Assalamualaikum…
Hi Incik Bloggie!!!
As ada leisure time dekat rumah hari ini, tak tahu nak buat apa and before turn to hibernate mode because of kemabukan ubat, I have something to share here *even sekarang dah boleh rasa pening-pening lalat datang menyapa".
[Kredit] |
I believe every muslim aware about solat sunat dhuha. Just nak share my random thought and my little knowledge and input pasal dhuha.
Last week I have random chit chat with my colleague, suddenly we discussed about dhuha. She shared her experience selepas mengamalkan dhuha secara istiqamah. Masih teringat kata-katanya "Alhamdulillah, kamu akan dapat melihat bahawa hidup sangat indah. Dan rezeki Allah itu datang dalam pelbagai bentuk, bukan hanya dalam bentuk harta kebendaan mungkin juga dalam bentuk kesihatan, kemudahan dalam menjalankan sesuatu pekerjaan atau ada seseorang yang sudi membantu ketika kita dalam kesusahan."
So, before menulis entry ni, aku membaca dan buat sedikit research untuk menambahkan lagi kefahaman mengenai solat sunat dhuha.
At first I read Ensiklopedia Solat which I bought for my mom last year and few articles on the internet.
Apa itu dhuha?
Dari segi bahasa dhuha adalah matahari atau cahaya matahari. Ada yang berpendapat dhuha adalah cahaya matahari yang sampai ke bumi atau apa sahaja yang terkena cahaya matahari dinamakan dhuha. In simple word dhuha ialah pagi.
Dari segi syarak solat dhuha ialah solat yang dilakukan pada waktu matahari baru terbit.
[Sumber : Ensiklopedia Solat]
Sekiranya nak mendapatkan lebih info dan tatacara mengerjakan solat dhuha, mungkin anda boleh refer di sini:-
https://www.facebook.com/shamkamikaze/posts/10151929439661612
http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-dhuha/
Suka di sini sebenarnya nak berkongsi mengenai kelebihan solat sunat dhuha ini.
1. Tidak termasuk dalam golongan yang lalai
Dari satu riwayat Abu al-Darda' r.a., Rasullullah S.A.W. bersabda
Maksudnya : "Sesiapa yang solat dhuha dua rakaat nescaya dia tidak ditulis dalam kalangan orang yang lalai. Siapa yang solat dhuha empat rakaat nescaya dia ditulis dalam kalangan Abidin (ahli ibadah). Sesiapa yang solat dhuha enam rakaat nescaya dia dilindungi Allah pada hari tersebut. Sesiapa yang menunaikan dhuha lapan rakaat nescaya Allah menuliskan baginya di dalam kalangan Qanitin (sentiasa berdiri untuk beribadat) dan sesiapa yang solat dhuha 12 rakaat nescaya dibinakan sebuah istana baginya dalam syurga. Setiap hari siang dan malam Allah mengagih-agihkan kurnia-Nya kepada hamba-Nya. Tiada kurniaan Allah ke atas seseorang hamba-Nya lebih baik daripada keupayaannya yang sentiasa berzikir kepada Allah." (Riwayat al-Tabrani)
2. Merupakan amalan berbentuk sedekah. Seolah-olah seluruh anggota melakukan kebaikan.
Berdasarkan riwayat daripada Abu Zar r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya : "Setiap pagi, semua anggota sendi kamu menampilkan amal sedekah. (Untuk melunaskan kewajipan itu ketahuilah) bahawa setiap tasbih merupakan sedekah, setiap tahmid merupakan sedekah, setiap tahlil merupakan sedekah, setiap takbir merupakan sedekah, amar makruf merupakan sedekah, nahi mungkar merupakan sedekah. Namun semua itu terangkat dengan mengerjakan 2 rakaat solat dhuha." (Riwayat Muslim)
3. Dimurahkan rezeki
Daripada Abdullah bin 'Amru bin al-'Ash katanya:
Maksudnya : "Adakah kamu suka saya tunjukkan kepada kamu sesuatu ibadah yang lebih menguntungkan kamu, lebih banyak hasilnya dan lebih cepat pulangannya? Iaitu, ibadah orang yang berwuduk kemudian ia pergi ke masjid untuk solat dhuha. Orang ini lebih hampir meraih sasarannya, lebih lumayan keuntungannya, malah lebih cepat mendatangkan pulangannya." (Riwayat Ahmad)
4. Dipelihara Allah SWT
Maksudnya : "Wahai anak Adam jangan malas kepadaku untuk mengerjakan empat rakaat (dhuha) pada awal siang. (Jika engkau laksanakan) nescaya Aku pelihara kamu pada petang hari tersebut." (Riwayat Abu Daud & al-Tarmizi)
5. Dosa dihapuskan
Maksudnya : "Sesiapa yang pergi - ketika matahari sedang naik- berwuduk dengan sempurnanya kemudian menunaikan solat dua rakaat nescaya akan diampunkan baginya segala dosanya. Dia menjadi (bersih dosanya) seperti budak yang baru dilahirkan ibunya." ( Riwayat Abu Ya'la)
Besarkan fadhilatnya. For me, you won't know the outcome until you try to do it by yourself. Alhamdulillah it's so obvious and you can't deny the advantages of performing it. Cuba!
Sedikit perkongsian dari insan yang masih cetek ilmu di dada dan dalam proses pencarian. Semoga bermanfaat untuk semua dan diri sendiri. :') Andai ada yang tersalah atau terkurang itu mohon tegur dengan berhemah.Yang baik itu datangnya dari Yang Maha Esa, segala kekurangan itu datang diri yang serba kerdil lagi tidak sempurna ini.
Salam sayang. Jangan marah, kalau marah kena jual, kalau tak marah teruskan berkasih sayang!
Till we meet again Incik Bloggie…
P/S: Hidup di dunia hanya sekali jadi hargai kehidupan atas dunia anda untuk persediaan kehidupan akhirat kelak yang kekal abadi. Kind of reminder to myself and uolsss~~~
Wassalam...
No comments :
Post a Comment