Saturday, 6 June 2015

Apabila definisi 'berjaya' adalah ke menara gading

Assalamualaikum...

Hi Incik Bloggie!

Rasa macam dah lewat dan patut tidur. Tapi nampak gaya macam mata tak mampu nak pejam lagi bila otak ligat memikirkan sesuatu.

Baru sahaja berborak dengan seorang kenalan baru. Agak sedikit terpana apabila dia menyatakan... 'kiranya adik-beradik berjayalah...masuk ke menara gading...'. Tidak berniat nak mempertikaikan kenyataan tersebut, cuma terfikir-fikir. Adakah dengan semata-mata ke menara gading itu dikira sebagai berjaya.

Mungkin disebabkan dah terbiasa dengan culture kat Malaysia ni. Habis sekolah menengah kena masuk universiti, masuk matrik. Belajar kena sampai degree baru kira habis dah zaman belajar, then baru cari kerja. Dalam masa yang sama bukan sebab culture jugak,mungkin sebab faktor perkembangan semasa yg dah banyak berubah. Persaingan nak dapat kerja, memang memerlukan seseorang ada sijil kelayakan terlebih dahulu.

Even aku sendiri pun hidup berlandaskan norma tu. Tak habis sekolah menengah lagi dah fikir nanti masuk uni nak ambik course apa. Lepas belajar diploma mesti kena sambung degree. Nampak tak 'mesti' tu. So, aku pun sama, fikir & buat macam kebiasaan apa yang orang buat. 

Cuma terfikir...apa pandangan masyarakat kepada orang-orang yang tak sambung belajar lepas tamat sekolah. Kind of satu benda yang pelik pula sekarang ni. Bukan aku menyokong untuk tak sambung belajar. As I told before, aku sendiri pun sambung belajar. Even sekarang pon tengah jadi student lagi. 😅

Satu lagi terfikir jugak ibu bapa yang kata anak-anak dia mesti kena masuk uni. Hmm...aku pernah sokong adik aku stop belajar. Sebab dia da tau apa dia nak buat & nampak jalan nak ke arah tu. Still parents worried on his future nanti. Diorang kata...habiskan degree dulu! Mungkin jugak, anak-anak muda semangat berkobar-kobar. Bila nak sesuatu yang dia idamkan tu tak nampak benda lain dah. *tak cakap orang lain, sebab diri aku pon macam tu*.  Masa ni pendapat ibu bapa tak leh dipandang enteng. Kalau relevan untuk future, baik follow cakap diorang. 

Tapi...as parents maybe kena slow talk dulu dgn anak. Mungkin cita-cita anak tu tak memerlukan dia untuk masuk ke universiti. Semoga bila aku jadi mak nanti, aku ingatlah nasihat ni!'. Tapi kalau nak jadi doktor, lawyer, akauntan. Pangkat2 profesional tu...kenalah belajar tinggi...nak jawatan pun tinggi. Lagi2 nak jadi doktor main dengan nyawa orang. 

Respect orang-orang yang tak sambung study tu, sebab diorang manage to survive in their life. Masih dapat kerja, masih dapat tanggung sara hidup keluarga. Respect lagi masih dapat bina family sendiri, tanggung anak bini. Diorang berjaya jugak dengan cara diorang sendiri. Kadang-kadang lagi berjaya dari golongan yang ke menara gading ni.

Pernah borak dengan sorang kenalan, katanya 'belajar untuk dapat kerja. Tapi kalau dah dapat kerja dulu why not kerja je. Nak cari ilmu tu boleh di mana2 sahaja.' 

Kadang-kadang memang terfikir, dah kalau semua orang nak kerja professional. Siapa yang nak bina bangunan tempat kerja tu, siapa nak bersihkan dalam bangunan tu, siapa nak buat maintenance kat bangunan tu. Kita hidup dalam masyarakat yang saling bergantung antara satu sama lain secara tak langsung or secara kita tak sedar. Nampak tak di situ betapa cantiknya takdir Allah. Allah maha adil. 

Tapi janganlah sampai tak usaha apa-apakan.......pasrah sangat dengan hidup. Itu cerita lain pulak lah.

Kalau nak define kejayaan tu sangat subjektif. Terletak atas pandangan & matlamat hidup masing-masing. Ada orang kata berjaya kena macam ni, kena macam tu. Apa-apa pun ikot rezeki masing-masing. Mungkin seseorang tu kurang dari satu segi, tapi lebih dari satu segi yang lain. Allah maha adil.

Mungkin pandangan aku ni tak betul dan serba tak matang bunyinya. Kerana aku masih dalam pencarian hidup. Pengalaman setiap hari sedikit sebanyak mengajar diriku.

Kalau ikut hati, mau je pergi belajar menjahit. Then nak duduk rumah ambik tempahan jahit je. Mahu je buat macam tu... Tapi...mungkin sebab aku dah set dalam otak jugak, nak berjaya kena ke menara gading. So dalam kes ni terkena atas batang hidung sendiri. Kan!

Yang pasti, kejayaan seorang hamba kepada penciptanNya adalah dengan mengingati PenciptaNya pada setiap masa. *masih goyah dan berlawan nak jadi hamba yang berjaya*.

Apa jugaklah yang merepek malam-malam buta ni kan. Hope ada orang nak berdiskusi malam2 ni. Untung jugak ada Incik Bloggie! 😅

 "Yesterday I am clever so I wanted to change the world. Today I am wise, so I am changing myself." - Rumi

Till we meet again Incik Bloggie!

Selamat malam dunia penuh pancaroba.

Wassalam.

No comments :

Post a Comment