Tuesday, 1 April 2014

Random Intan #6 - March Reflection : Matang dalam ketidakmatangan!

Assalamualaikum…

Hi Incik Bloggie!

31 hari dalam bulan March telah berlalu menandakan bahawa bulan March telah pun meninggalkan kita. *Wah~~~*. Terasa masa berlalu dengan amat pantas! Ini juga menandakan 31 hari telah berlalu sejak kali pertama aku post satu gambar di instagram ku dengan menggunakan #MarchReflection. Nak tengok tak collection gambar tu *mihmihmih syok sendiri!*.




Search je #MarchReflection dekat instagram mesti jumpanyerrrr. Sebab tak ada orang lain pun yang buat hashtag ni. Mula-mula memang rasa macam syok sendiri, tapi dari hari ke hari aku dapat rasa ia macam memberi kesan dalam kehidupan aku. Mungkin kalau tak banyak pun, sedikit akan ada berbekas dan berkesan di hati. Even aku post secara random dan bukan setiap hari, tapi ia macam memberi satu tema untuk hari itu. 

Bak kata orang salah satu cara nak memulakan hari yang baik adalah dengan kata-kata positif yang membina. I used that principle to brighten up my day. Kalau nak ingat sorang-sorang je memang tak lah kot, ia adalah sesuatu yang perlu dizahirkan atau ditulis as a note. Sebab kita manusia mudah terleka, mungkin di kala itu kita ingat then after few minutes, hours or days terus lupa atau hilang fokus kerana suatu perkara yang lain. So, I used instagram as platform to express it. In addition, aku boleh view balik quotes or pics yang telah disuntikkan 'caption' ala-ala motivasi or apa sahaja yang aku rasa nak menulis untuk reflect diri sendiri. Sebab kita ni manusia yang tak sempurna, and I believe the best way for self-improvement is through self-reflection! Kita memang tak sempurna, namun begitu kita boleh berusaha yang terbaik dengan menjadi seseorang yang lebih baik dari diri kita yang semalam. Sentiasalah bermuhasabah diri!

Memang pada asalnya ia akan nampak seperti 'budak syok sendiri' dan agak 'tidak matang' nak bermadah helah di laman sosial *seriously, pada awalnya memang aku terasa macam tu, rasa macam tak perlu pun kau nak buat macam tu tapi dia macam nak buat jugak*. Setelah 31 hari berlalu, Alhamdulillah nampak macam ada sedikit perubahan positif dalam diri. Dari hari ke hari ia membuka mata aku terhadap a few simple issues in my life.

Overall for March Reflection!

People can change!
Menyentuh perihal perubahan, quote dari Ustaz Pahrol; perubahan itu ada dua jenis yakni perubahan dari luar ke dalam dan perubahan dari dalam ke luar. Walau apa jua peringkat perubahan ke arah positif yang kita pilih ia harus bertitik tolak dari hati yang ikhlas. Perubahan kerana manusia atau keadaan sekeliling mungkin hanya akan bersifat sementara kerana manusia itu boleh pergi meninggalkan kita dan keadaan sekeliling itu boleh berubah. Tapi perubahan positif ikhlas dari hati kerana Allah S.W.T. bersifat kekal kerana Allah S.W.T. itu sentiasa kekal dan bersama kita. Cuma keimanan kita ini ada pasang surutnya sebab tu lah pentingnya untuk sentiasa bermuhasabah diri! *Angkat jari telunjuk tunjuk dekat diri sendiri, ingat tu Tan Tan Tan!* Semoga istiqamah…

Bahagia itu sederhana.
Bila kita appreciate sesuatu yang sangat simple dalam kehidupan kita ni dah cukup untuk buat diri rasa bahagia. Terpulang, u choose your own happiness. ^_^v

What I want in my life? Mengejar suatu yang pasti.
This!
Complete to explain everything that I dream of. Sekarang baru jumpa pengertian sebenar apa yang aku inginkan selama ini. Now I'm still in the first phase, satu peringkat asas yang paling penting dan  genting! Kerana macam mana nak membina satu bangunan yang kukuh sekiranya dibina di atas asas yang goyah.

Phase 1: To be a daughter who open a door of Jannah for my farther.
Satu tanggungjawab yang besar. Kerana ia terletak atas diriku sendiri. What kind of daughter i wanna be in order to open a door of Jannah for my father. What I can do, lengkapkan diri dengan ilmu untuk membina peribadi. Ilmu duniawi dan akhirat. Somehow terasa sangat cetek ilmu, macam banyak sangat lagi benda yang tak tahu :'( Masih dalam proses mencari. Aku yakin kerana itu aku masih bersama dengan keluargaku, masih ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan.

Phase 2: To be a wife who complete half of the deen for husband
Keep asking Allah to grant my future husband a righteous wife.

Phase 3: To be a mother where Jannah lies under my feet.
Lately selalu memerhatikan mak-mak melayan karenah anak-anak mereka. Suddenly timbul beberapa persoalan dalam diri...
'what kind of mother i'll be to my future children'
'how i'll guide them dalam dunia penuh pancaroba ni' 
Keep telling myself, the first child you'll raise up is yourself! Dan ia berbalik kepada phase 1. Persiapkan diri dengan ilmu, kematangan dan sifat bertanggungjawab. 

So what I want in my life? Mengejar suatu yang pasti!

Ketidakmatangan itu adalah kunci yang akan membawa kepada kematangan
Dari satu rasa syok sendiri post gambar dekat instagram, I learnt something *ahaks!!!but still kadang-kadang act childish post benda merepek kat IG*. Pengajaran dari kesilapan yang kita buat ketika masih tidak matang, mendidik kita untuk menjadi lebih matang. 


Understood!

Bonus…
sibuk memikirksan masalah sendiri jangan terleka dengan tanggungjawab sesama umat manusia.

Last but not least,
Rasa macam serius but still macam merepek pun ada entry ni *komen kencang!* 

Yang baik itu datangnya dari Yang Maha Esa, segala kekurangan itu datang diri yang serba kerdil lagi tidak sempurna ini. Andai ada yang tersalah mohon tegur dengan berhemah. Masih dalam pencarian.

Salam sayang. Jangan marah, kalau marah kena jual, kalau tak marah teruskan berkasih sayang!

Till we meet again Incik Bloggie…

P/S: Hari ini 1 April, maka dengan lafaz Bismillah saya merasmikan #AprilReflection di IG @intanzueeee *heh…macam poyo jer~~~* Dan dan dan dah tak berapa lagi Ramadhan bakal menjelma. Dah habis ganti puasa ke belum? #Reminder *poyos tul dak Intan ni dalam blog pun nak hashtag!* -.-"


Wassalam...    



post signature post signature

No comments :

Post a Comment