Assalamualaikum…
Salam 2014!!! Entry pertama untuk tahun 2014!!! |
Alhamdulillah… We meet again Incik Bloggie~~~
Since adik-adik kita ni baru memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2014 pada 2 Januari yang lalu so hati ini tiba-tiba terasa dan teringin pulak nak mengimbau kembali zaman-zaman sekolah rendah yang telah berkurun lama berlalu itu. Tak adalah berkurun lama sangat, actually baru lebih kurang dalam 11 tahun yang lepas je jadi budak sekolah rendah *1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 nak bilang dengan jari tangan pun dah tak cukup nampaknya. Nak sampai 11 kena tambah 1 jari kaki. GULP!!!* It's amazing how fast the time flies by and we don't realize it.
Al-kisah~~~ As usual 15 to 20 minutes *lama sungguh hang ambik masa nak mula kerja* before starting any works at the office, akanku cuci mata terlebih dahulu dekat a few blogs and web, one of it is Langit Ilahi. Suddenly ada 1 entry ni menarik perhatian sebab dia guna gambar pokemon as main picture for the entry. Dengan penuh berhemah aku click entry yang bertajuk You Getting a Good Night's Sleep hasil nukilan Ameen Misran, this entry was published under section English Column.
Satu entry yang menarik, mengajak kita berfikir sejenak how we should face reality of life and problems. Memang tak dinafikan pada zaman kini semua masalah kalau boleh nak di tulis dekat muka buku *macam terasa sendiri jer…siapa makan cili dia terasa pedas… Eh!* Then ada satu ayat ni memang menangkap kalbu dan menusuk ke sanubari ku. Because it's what I'm doing recently.
Take a time off for your ‘alone time’ and do something you like. Maybe write a short story, record your daily notes in your life diary or in your blog or write a haiku. - Ameen Misran.
Tapi apa yang lebih menarik di situ adalah word haiku *word yang telah ku merahkan warnanya lalu tanpa segan silu ku gemukkan ia dan disengetkan lebih kurang 70degrees*. Inilah relate nya dengan kisah zaman sekolah rendah aku dulu.
Suddenly teringat dulu masa darjah 5 aku pernah masuk pertandingan menulis haiku dimana peserta-peserta kena mereka sebuah haiku dan melukis 1 pemandangan yang menggambarkan haiku yang ditulis dalam Bahasa Malaysia. The best thing is hadiah dia adalah trip pergi Jepun and dapat family angkat dekat sana. Zaman tu belum famous lagi instagram, facebook, twitter *rasanya belum wujud pun lagi* and yang paling penting masa tu handphone pun aku tak ada lagi lalu tidaklah dapat kuabadikan rekaan haiku itu buat tatapan sekarang ni. Paling super the best is~~~ yang menang pertandingan tu adalah classmate aku!!! WOW! WOW! WOW! Memang rezeki dialah, it was a national level competition then she won it. Bangga aku jadi kawan & classmate dia even aku kalah tak dapat pergi Jepun masa darjah 5.
Apakah itu haiku?
Berdasarkan pemahaman masa umur 11 tahun dulu ditambah dengan sedikit bantuan oleh Incik Google. Haiku itu adalah sejenis puisi pendek Jepun yang mempunyai 17 suku kata dalam formasi 5/7/5 yakni:-
5 suku kata untuk baris pertama (eg. : aku di sini)
7 suku kata untuk baris kedua (eg. : kan selalu menunggu)
5 suku kata untuk baris ketiga (eg. : selalu ada)
*Ilham haiku based on lagu Nomad - tetap menantimu, bagi mengelakkan dituduh mencetak rompak hasil karya orang lain*
Rupa dia lebih kurang macam pantun Melayu, cuma tak ada pembayang dan maksud serta rima dekat belakang setiap ayat pun tak perlu sama.
Based on pembacaan aku dekat wikipedia, if in Japanese, haiku ni ditulis dalam satu baris. Tapi bila diubah suai kepada bahasa Inggeris *or English* dan bahasa Malaysia ia menjadi tiga baris seperti yang telah aku terangkan formasinya di atas itu. Another thing if I'm not mistaken selalunya anything yang relate with nature akan digunakan sebagai subjek dalam nak mereka haiku ni. Yes!! benda alah ni lah yang buat aku sibuk mencari ilham dekat dapur dengan menatap gambar yang abah gantung dekat dinding dapur masa umur 11 tahun dulu.
So, apakah ciri-ciri sebuah haiku yang bagus dan berkualiti? Gigih aku google & jumpa dekat satu page ni yang berkongsi pasal ciri-ciri haiku yang baik.
