Tuesday 31 December 2013

Fairy Tales of 2013

Assalamualaikum...

Hi Incik Bloggie!

Just a few hours before 2013 end.
Jom mengimbau kembali corat coret pada tahun 2013 *apa yang ingat je ni*. Bismillah...
Back to home & family

Pada January 2013, menyaksikan secara rasminya aku dari merantau *pergi belajar je pon ahaks!* kembali menetap dengan keluarga untuk tempoh yang lama dari bulan Januari sampai sekarang. So, cara kehidupan bila stay dengan family pun dah berubah, tak sama macam bila stay dengan kawan-kawan. InshaAllah, mungkin lama lagi kot akan stay dengan my family. 

Melangkah ke alam baru : Intern & working life

Pada bulan February, I've started my internship, memulakan satu perjalanan baru dalam hidup dengan memasukkan diri ke alam pekerjaan. Done my internship phase, now aku dah di absorbed untuk terus bekerja under same department during my internship. As for now colleagues ok, environment bekerja sangatlah flexible cumanya… Actually bersyukur sebab even belum grad lagi dah dapat kerja. Cuma tadi tu, aku rasa macam lack of work satisfaction & I need to find some place for my personal development and better environment untuk bekerja. Maybe...looking forward on 2014. 

New responsibilities

Before ni, everything abah & mak yang tanggung tapi once dah bekerja, da mula rasa perlu bertanggungjawab ke atas diri sendiri especially in term of financial. Now dah jadi skeptical dengan pengeluaran duit. Every month dah kena pandai nak bahagi-bahagikan duit untuk diri sendiri, family dan masyarakat. Before ni bukan tak ada kesedaran macam ni. It was just before ni, aku tak ambil serius sangat *tetiba rasa dah besar anak mak & abah ni, actually yes memang dah besar pun!*. Satu peringatan untuk diri sendiri, rezeki yang Allah kurniakan itu bukan hanya untuk diri sendiri sahaja ye Intan. Bear in mind 'kadang-kadang nikmat yang diterima itu adalah sebagai satu ujian bagi kita'.

New Rumah Manis Rumah


Alhamdulillah, penantian mak selama lebih kurang 10 tahun kini tercapai jua akhirnya. Worth for her berusaha dan bekorban sedikit sebanyak sepanjang tempoh ni. Syukur sebenarnya atas rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T. kepada kedua ibu-bapa ku dan family kami. Rezeki mereka berdua nampaknya. So, sekarang dah berpindah ke kawasan penempatan yang baru. Alhamdulillah, suasana di sungai merab nampaknya lebih tenang, jauh sedikit dari hiruk pikuk kereta dan masih dalam kedamaian ala-ala macam kampung. Another thing yang aku perasan parent aku dah banyak berubah since we all pindah sini. Actually aku sendiri pun banyak berubah. Itulah 'people can change' cause by various reasons. One of it is because of environment. Mungkin terasa seperti ada ruang yang luas untuk bernafas dan masing-masing jadi lebih open. Mungkin! Apa yang penting kami satu family makin rapat dan support each other. Happy family at home!!!

Grad on Time!!!

Officially holder of BBA (Hons) International Business from UiTM.
We did it friends!!!
Tamatnya zaman belajar maka tamat la zaman aku bergelumang dengan dan buku-buku akademik dan exam dan dah tak adalah istilah 'student life'. Tapi bukan bermakna dah tamat masa untuk menuntut ilmu. Masih banyak yang perlu dicari dan dituntut terutama ilmu keagamaan untuk akhirat dan ilmu kehidupan di atas muka bumi Allah S.W.T. ini. Ini juga tanda pelbagai cabaran dan realiti kehidupan menantiku di hadapan.

First Time!

Banyak jugak benda baru first time buat dalam hidup.

