Monday, 30 December 2013

Korea 2013 : Accommodations

Assalamualaikum…

Hi Incik Bloggie!

Alhamdulillah, nampaknya intan telah bertukar menjadi seorang yang istiqamah dalam menyelesaikan tugasan yang dia assigned kepada diri dia sendiri. Walaupun bakal mengambil masa yang lama.

'Nak tak nak aku kena juga habiskan kisah tour koya haritu.' 

Adalah lebih baik sekiranya dia dapat istiqamah dalam mengerjakan ibadah kepadaNya dan tanggunggjawab kepada keluarga dan masyarakat.

'InshaAllah. Itu kewajipanku.'

*Suddenly change to serius mood...*

So let's go straight to the ampang point and don't belok-belok. For 6 days 4 nights trip to Korea we stayed at 2 different locations. First night at Vivaldi Park while the other 3 nights we stayed at Seoul. Alhamdulillah, we stayed at two wonderful and convenience hotels I must say. Yeay! Yeay! Yeay!

1. Daemyung Resort Vivaldi Park

For first night, we all check in at Daemyung Resort Vivaldi Park which is located opposite to the Daemyung Vivaldi Park Ski World. Actually we all sepatutnya stay dekat Hanwha Resort at Mount Sorak for first night. Tapi disebabkan cuaca yang tak berapa baik dekat Mount Sorak *saya agak sebab hujan yang agak lebat mungkin...since on our first day dekat bumi Korea kami disimbahi dengan hujan sepanjang hari* our tourist guide, Lucy terpaksa *terpaksa tuh...we all pulak paksa rela mengikut* tukar hotel dengan kadar segera dekat kawasan yang terkenal dengan aktiviti ski.

Tadaaa. Hotel yang tersergam indah.
We all arrived at that hotel around 8pm macam tu lah, if I'm not mistaken *dalam mode mengingat sekali lagi, mata ke atas dahi berkerut-kerut* yang penting masa sampai tu tiada lagi sinaran matahari menyinari bumi korea. Senang cerita dah gelap lah masa tu *teheee~~~nak jugak kona sana kona sini tulis ayat pepanjang*. Disebabkan terlalu penat since dari touchdown terus berjalan-jalan dan meredah hujan sampai terlupa nak ambil gambar lobby hotel. Once Lucy & Kak Dila distributed kunci bilik dekat we all terus 'callo' 'cau' naik bilik.

So we all bertiga ditempatkan di tingkat 15. Sampai je dekat area lobby tingkat 15 we all scream macam menggila. Dia punya view memang Oh!!!Sem!!! aka awesome!!! Menghadap ski track dengan slope yang tak sure jugak berapa degree. Tapi agak curamla kisahnya. Stuck at lobby for about 5 minutes enjoying the view from big transparent mirror, then we continue journey to our room *journey la sangat padahal dekat je pun*. Masa tu dah terdetik dalam hati "please...please...please...bilik please!!!menghadap side kanan..." Sampai depan pintu bilik, "Alhamdulillah, side kanan!!!". Once we enter our room.

WAAAAAA!!! Jeritan super saiya tahap 5 menguasai ruang bilik.
*Dah faham kenapa aku nak sangat bilik menghadap side kanan*
Zoom sikit. View from our room!!! Wonderful , awesome & great experience. :") *Sobsobsob nangis dalam-dalam hati terharu sangat dapat bilik ni*
Dear neighbours, we are very sorry for the inconvenience caused by our SCREAM!!!! Maafkan Kami...hehe...

Alhamdulillah, bilik yang selesa untuk didiami 3 orang teman. Berkonsepkan ala-ala apartment lengkap dengan kemudahan dapur kecil untuk memasak, sebuah sofa, sebuah katil dan 2 buah tilam bagi menikmati pengalaman tidur di atas lantai yang panas *style tradisional orang korea tidur* sebab ada heater. Zati dengan berbangganya cop nak tidur atas tilam dekat bawah. So automatically aku dan lah bermaharajalela di atas katil wee~~~ *dekat rumah dah puas merasa tidur bawah*. 

Cuma satu kekurangan dekat sini pihak hotel tak ada menyediakan free wifi either dekat lobby or dekat bilik. The only place we discovered has wifi connection was at front of arcades area which located at basement of hotel. Haa…dah kalau urgent sangat nak wifi connection, hang pi la turun dekat area arcades tu. 

