Monday, 28 April 2014

Random Intan #7 - Apa ada dengan 'Tingkap' pak cik 'Johari'

Assalamualaikum…

Hai Incik Bloggie!

Sedikit perkongsian mengenai sesuatu yang berlegar-legar di mindaku memenjak ni. Puas jugak mencari topik utama untuk sesuatu yang mengganggu benak fikiran ini. Finally malam ni kami bertemu jua akhirnya a.k.a sesi jejak kasih. 

Nak membuka satu kisah mengenai 'Johari Window' atau di bahasa melayu kan menjadi 'Tingkap Jauhari'. Tingkap Jauhari ini adalah satu model atau teknik yang diperkenalkan oleh Joseph Luft dan Harrington Ingham pada tahun 1955 di US. Mendapat nama melalui gabungan first name diorang Joe and Harry maka jadilahhhhh 'Johari'. Basically apa yang Tingkap Jauhari ni boleh buat adalah untuk membantu seseorang dalam memahami perhubungan dengan diri sendiri dan orang lain.

Tingkap Jauhari terbahagi kepada empat tingkap:-
[Kredit]
Izinkan saya membuka tingkap-tingkap tersebut satu persatu dengan penuh berhemah dan lemah lembutnya bak gaya perempuan melayu terakhir…erk!

Tingkap pertama: Saya tahu, anda tahu (Arena)
Tingkap paling biasa, dimana informasi general yang diketahui oleh semua orang. Contoh paling senang seperti jantina, bangsa, kaum dan kewarganegaraan. Pada awal perkenalan mungkin kadar keterbukaan tingkap pertama ini adalah kecil dan akan semakin besar lama-kelamaan. So, mungkin akan lebih mengetahui mengenai benda kegemaran itu dan ini.

Tingkap kedua: Anda tahu, saya tak tahu (Blindspot)
Mungkin kena ambil tahu pandangan orang mengenai kita. Kadang-kadang kita terlepas pandang tentang satu-satu perkara yang ada pada diri kita sendiri. Try to explore from others. Kadang-kadang orang sekelilng kita boleh menjadi cermin kepada diri kita.

Tingkap ketiga: Saya tahu, anda tidak tahu (Hidden)
Tingkap ini lebih kepada menjaga rahsia peribadi sendiri yang tidak mahu di expose ke dunia luar. Kemungkinan besar adalah perasaan, sikap dan amalan yang tidak mahu didedahkan kepada orang ramai kerana untuk kepentingan diri sendiri atau kebaikan bersama. Anda mungkin nampak saya baik, namun anda tidak tahu sisi lain yang dimiliki oleh saya. Apa yang selalu diingatkan diri, selama ini orang memandang diri kita baik adalah kerana Allah melindungi aib kita. 

Tingkap keempat: Anda tak tahu, saya tak tahu (Unkown)
Tingkap yang membantu untuk meneroka potensi dan kelemahan diri. Contoh paling terbaik adalah bakat terpendam, kelemahan dan kekurangan yang selama ini tidak kita sedari. Kemungkinan besar pada peringkat ni boleh membantu untuk improve diri sendiri. Apa yang penting kena bersama-sama berani explore dan cuba sesuatu yang tidak diketahui. 

Dan sebenarnya aku membuka keempat-empat tingkap tu melalui pemahamanku sendiri nak relatekan dengan apa mengganggu fikiranku memenjak ini iaitu 'Hablumminannas; hubungan sesama manusia'. Selain menjaga hubungan kita dengan Pencipta; Hablumminallah, jangan lupa menjaga hubungan sesama manusia. Sedang mencuba untuk membaiki hubungan dengan orang sekeliling dengan improve diri sendiri.

So, apa yang aku dapat dari kisah tingkap dan pak cik Johari ni. Kesemua empat tingkap ini jelas menerangkan bagaimana perhubungan kita sesama manusia. Dalam sesebuah perhubungan itu perlu ada tolak ansur dan juga bak kata orang putih kata 'give & take'; yang tahu dikongsi dan yang tak tahu bersama mencari so that masing-masing dapat improve diri memasing. Tolak ansur sangat penting dalam nak membina kesefahaman. Kita ni umpama hidup dalam satu rumah iaitu bumi, so dalam nak menjaga keamanan sarwajagat apa yang penting??? 'kerjasama!'. 

Semoga kemerepakan ini bermanfaat. Andai ada yang terkurang dan tersalah itu datangnya dari diri yang lemah dan masih mencari ini dan segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T.

Last but not least~~~

Kenapa aku kata malam ni sesi 'jejak kasih' kat atas tadi *mulalah tu scroll ke atas nak tengok mana part jejak kasihnye tu…ahaks!* Sebab tingkap jauhari ni da banyak kali belajar masa zaman diploma dulu-dulu. So hai, tingkap jauhari…do you remember me? dulu selalu aku hafal kau sebab nak jawab dalam exam…ahaks! Kbye!


P/S: Apa yang korang tak tahu, ada seekor kucing yang sangat excited tengok aku menaip entry ni. Dah dah…pi tidur la Kiki!



Till we meet Incik Bloggie!

Wassalam…




post signature post signature

No comments :

Post a Comment