Assalamualaikum…
Hai Incik Bloggie!!!
Pagi-pagi dah rasa nak membebel di sini. Tak boleh nak simpan nanti hati rasa gundah gulana dong~~~
Baru lepas siap mengemas rumah dan bersarapan bersama keluarga tadi. Such a lovely weekend~~~aaaaa…*tetiba teringat esok isnin kena masuk office gulp!*.
As usual has random conversation dengan kaum keluarga sambil enjoy our breakfast. Then suddenly mak komen pasal roti canai yang abah beli dari kedai yang baru buka berdekatan dengan rumah kami. *kalau kuah dia sedap sikit mesti lagi sedap!*.
I agreed *betul2~~~ apa yang buat roti canai tu sedap kalau kuah dia kaw!!!*
Then makan nasi lemak pula *nasi lemak ni sedap kalau sambal dia best* sudden komen lagi.
******
Flasback setiap kali basuh stokin, aku akan mengalami misteri kehilangan salah satu dari pasangan stokin tu. Bila sepasang stokin dah hilang sebelah memang tak dapat pakai lagi la jawapannya. Lately ni baru sedar rupanya-rupanya sebelah stokin tu suka sangat menyorok dalam baju. Pernah sekali aku sedih sangat sebab stokin favourite aku hilang sebelah *sedihla sebab dah tak dapat nak pakai stokin favourite lagi waaaa…tinggal sebelah je*. At last terjumpa stokin tu terselit dekat dalam baju mak! Happy kembali.
******
Setiap pagi Isnin kena isi minyak dulu before pergi kerja. Sebab bila isnin je minyak kereta dah dekat level E.
******
Moral of story di sini setiap benda ada pasangannya.
Roti canai tanpa kuah tidak akan lengkap.
Nasi lemak tanpa sambal ibarat makan nasi dengan lemak semata-mata.
Apabila kehilangan sebelah daripada sepasang stokin itu kita dah tak boleh nak pakai stokin tu.
Kereta tanpa minyak maka tak bergeraklah kereta itu.
Kalau benda tak hidup pun ada pasangan inikan pula benda bernyawa seperti manusia dan juga haiwan.
[Kredit] |
" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." [QS. Adz Dzariyat: 49]
Apa yang pasti kejadian berpasang-pasangan itu supaya dapat saling melengkapi antara satu sama lain yang serba tidak sempurna ini. Allahu akhbar…
That all, sekadar berbasa-basi di hari Ahad. Have a nice Sunday~~~
Till we meet again Incik Bloggie!
Wassalam...
No comments :
Post a Comment