Tuesday, 22 April 2014

Satu langkah ke alam baru

Assalamualaikum…

Hai Incik Bloggie~~~

Lately selalu sangat post sesuatu yang berunsur 'serius' ececeh acah-acah kekonon seseorang wanita puitis penuh dengan visi misi di dada *ewwww~~~menyampah kan*. Moh le mengendurkan keadaan yang agak tegang dengan satu kisah yang agak santai even title je macam serius *sila jangan terpedaya dengan tipu daya seorang intan mihihihi…evil laugh*. 

Sebelum mula merepek haruslah buat warm up jari dulu. Kalaulah boleh record ni dah dengar bunyi ketak…ketik…kriuk…kriuk…jari jemari ku buat warm up *over ni intan…over sangat hoi!*. Untuk ke 150 juta kalinya *nyanyi lagu ainan tasnim!* aku nak buat pengakuan ikhlas, ya aku memang tak pandai nak straight to the point. Nak tak nak kena main cilok sana cilok sini dulu sebelum sampai ke jalan kebenaran *ewah…pengakuan penuh gaya mutu keunggulan yang sangat poyo Intan~~~*.

Sebenarnya nak cerita adik bongsu saya yang sangat manja dan kuat merajuk tu dah sambung study!!! Alhamdulillah. Yeay!!! Agak cepat nak compare dengan orang lain, sebab member2 yang sebaya dengan dia ramai lagi tengah bersenang lenang menikmati zaman honeymoon setelah menamatkan zaman persekolah.

Semua ni bermula bila abah sangat tertarik dengan kurikulum *wah! rasa dah lama tak bermain dengan perkataan tu* yang diperkenalkan oleh International College of Automotive (ICAM). Seriously aku tak pernah tahu pun pasal kewujudannya sebelum ini *heh*. ICAM ni adalah anak syarikat DRB HICOM.  So lokasi dia adalah di sebelah kilang DRB HICOM dekat Pekan, Pahang. Boleh dikatakan semua course yang ditawarkan adalah berkaitan dengan bidang automotif. Nak ulang sekali lagi bidang 'automotif'. Ya memang jiwa abah di situ, tapi tu jiwa abah la bukan jiwa adik bongsu aku tu. Then dengan semangat abah go through courses yang ditawarkan satu persatu dengan teliti. Kebetulan si adik bongsu ku itu tengah tak tahu nak pilih apa and dia prefer something yang more to practical instead of course yang lebih banyak fokus kepada teori. So, sebagai seorang ayah beliau merasakan bahawa course Automotive Service Technology adalah sangat sesuai dengan anak bongsunya itu.

Setelah beberapa kali perbincangan keluarga diadakan maka adik bongsuku itu dengan rela nak try je apply ICAM dan berharap nak masuk mana-mana IPTA. Tanpa dijangka-jangka tak sampai seminggu pihak ICAM call dia nak offer untuk masuk intake April 2014. Sekali lagi mesyuarat ahli keluarga dijalankan. Abah tak ada hal kalau adik bongsu aku tu nak sambung belajar dekat situ. At first kitorang satu family macam terkejut bila abah decide nak hantar si adik bongsu tu masuk IPTS instead of IPTA. Sedangkan anak sulung dengan anak second dia ni ditegah langsung dari nak masuk IPTS. Mungkin dia nampak sesuatu yang baik untuk anaknya di situ.

Dapat offer tak sampai seminggu lepas application then ada seminggu je untuk buat preparation nak masuk study. Tercengang jugak budak sorang tu sebab dalam otak dah set nak masuk study bulan June kan. Tapi apa nak buat dah dia memilih dengan rela hati nak masuk study jugak instead of tunda masuk intake June.