As I said in previous paragraph, menariknya dekat bawah hotel ni *macam ala-ala kena turun bawah tanah tu* terdapat satu area yang menempatkan supermarket, bowling alley, billiard, table tennis, pharmacy, arcades, play room, cafeteria and night clubs pun hadooo. So, lepas dah bersihkan diri, solat dan buat apa yang patut-patut we all turun melawat kawasan bawah ni. Disebabkan terlalu asyik dengan wifi dekat area bawah ni sampai lupa nak snap few pictures dekat sini. Tula media sosial memang melalaikan *marah diri sendiri sekejap* sibuk dok upload gambar status bagai, ahaks! Tapi ada jugakla 2 gambar kat bawah ni.

Baskin Robbins pun ada kat sini.
Tengok kawan2 aku tengah khusyuk baca menu, konon-konon faham jer. Ahaks!
Dekat sini, kita pilih nak yang dlm cone or cup and saiz scope apa then bayar dulu. Sesudah tu baru pilih nak flavour apa. Terbalikkan dengan dekat Malaysia.
We have bad experienced here, rasanya sebab staff kat sini tak fluent speaking English kot. Nampak macam mengelak je nak serve kitorg. Puas kitorang tunggu turn, diorang dok layan kaum diorang je. Then yang serve aku n lah nampak nervous, sampai terpecah cone tu dibuatnya. Aigooo~~~ 
Book vending machine which captured my attention!
Senang nak beli novel. 
Then dekat pukul 1 pagi naik bilik dan bum~~~pengsan tidur. Keesokannya harinya (Day 2 in Korea) around pukul 8.00am kitorang turun breakfast. Alhamdulillah, satisfied with the menu. Not bad lah. Bagi aku selagi makanan tu mampu ditelan masuk ke dalam perut kira ok la tu. 

Our breakfast

Cara menarik nak keluarkan jem dari bekas tu. Batak sekejap tengok.
Lepas makan-makan we all ready nak pergi main ski *cewah…main ski uollss~~~*. Cerita lebih lanjut tunggu entry khas untuk Vivaldi Park Ski World.

Kalau sesiapa nak tahu lebih lanjut pasal accommodation dekat resort ni boleh usha Official webpage of Vivaldi Park (Accommodation).

2. Mate Hotel, Seoul.

Untuk malam kedua, ketiga dan keempat we all stay dekat Mate Hotel Seoul. Hotel ni berkonsepkan hotel untuk ahli-ahli perniagaan di kawasan Western Seoul. Actually jauh sikit la dari bandar utama Seoul tu sebenarnya. Hotel ni boleh dikatakan macam hotel low bajet jugak tapi satisfied dengan bilik & services diorang. *Puas godek-godek folder, rupa-rupanya tak ada snap gambar bangunan hotel & lobby dia pun, google jela ek*. 

Siap ada PC, sesuai la untuk businessman nak buat kerja kalau stay kat sini.
Layan lagu Crooked - G Dragon!
Toilet siap ada jakuzi & sauna! wee~~~ tapi tak sempat nak ber'jakuzi' pun sebab tiap2 malam keluar jalan-jalan.
Tak apalah nak jakuzi kat Malaysia pun ada *pujuk diri sendiri heh*.
Selfie!!!
Jakuzi dan TV perfect to release tension *Abaikan budak yang tengah tersenyum tu haha…evil laugh!* 

Mangkuk tandas yang canggih-manggih tapi sayang…susah betul nak guna sebab canggih sangat! Ahaks!
Pihak hotel menyediakan kemudahan wifi di seluruh kawasan hotel. So tak payah susah-susah merantau nak cari wifi, ahaks! As usual penginapan kami complementary with breakfast. So each day before we went out, we had our breakfast at Mate Hotel M-Bar *nama je bar tapi tak ada rupa bar pun huhu…*.  Additional info, Mate Hotel ni berdekatan dengan Kkachisan subway station exit 3. It take about 10 to 15 minutes by walking *untuk orang Malaysia kalau orang Korea punya gaya jalan dalam 5 minit dah boleh sampai* from Mate Hotel to the subway station.

Kalau sesiapa nak tahu lebih lanjut pasal accommodation dekat Mate Hotel Seoul ni boleh usha  Official webpage of Mate Hotel Seoul (more Mate Hotel Seoul official photos). 

Pendek kata puas hati la dengan hotel yang di pilih oleh pihak travel agent. Thumbs up for them!

Sampai di sini dulu kisah penempatan we all dekat Korea. Next entry Iollss nak ceghita pasal main salji dekat Vivaldi Park.

InshaAllah. Till we meet again Incik Bloggie!

P/S: Satu benda yang aku belajar kalau travel Korea sila bawa towel besar sdn bhd. Sebab diorang just prepare towel kecil je bak kata Lucy sebab diorang jarang mandi kat sana. Then dalam bilik tak yah risau sejuk gila sebab ada heater. Kitorang siap pasang aircond lagi sebab panas dalam bilik.

Wassalam...


post signature post signature

No comments :

Post a Comment