1. 17 sukukata dalam 3 baris dibahagi kepada 5-7-5
2. Tulis apa yang boleh dinyatakan dalam satu nafas.
3. Gunakan perkataan musim (kigo) atau merujuk kepada musim.
4. Gunakan untaian sajak diakhir baris pertama atau kedua, tapi bukan kedua-duanya.
5. Jangan sekali-kali menjadikan semua 3 baris untuk menyempurnakan atau menjadikannya ayat.
6. Adakan dua imej yang berbandingan apabila menerangkan imej ketiga. Contoh: Dalam berehat/ Mencuci tungku hitam/ Ku basuh tangan.
7. Adakan dua imej yang berkaitan apabila menerangkan imej ketiga. Contoh: Suram cahaya/Tika bulan gerhana /Cantik wajahmu.
8. Adakan dua imej yang bertentangan apabila menerangkan imej ketiga. Contoh: dua biji tungku/tiada ruang bersentuhan/api kian marak
9. Hadkan penggunaan kata nama atau jenama khas.
10. Gunakan gantinama dalam huruf kecil. Contoh: saya ialah?
11. Gunakan ayat yang berkaitan dalam kedua-dua rangkaikata.
12. Gunakan pecahan-pecahan ayat.
13. Jadikan baris terakhir sebagai kemuncak haiku anda.
14. Cari ayat paling menarik/menawan di baris pertama.
15. Tulis perkara biasa dalam cara biasa menggunakan bahasa biasa.
16. Gunakan hanya imej yang nyata, bukan abstrak. Ch. Lampu adalah nyata, terang cahayanya adalah abstrak.
17. Cipta ungkapan berlirik untuk imej.
18. Cuba adakan makna berganda. Sekali baca ia hanya imej mudah, yang tersirat adalah falsafah/pelajaran dalam kehidupan.
19. Gunakan imej yang membangkitkan kesederhanaan atau kepapaan yang sederhana. (sabi)
20. Gunakan imej yang membangkitkan elegen klasik yang tersendiri (shubumi)
21. Gunakan imej yang membangkitkan nostalgia romantik/tempat cantik (wabi)
22. Gunakan imej yang membangkitkan misteri bersendirian (Yugen)
23. Gunakan paradoks.
24. Tulis sesuatu yang mustahil dalam keadaan biasa.
25. Gunakan imej yang mulia (bukan perang, seks atau jenayah).
26. Ceritakan seadanya perkara sebenar di sekeliling kita.
27. Gunakan hanya imej daripada alam sekitar (bukan perasaan manusia sahaja)
28. Campurkan alam sekitar dan perasaan manusia dengan cara menghubungkan perasaan manusia tyerhadap alam sekitar.
29. Elakkan merujuk kepada diri sendiri dalam haiku. (aku dsb)
30. Diri sendiri boleh dirujuk secara tidak langsung seperti ?orang tua ini? atau ?mamat itu?.
[Kredit]
Panjang berjela kan. Tula sebabnya aku kalah dulu, tak ikut semua ciri-ciri ni. Dah tu zaman darjah 5 dulu noob tak tahu nak guna Incik Google lagi. Tapi budak-budak zaman sekarang ni advance, budak yang duduk dalam baby stroller tu pun dah pandai main Ipad and Samsung tab. Betapa besarnya jurang antara kita, besar lagi jurang dengan zaman tok nenek kita dulu.
Then aku terjumpa lagi satu blog yang share apa rupanya bila pantun Melayu di tukarkan menjadi haiku.
pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan di kandung tanah
budi yang baik dikenang juga
|
pulau nan jauh
gunung nampak bercabang
budi dikenang
|
buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
jika salah tolong tunjukkan
|
cempedak tinggi
galah halus meruncing
tunjukkan kami
|
dua tiga kucing berlari
manakan sama si kucing belang
dua tiga boleh kucari
manakan sama adik seorang
|
kucing berlari
tikus riang bermain
manakan mungkin
|
apa diharap padi seberang
entah jadi entahkan tidak
apa diharap kasihnya orang
entah sudi entahkan tidak
|
padi di bendang
pulut tidak menjadi
siapa sudi
|
kalau ada sumur di ladang
boleh hamba menompang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi
|
sumur di ladang
hamba menompang mandi
berjumpa lagi
|
Just simple sharing about haiku from me. If nak tahu lebih lanjut boleh baca dekat wikipedia atau rujuk buku-buku haiku yang terdapat di pasaran.
suatu pagi
aku menghadap laptop
catat memori
hari ni sabtu
hatiku girang cuti
mencipta haiku
hari ni sabtu
hatiku girang cuti
mencipta haiku
-Hasil nukilan : Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta-
Yeay! Yeay! Yeay! dah dapat buat dua buah haiku, even tak memenuhi ciri-ciri haiku yang berkualiti.
Kepada yang berminat selamat mencuba dan selamat mengira dengan jari-jari anda yang comel tu cukup ke tak suku kata yang korang buat tu. Ahaks!
Till we meet again Incik Bloggie!
Wassalam...
No comments :
Post a Comment