Saturday, 5 April 2014

Korea 2013 - Hello Kitty Cafe!

Assalamualaikum…

Anyeong Haseyo Incik Bloggie~~~

Alhamdulillah, kesihatan makin baik. Dan otak tak jem lagi macam beberapa hari yang lepas…sobsobsob… Since da boleh kembali berfikir dengan 'full power' maka bolehlah aku menyambung entry ketiga terakhir ke Korea la kami~~~ campak belakang tahun lepas punya kisah. Menyambung kisah yang di tulis dari entry Korea 2013 - Explore Korea Subway - Route to Hello Kitty Cafe mengembara menaiki keretapi bawah tanah semata-mata nak pergi Hello Kitty Cafe! Kalau uolllsss nak tau cemana nak pergi Hello Kitty Cafe tu pun boleh refer dekat entry ni Korea 2013 - Explore Korea Subway - Route to Hello Kitty Cafe *semoga membantu uolsss yang ada plan nak pergi sana*.

As aku pernah story dulu *kalau siapa yang bacalah. aaaaaaa…bajet bajet…hang ni bajet macam ada orang baca! sound like matluthfi! orang satu kampung la~~~* masa malam ketiga we all pergi Hello Kitty Cafe tu tapi dah tutup! waaa~~~menangis tak berlagu! Nasib baik jumpa Zoo Coffee lepas tu, so tak sia-sia lah perjalanan pergi ke Hongdae tu *I'll story about Zoo Coffee later later later bila ada masa in future*. Dekat Seoul memang banyak sangat cafe yang menarik dan unik untuk kita lepak. Janji berani nak explore & cuba je.

Tanpa patah semangat, sebab dah ada niat awal dari Malaysia nak tak nak we all kena pergi juga Hello Kitty Cafe tu! Aigoooo~~~dasar 'never give up'. So malam keempat dengan bantuan Lucy yang drop we all dekat subway station akhirnya we all berjaya sampai ke situ buat kali kedua. Gigih tak gigih! isk…isk…tak sangka we all gigih sangat! *O.V.E.R.!!!* Maka bersedialah dengan lambakan gambar-gambar yang aku tak terpilih sebab semua cantik-cantik dan banyak sangat. Amaran keras kepada sesiapa yang tidak bersedia dikhuatiri anda akan dijangkiti penyakit juling *mihmihmih~~~*.

Dan kisah we all di sini pun boleh tahan tragis~~~ So kalau nak tahu silalah baca sampai habis. 


Welcome to Hello Kitty Cafe! Muka cool dalam kesejukan~~~
Berdebar ni nak masuk dalam kedai… Dia punya excited, Allah je yang tahu. Sebab dah banyak baca review and cerita orang-orang yang pernah pergi sana, katanya cafe ni sangat comel! Bila masuk…tengok kaunter dia! Comelnyeeeeeeeeeeeeeeee~~~~~~~~~~~~~~~~ But then bila tengok sekeliling FRUST yang teramat~~~ first impression, terasa seperti indah khabar dari rupa. Ni our first impression ye. Nak tahu kenapa…baca dekat bawah! heh heh heh…

Tapi seriously, kaunter dia memang sangat cooooomeeeeeellllllllll~~~~~ *terserlah terus kegedikan mu wahai tan…opssss*


Dari kedai sampai ke makanan bertemakan Hello Kitty~~~ geramzzzz~~~

Apa yang FRUST sangat tu, tak nampak sangat kecantikan dan kecomelan seperti yang diwar-warkan orang selama ni. Rupa-rupanya kawasan yang comel-comel tu kat tingkat atas. Ok cool lagi masa ni, cuci mata dekat area tingkat bawah dulu. Sabar-sabar jangan gelojoh.


