Assalamualaikum…
Anyeong Haseyo Incik Bloggie!!!
*Even dah seminggu berlalu masih gigih dalam mood korea nak story di sini, ahaks!*
Alhamdulillah hari ini pulang EXTRA awal ke rumah *HALF DAY!!!* dari opis yang dikasihi, gunakan peluang yang ada untuk duduk di atas buaian melayan angin sepoi-sepoi. So let's use the times to throwback *bahasa instagram yang tengah hot sekarang ni, pabila dimelayukan menjadi 'campak belakang' atau 'baling belakang'* how we arrived to Korea. Of course la dengan naik flight mihihi…memang mintak penampo je rasanya.
Al-kisah, as per package offered by our travel agency, we were departed to Korea by Vietnam Airlines. Aiceh, tetiba serius lak speaking orang putih. At first, macam tak confident je. Sebab tak ada salah sorang among us pun yang pernah naik airlines ni. Semua bajet-bajet naik MAS dengan AirAsia je. Aku lagi lah, naik flight pun boleh kira berapa kali je *kira guna jari tangan pun ada lebih lagi*. Tapi kitorang tawakal je. Once naik Vietnam Airlines ni, dia akan transit dekat Ho Chi Minh City (Saigon) Airport Vietnam. Ada certain orang tak suka transit, tapi aku rasa macam ok je pun kalau transit. Dapat tengok airport Vietnam jugak. Then rasa macam travel dua negara sekaligus *konon-konon la padahal tak keluar dari airport pun*.
On 8 December 2013, our trip officialy began. At first we all di inform departure time around 8pm, so time untuk berkumpul around 5pm. Dalam pukul 4pm, family aku dah get ready nak pergi hantar aku kat KLIA. Around 4.40pm sampai KLIA, diorg just drop je aku kat situ sebab nak hantar adik aku balik ke kolej dia di Kuala Pilah. Ok, fine…kakak kenalah independent sikit ahaks! Umur dah berapa dah tu. Girlfriends aku yang 2 orang tu tak sampai lagi, so aku pun killing time sorang-sorang pergi solat then lepak sebelah family mat saleh ni. Anak-anak dia wow! Comel gila bak hang, macam anak patung. Disebabkan segan so takdelah snap gambar budak-budak tu.
|
Killing time. Kehulu-kehilir menolak troli barang-barang ni. |
Setengah jam lepas tu barulah girlfriends aku tu sampai. Wee~~~suka-suka! Dah gathered dengan diorang barulah we all cari group travel kitorang dekat area kaunter check in for Vietnam Airlines. So, masa tulah first time jumpa Kak Dila. Then dia tolong arrange untuk check in apa semua. Yang paling penting ayat kitorang masa tu 'Kak tolong susun tempat dekat-dekat tau. Kitorang nak duduk sama-sama. Pleaseeeee!'. As Kak Dila sibuk uruskan urusan check in. Sempatlah we all posing sat.
|
Bersama lugage masing-masing, tunggu turn nak check in. |
|
Dah setel check in, Kak Dila pun pass flight ticket masing-masing. Malangnya sit kitorang jauh from each other. Sob...sob..sob... |
Setel check in semua around 6pm lebih kuranglah, then we all diminta untuk berkempul dekat depan departure hall around pukul 7pm. Masa yang tinggal lebih kurang sejam tu digunakan untuk isi perut dekat McD. Thank you to Pak Sheikh & Mak Sheikh aka parent cik Lah yang sponsor makanan kitorg masa tu. Diorang setia menanti sampai cik lah ni masuk ke departure hall.
|
Ready to depart!!! 'Bye bye Malaysia, till we meet again,' kataku dalam hati.
Photos taken by Pak Sheikh. |
|
Zaty dengan gaya mutu keunggulannya dekat auto passport gate. |
|
Dalam train nak pergi departure gate pun sempat posing lagi. Peace yaw!!! *Gambar blur, kesan kelajuan train yg membawa kami* |
|
Bismillah... 8.50 pm we were departed to Vietnam. |
Alhamdulillah, flight kitorang ke Vietnam agak besar dan memang selesa gilos~~~*better than AirAsia I can say*. Kira satisfied la dengan service diorang.
|
Tadaa~~~ We all dapat duduk 'together-gether'. Lot of thanks to Vietnam uncle yang sudi tukar tempat suka sama suka dengan aku then we all dapat duduk bersama. Yeay!!! |
|
Around 1 and half hour flew from KL to Ho Chi Minh. *Pandai ke baca tulisan Vietnam tewww~~~* |
|
Merentas Laut China Selatan! Sejam lebih je perjalanan nak tidur pun tak mampu, masing-masing dah excited kan! |
|
Makan time!!! Halal meal from KL to Vietnam! Cik lah suka gilos roti dia. |
|
Satisfied dengan meal yang Vietnam Airlines serve. Blurpp~~~ |
Touched down bumi Vietnam almost 10.15pm, if I'm not mistaken *dalam mode mengingat, dahi kerut-kerut, mata ke atas*. Transit pun tak lama dalam sejam lebih macam tu je. So, we all just berlegar-legar dalam airport aje lah.
|
Ho Chi Minh City (Saigon) Airport, Vietnam. Peace Yaw!!! |
|
Akak-akak yang sempoi! |
|
Nampak tak gadis Vietnam dekat belakang tu yang gelakkan kitorang snap gambar guna monopad. |
|
Hmm... jelas terang dan nyata naughty! |
Around 11.45pm we departed from Vietnam to Seoul, Korea. Flight from Vietnam to Seoul ni lebih besar tapi dalam dia a little bit sempit nak compare dengan flight dari KL ke Ho Chi Minh. Satu lagi, kena bertahan dengan kepanasan yang menggila, sebab pilot just pasang aircond once flight bergerak. Aigo~~~nak tunggu kapal sejuk puas berkipas manual jugak la. Jaga-jaga dengan halal meal yang diorang serve masa ni. Even halal, Kak Dila pesan jangan makan kekacang yang diorang bagi, non-halal ok. Dalam perjalanan ke Seoul ni tak dapat duduk bertiga *sobsob*. Aku duduk sebelah sit cik Lah, lot of thanks to Korean ahjushi yang sudi nak tukar tempat dengan aku. Cik Zaty lak duduk dengan sorang akak lagi. Tak ada sekeping gambar pun snap sebab ruang nak bergerak adalah sangat limited. It takes about 4 hours to arrived Korea. Memang semapatlah melelapkan mata untuk few hours. Penting untuk we all semua tidur because once jejak je Korea, maka bermulalah pengembaraan kami, tak ada masa nak rehat dah.
|
Alhamdulillah!!! My dream came true!!! Masa ni menangis dalam hati, macam tak percaya pun ada. Girlfriends aku terlupa before ni pernah pesan 'Sila tampar aku bila dah sampai Korea, sebab tak percaya sangat'. Uolllsss just missed the opportunity! Weee~~~ |
|
Put on winter jacket at Incheon Airport. |
|
Suhu on 9 December 2013, 5 degree celcius. |
|
Collect bags and start our journey. Menapak di bumi Korea. |
Kemain panjang, padahal nak cerita departure & arrival je pun. Sampai di sini je dulu Incik Bloggie. Akanku sambung kisah seterusnya di next entry.
Till we meet again!
Wassalam...
No comments :
Post a Comment