First time jejak kaki ke Sabah. Then grouping dengan colleagues from all over the world *kemain nak havoc*
First time jejakkan kaki ke Korea!!! Peace yaw~~~
First time merasa salji turun dengan lebat nya & main real snow dalam hidup! 
First time tengok teater dekat IB bersama-sama adik beradik.
Hmm...apa lagi eh. Itu je kot~~~

Lovely feeling

Antara tahun yang konon-konon fe'feeling' bahagia. Hmm...tak adalah konon-konon. Actually memang bahagia betul pun bukan konon-konon pun *jujur*. Tapi mungkin disebabkan salah cara dan implementation benda itu bertukar menjadi satu tragedi Oktober.  

Tangis persis mutiara

Dalam suka ada juga dukanya tapi jangan biarkan hati anda terus berduka *aiceh*. Tahun ni macam banyak je mengeluarkan mutiara berharga ni dan macam banyak juga buat insan-insan yang tersayang mengalirkan mutiara berharga itu.

Betullah kata orang, ada yang datang dan pergi dalam kehidupan kita ni. So, mungkin ada yang datang dalam kehidupan kita itu adalah sebagai pengajaran untuk mematangkan diri sendiri yaw.Suddenly teringat kata-kata former president of my company masa dia bagi speech during sudden meeting with all staffs *speech yang telah di Bahasa Malaysia kan* "akan ada suatu masa in future, kita akan berterima kasih kepada orang yang melepaskan kita pada masa sekarang ni. Because they just open new opportunity for you to achieve better in future". So, aku harap al-kisah nya macam itu lah. Oh Intan how come you can be so positive macam ni. Ahaks!    

Sejujurnya I'm not fully recover from the frustration, tapi tak kan nak keep on meratapi tak sudah-sudah. Hidup kena diteruskan, move on lah *even susah pon kan*. Biar masa dan jarak yang ditentukan Allah itu mengubati segalanya. Redha & peace yaw!!! Bukan niat nak memutuskan silaturrahim tapi supaya keadaan akan berubah menjadi lebih baik. *so….typical Intan*

And...and...and... I hope next year dah tak ada lagi buat my parent menangis.

Incik Bloggie!!!

Ahli baru dalam memenuhi hari-hariku. Dari sini aku belajar menjadi lebih berani, lebih teliti dan confident untuk meluahkan sesuatu. 

Isu semasa

Aku rasa belum cukup ilmu untuk mengupas isu semasa dengan mendalam. But as from my perspective, melihat kos sara hidup yang semakin meningkat. Di harap pihak berwajib yang telah diberi mandat oleh rakyat dapat mengambil suatu langkah yang bijaksana. I did understand, nak buat keputusan untuk diri sendiri pun susah inikan pula decision for whole country. But...your great power come with great responsibilities. :)

Kecoh-kecoh kau tan nak cakap pasal responsibilities, Intan apa yang kau dah buat untuk negara? Heh... I'm currently working on it. Doa ada rezeki untuk berjuang ke arah itu. InshaAllah.

Pesanan dari Intan 2013 kepada Intan 2014

Be grateful for all the good and bad times during 2013. Segalanya ada pengisian dan kenangan tersendiri. 

For all the mistakes that I've made in past, it was precious for you to learn from it and try not to repeat it again in future. Teruskan memperbaiki diri sendiri tidak kira dari segi agama yakni sebagai hamba dan muslimah, untuk kehidupan duniawi sebagai anak, kakak, cucu, saudara, sahabat dan sebagai ahli dalam sebuah masyarakat.

Alhamdulillah for 2013, you have done your first step. Be ready for another steps in new year. Semoga perjalanan itu lebih mematangkan diri. InshaAllah and good luck dear! Hope 2014 will be better than 2013.

Are you ready for more challenges??? Mari berlepas~~~

Soalan typical tahun baru.
Apa azam tahun baru kau?
Aku tak ada azam tahun baru, yang ada meneruskan sesuatu yang telah diusahakan dan berharap akan bertambah baik dari hari ke hari. Kita merancang dan sebaik-baik perancang adalah Dia yang satu.

"When you have taken a decision, put your trust in Allah" (Quran 3: 159).


That all from me. Till we meet again in new year Incik Bloggie! 

Wassalam...



post signature post signature

No comments :

Post a Comment