Merujuk kepada pembacaan we all, menu yang famous dekat sini adalah dia punya tiramisu & waffle. Disebabkan we all sampai pun dah agak lambat so banyak menu dah habis. Konsepnya di sini, kita order then pergi cari tempat nak duduk. Bila nak cari tempat duduk tu. Memang sangat FRUST sebab tingkat atas telah ditutup untuk customer, diorang dah kemas-kemas. Boleh bayang tak betapa FRUST nya we all masa tu. Dah datang kali kedua pun tak dapat tengok ruang atas yang sangat comel tu. Anggap tiada rezekilah masa tu, redhala dengan apa yang ada di bawah. Tempat duduk tingkat bawah terbahagi kepada dua kawasan dan ia agak sempit dan masa tu kelihatan agak tidak kemas dan berterabur. Mungkin sebab dah lewat malam masa tu diorang tak sempat nak kemas *bersangka baik ye…*. So…sambil tunggu makanan, dengan berbaik hatinya we all susun secantik mungkin, buat dekorasi sendiri rasa slamber sungguh buat macam kedai sendiri, kebetulan orang pun tak ada masa tu. Baru la cantik sikit *proud with ourselves heh…hehe...* dan baru rasa semangat sikit nak bergambar! Ini adalah gambar-gambar setelah area tu disusun mengikut kreativiti we all~~~


Mari kita saksikan gambar sebelum kemas dan selepas kemas heh…heh…heh…

Sebelum kemas. Dengan muka terkejut tengok suasana sekeliling~~~
Selepas kemas. Much better~~~
Selepas dah siap kemas dengan jayanya~~ order still tak siap lagi we all menikmati strawberry yang dibeli dekat subway station. Strawberry kat sini besar-besar & manis…sweet gittew~~~
Aku bukan penggemar strawberry tapi yang ini memang nyumsss~~~

Alat penggera kami berbunyi menandakan order da siap~~~wee~~~tak sabarnya….

Tadaaaa~~~ nila yang kami order~~~ comel sangat dengan decoration kepala hello kitty tu rasa tak sanggup nak makan.
Luckily dapat tiramisu yang terakhir untuk malam tu dan disebabkan waffle dah habis tak semena-mena pi order sandwhich disebabkan tak tahu dah nak order apa *take note ya sandwhich dia tak halal*. We all hanya sedar bila order tu dah siap! waaa…waaa… So memang tolak ketepilah sandwhich tu. Untuk lebih privacy we all berpindah ke satu sudut yang lebih tersorok. Tak ada orang kan, so suka hati la pindah randah mana pun! Ni la kelebihan bila pergi masa dah tak ramai orang.

Bekas air yang macam comellll je~~~
So, tolak sandwhich ni jela yang we all boleh makan. Tapi tak sanggup nak makan. Aku & cik Lah order air yang sama, cafe latte. Zaty pulak order cappucino yang diletak dalam cawan yang kecik comel *macam cawan mainan budak-budak tu*. At first, we all macam terkejut biar betul~~~
Tudia…Zaty bersama cawan kecil dia yang comel bangat~~~~haha..
Sambil menikmati satu tiramisu dan air masing-masing yang pada awalnya macam tak sanggup nak makan, aku & lah melawat ke sekitar tingkat bawah *zaty dia tak layan sangat so dia stay dekat tempat*.


Untuk collector barangan hello kitty mesti boleh gila tengok rak ni~~~
Jom usha toilet dia~~~
Lambang ladies yang sangat comel~~~
Dalam toilet pun ada decoration hello kitty!
Mirror mirror on the wall~~~
Usha toilet lelaki yang berwarna biru~~~
Hahaha..since tak ada orang we all masuk je toilet lelaki! haha…naughty girls~~~
Dekat tepi toilet pun ada rak barang-barang hello kitty lagi~~~
 

Dah puas kak-long kak-long melawat kawasan masa untuk berlalu pergi sobsobsob…

Posing sekali before balik~~~
Bye…bye…Hello Kitty Cafe~~~

Sekali bila dah keluar nampak macam cantik je kalau sorang snap gambar & dua orang kat dalam. Zaty offer nak snap gambar dari luar. Tanpa segan silu aku & lah masuk balik dalam kedai.


