Monday, 21 April 2014

Menjaga hati sesama manusia

Assalamualaikum…

Hai Incik Bloggie!

Pheww…pheww…baru je lepas long journey sepanjang dua hari berturut-turut. Namun begitu, gigih jua nak menghabiskan masa di sini *taip cepat-cepat takut mata tertutup sambil menaip ni…intan gigih weh!*

Another random post from me, sebab lately otak ligat berfikir perkara ni. 




Perhubungan sesama manusia tak kira sesama kaum keluarga *parents, adik beradik, cousins* sahabat handai, jiran tetangga, officemates and so on for sure melibatkan dua aspek utama ni iaitu 'soal hati dan perasaan' *nyanyi-nyanyi lagu erra fazira; soal hati…aiceh*. So apa sebenarnya nak ku katakan di sini ialah, dalam menjaga perhubungan sesama manusia kita perlu menjaga dua aspek utama ini *iaitu apa kawan-kawan…Aigoooo…pandai!!!* hati dan perasaan.

Hati dan perasaan ni adalah dua receptors sensitivity manusia *pepandai je kan buat istilah aku sendiri*. Kalau orang mengata kat kita apa yang terasa dulu, mesti kita akan kata 'terasa hati aku dia kata macam tu kat aku'. In general la, bagi aku hati dan perasaan ni 2 benda yang sangat sensitif bagi manusia, dah kalau orang terasa hati dengan kita, mau rosak perhubungan kita dengan dia. Orang terasa hati, mean orang dah tak suka dengan kita.

Tapi kenapa nak sibuk-sibuk jaga hati orang. Tanya diri sendiri 'kau suka orang jaga hati kau or orang sakitkan hati kau?'. Dari situ kita akan dapat jawapannya.

Tapi bagaimana kita nak jaga hati orang lain. For me, dua perkara tanpa sedar atau tidak sedar kita boleh menyakiti hati orang lain adalah melalui kata-kata yang diucapkan dan perbuatan. Dan mungkin bila kita dah sedar baru kita sesali segala tindak tanduk dan kata-kata yang telah diucapkan itu. Ya, jujur aku akui ada perkara yang pernah ucapkan dan lakukan sangat aku sesali. Kerana perkara itu mungkin telah melukakan hatiku sendiri dan juga hati insan-insan yang disayangi tanpa disedari. 

So, bagaimana nak menjaga hati sesama manusia? Few steps yang difikirkan setelah buat self reflection.

First, bercakap bila perlu, sebab we tend to talk apa yang penting sahaja so akan mengurangkan probability untuk menuturkan yang bukan-bukan *sebut: sesuatu yang menyimpang jauh dan boleh menyakiti hati orang* dan dapat mengelakkan diri kita dari menyakiti hati orang.

Second, berfikir sebelum cakap. Ini merupakan aspek terpenting dalam menjaga pergaulan dan hati sesama manusia. Kadang-kadang bila kita diluar kawalan diri, kita akan main lepas je cakap apa sahaja yang rasa nak cakap. Di sinilah memerlukan pengawalan diri, minda dan hati yang sangat tinggi. Tak rugi pun untuk berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata. Jika perlu tanya diri sendiri dahulu 'adakah kita suka sekiranya kita menerima kata-kata atau diperlakukan sebegitu'.

Third, menggunakan kata-kata yang baik. Gunakan kata-kata yang baik dengan nada yang tepat. Because sometimes, kata-kata tu dah sedap dah, namun begitu nada pulak kurang sedap didengari dan boleh menimbulkan prasangka dan menyakiti hati orang lain. In simple words; 'terlajak perahu boleh diundur terlajak kata badan binasa'.

Finally, tiada pun steps terakhir kerana banyak lagi cara yang boleh difikirkan bagaimana nak menjaga hati sesama manusia. Namun semua itu bertitik dari akhlak dan keperibadian kita sendiri. Nak tak nak apa yang perlu dibentuk terlebih dahulu adalah diri kita sendiri. Kerana apa yang kita lakukan itu akan melambangkan keperibadian dan akhlak kita.

So, kalau sibuk nak jaga hati orang lain, siapa pula nak jaga hati kita. Tepuk dada tanya iman. Hati kita milik Allah, mohon kepadaNya supaya menjaga hati kita sebaik mungkin.

Menulis sekadar untuk peringatan buat diri sendiri secara mendalamnya. Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu datangnya dari insan yang kerdil serba lemah ini.

Last but not least…

[Kredit]

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...


post signature post signature

No comments :

Post a Comment