Tarikh mendaftar adalah pada 15 April, sehari sebelum tu lagi kitorang satu family dah pergi ke Pekan untuk meninjau lokasi kejadian dan alang-alang dah turun Pahang Iollllsss jalan-jalan la sekali gittew. Kami satu family stay dekat homestay Tanjung Selangor *sekali lagi jangan tertipu, Tanjung Selangor ni dekat Pekan, Pahang bukan dekan Selangor. Selesa untuk penginapan kami satu family.

Link for homestay : http://homestaypekan.blogspot.com/

Selepas check in homestay dan dah melawat kawasan belajar, abah ajak pergi Kuantan. Dah lama wor tak jejak Kuantan *cerita macam selalu pergi je Intan ni bahaha~~~*. Dari Pekan ke Kuantan mengambil masa kira-kira dalam 45 minit. Sempat jugaklah tidur dan bermimpi habis satu chapter ahaks! In reality aku tak tidur pun, cuma terkejut tengok di sepanjang perjalanan ke Kuantan kelihatan seperti hutan baru lepas terbakar dan masih kelihatan asap keluar dari dalam tanah. Seriously cuaca dekat Pekan lebih panas kalau nak compare dengan dekat Bangi.

Dekat Kuantan just pusing-pusing dalam bandar then gatal suggest 'jom pi Teluk Cempedak!' abah layankan je. Dengan bantuan waze kami berjaya sampai di Teluk Cempedak! Wihooo~~~ Sempatlah layan perasaan sekejap di tepi pantai.




Family selfie guna monopod!
Sambil-sambil layan perasaan di tepi pantai sempat jugaklah shopping dua helai skirt dekat gerai di tepi pantai tu *miahaha…di mana-mana saja nak shopping lol!*.

Pabila matahari mula melabuhkan tirai kami pun pulang ke Pekan semula. Kebetulan 14 April adalah birthday mak, so malam tu abah belanja makan seafood dekat restoran Dee Corner Thai Food Ikan Bakar *panjang kemain, gigih aku hafal nama restoran ni* dekat area Pekan. Puas hati dengan ikan bakar and sotong bakar dia, memang layaaannnzzzzz! Weolllsss satu family memang penggila seafood!

Ikan kerapu 3 rasa
Sotong bakar
Ikan siakap bakar. Nyumss~~~
Muka nervous first time nak duduk berjauhan dari family. Seharian nak senyum pun susah!
Keesokan harinya tanggal 15 April dengan rasminya my little brother registered as ICAM student. Dah jadi budak kolej dah la ni.
ICAM buildings
[Kredit]
Untung satu family teman register dulu along kena masuk sorang-sorang je tau *terus teringat zaman-zaman mendaftar dekat UiTM Segamat dulu*.
Muka ketat nak masuk belajar.


Selesai registration dekat kampus then register dekat university village pulak. Penginapan yang memuaskan hati! Kolej diorang memang nice!
University village
[Kredit]
Ada 3 pilihan bilik nak duduk sorang, berdua or berempat. Budak ni pilih nak duduk berdua. 
Perabot pun still nampak baroooo~~~
Wajib bawak segala besi angkat berat dia tu.
Yo dik gambar ni buat kenang-kenangan untuk dua tahun setengah lepas ni.
Ni la muka mu hari pertama mendaftar as student college.
Dah setel semua baru nak senyum! huh~~
*Terus buka album lama tengok gambar masa daftar kat UiTM Segamat dulu…muka budak-budak habis*

Selamat melangkah ke alam baru wahai my little brother yang dah lagi tinggi dari aku pun sebenarnya. Study smart dan enjoy your student life. Tak dapat dinafikan zaman student memang superb! Banyak sangat benda nak explore. Along mu ini sangat merindui zaman pelajar, bukan masa belajar eh, zaman pelajar hehehe… Semoga success, so lepas ni kalau kereta rosak of course dah tak yah hantar kat bengkel lagi. Dah ada sorang lagi pakar dan bakal pengganti abah. Doa seorang kakak sentiasa mengiringimu. All the best!

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...


post signature post signature

2 comments :