Bila da masuk balik dalam kedai, hati membuak-buak nak naik atas. Nak datang Koea bukan senang, kalau balik tapi tak tengok satu kedai memang agak frust la. So we decided nak merayu dekat staff cafe ni. Dengan muka tulus suci murni sesuci minyak seri murni we all merayu kepada staff Hello Kitty Cafe yang muka agak ketat *diorang ni memang nak kena bagi training senyum dengan we all tau…muka ketat sokmo~~~*. Still ingat lagi dialog we all time tu 'We came from Malaysia & will go back tomorrow. Can you give us at least few minutes to take pictures at second floor. Just to see around & take pictures~~~ Please~~~~~'. Alhamdulillah ada sorang staff yang agak manis sedikit mukanya sebab pandai senyum berbaik hati bagi 10 minit dekat we all nak melawat tingkat atas! Yeayyyyyyyyyy!!!! Cepat-cepat panggil Zaty yang tengah tunggu kat luar kedai masuk balik. Tak pernah lagi la aku merayu cenggitu selama ni. Tragis! But then bila ingat balik memang manis!

Naik je tingkat dua… AAAAAA~~~~~~ seriously memang comeeeeeeellllllllllllll~~~~~ *gedix level super saiyan kesepuluh, eh ada kerrrr~~~~~. Mari berjoget lambak dengan lambakan gambar-gambar yang berlambak~~~

 

Memang tak lepaskan snap gambar dekat setiap sudut. Sebab staff tu tinggalkan we all bertiga je dekat atas. So suka hatilah nak snap nak berposing bagai! Sekarang gambar we all posing lak~~~ Ahaks!!!

Actually not allowed to sit here. Lantaklah! Pasni tak datang lagi da~~~~~

Ok babai~~~ nak balik da~~~
Dengan hati yang gumbira we all said bye bye and kamsahamida dekat semua staff Hello Kitty Cafe dan  melangkah keluar dari Hello Kitty Cafe. Lalalalala~~~~ Mission accomplished!!!! Tetiba bila sampai dekat satu simpang ni, Lah baru tersedar beg dia tertinggal dekat cafe tu. Aigooooo~~~~ berlari pergi balik ke cafe tu. Muka staff kat situ terkejut tengok we all muncul balik. Tula seronok sangat punya pasal sampai beg tertinggal dekat tingkat atas tu *mihmihmih~~~*. Sabau jelah kan, tapi tula pengalaman di negara orang! Walaupun sekejap tapi manis!

Hello Kitty Cafe Official page : http://hellokittycafe.co.kr
Business Hours :

Mon - Thu:11:00 am - 12:00 am
Fri - Sat:11:00 am - 2:00 am
Sun:11:00 am - 12:00 am
P/S : Actually before pukul 11 malam lagi diorang dah tutup untuk berkemas-kemas, pesan saya pergilah awal sikit ye!!!!

Lepas tu nak tahu we all pergi mana, since masih awal lagi dan perut pun masih tak kenyang we all terbayang-bayang pulak kesedapan waffle dekat Zoo Coffee yang we all dah pergi masa malam ketiga. Sebelum balik Kkachisan we all singgah lagi dekat Zoo Coffee for second times!!! Kekonon duit pun tengah ada banyak lagi, fefeeling orang kaya lepak dua cafe sekaligus dalam satu malam *dekat Malaysia memang harapan la nak buat macam tu!*

Ok, lepas ni tinggal 2 entries lagi~~~ InshaAllah bakal disambung dengan review dekat Zoo Coffee~~~kenapa sampai dua kali we all sanggup pergi situ! Kalau nak compare kesedapan makanan, memang dekat Zoo Coffee lebih sedapla~~~ Kemudian entry terakhir wrap up kisah pengembaraan kami.

Salam sayang. Jangan marah! Kalau marah kena jual, kalau tak marah teruskan berkasih sayang~~~

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam…


post signature post signature

No comments :

Post a Comment