaks!
Masih tak keruan. Apa yang terjadi neh!!!
Perancang utama konspirasi tak leh bla ni. Bukan main noh uollss...mentang2 tutup mata ceq!
Dalam keadaan gelap gelita, tak nampak jalan di dunia. Aku pon tak tau mana diorang bawak aku pergi. Cuma dapat rasa duduk dalam kereta yang bergerak ke destinasi yang tak dapat dikenal pasti. Gituh!

Dah sampai ke lokasi aku diheret naik turun bukit. Langkah longkang bagai. Longkang sangat ye korang neh! Boleh dengar suara orang sekeliling kepelikan. Mesti diorang kata "apahal la budak2 neh...ish...ish...ish..."

Dahla pakai wedges, kalau habaq awal2 memang iollss pakai sport shoes ok! sobsobsob... Bajet awal2 nak pergi IOI City Mall, den baru nak acah2 diva la kan. Tak sesuai langsung~~~


Awak kat mana? Awak kat mana?
Kita kat mana ni weh?
Percayakan kawan2...OK, fine! Still tak sure kat mana diorang bawak ceq niiiii
1,2,3 Open your eyes!!!!
Tak boleh! Tak boleh!
Sakit mata tetiba cahaya menerjah ke dalam mata ku...
Muchas Gracias Girls!!! Surprise sungguh
Kekonon nak berkelah di atas rumput, disebab kami bertiga ni manis sangat...our place was attacked by bala tentera semut. Konon sangat! Kena pindah tempat duduk dekat atas jalan. Actually, diorang bawa aku kat one of taman dekat Putrajaya ni. Nama apa pun tak tau. Ni first time datang taman ni.


Upacara potong kek belated birthday!
Awat sedih sangat muka akak sorang tu!!!
 Penat bawak iollss jalan2 gamaknya. Mulut pon sama naik bising! Memang attract orang sekeliling sungguh!


Makan-makan sambil tengok sunset. 
We meet many different people in life. But not many will walk with you through it all. So when you find those who will, treasure them.
Terima kasih kawan-kawan! Kenapa sweet sangat korang ni!!!! Kalah manis madu & gula-gula kapas! I love uollss so much!!!

Sekarang ni sama2 single lagi huhu... One fine day bila ada yang dah di pinang orang, I'll be orang yang paaaaaliiiiiiiing happy untuk diorang berdua ni. Jujur kata, at the same time sedih jugak...sobsobsob umpama mak yang nak melepaskan anak dia ke tangan orang lain. Boleh ke kita nak main culik2 macam ni lagi nanti. Hiks! Love them to the moon, pusing2 angkasa patah balik bumi and still sayang diorang ni lagi. InshaAllah, friends till jannah. Ameen.

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...

post signaturepost signature