Assalamualaikum…
Membuka bicara...
[Kredit] |
Adakala
Kita perlu merasai kesakitan
Bagi mensyukuri nikmat sihat
Adakala
Kita perlu merasai jatuh
Bagi menghargai manisnya berdiri tegak
Adakala
Kita perlu merasai sibuk
Bagi mengerti apa itu ketenangan
Adakala
Kita perlu merasai ketakutan
Bagi mengenal sebuah kekuatan
Sebagaimana
Kita memerlukan hujan
Bagi menyaksikan keindahan pelangi yang bewarna-warni
Tangis
Tawa
Duka
Suka
Jerih perih
Kejayaan
Itulah warna-warni yang menjadi penyeri
Pelangi sebuah kehidupan
Pelangi sebuah kehidupan
Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta
10 April 2014
9.30 pm
Atas katil dalam bilik
…silent…
No comments :
Post a Comment