Friday, 27 December 2013

Bahayanya Wanita. Awas!!!

Assalamualaikum...

Selamat petang Incik Bloggie!!!
*Since petang-petang jumaat ni tengah 'free' sikit dekat office*

Today I just want to share my first time experience watching theater at Istana Budaya. Biasalah benda first time buat dalam hidup ni memang excited dia lebih sikit. Tapi tak tahu lah kalau orang lain bila buat something at first time dia kurang excited atau aku yang ada masalah excited terlajak. Ahaks! I just live my life to the fullest. Gittewww~~~

Actually aku memang dah lama teringin nak tengok teater yang dipentaskan di Istana Budaya. Namun begitu, belum ada rezeki nampaknya sebelum ini. The idea to watch this musical theater was inspired by my colleague, cik Amira *dia ni banyak bagi inspirasi aku untuk cuba benda baru recently*. Plus memang ada terdengar promo teater Bahayanya Wanita dekat HOT FM *sebab recently memang lebih banyak dengar radio dari tengok tv*. By the way barisan pelakon-pelakon yang terlibat dalam pementasan teater ini yang menambah dorongan untuk pergi menonton pementasan teater ni.

Kamsahamida Cik Amira sebab tolong belikan tiket untuk kami adik-beradik. (^_^)
Tiket RM53 je yang mampu~~~

So last tuesday (sebab hari selasa half day and rabu cuti krismas weee~~~), the children of Encik Hatta & Puan Normadiah telah membuat rombongan cik kiah yang pertama kali dalam hidup mereka ke Istana Budaya. Selalu lalu dekat Jalan Tun Razak tu memandang sepi dari kejauhan je dalam kereta.

Poster pon boleh~~~
Siblings photo shoot session.
Merasa jugak!
Naskhah nukilan Erma Fatimah ini dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya dari 20 - 31 Disember digarap dengan cukup santai dan simple. Mengetengahkan isu poligami yang nampak seperti satu isu yang berat namun ia berjaya dipentaskan dalam genre komedi yang sempoi *ayat nak nampak gempak tapi macam pelik je bunyi dia, tatabahasa ke laut...maaf cikgu-cikgu BM ku*. 

Bagi aku jalan cerita Bahayanya Wanita very simple and senang difahami sepanjang 3 jam aku menonton pementasan ni. Mean, tak delah kena perah otak fikir panjang kenapa macam ni, kenapa macam tu. Kepala dan otak pun tak rasa berat, just for relax & fun memang sesuai la tengok teater ni. Just simple story line, konflik seorang lelaki yang beristeri 3 then tetiba nak kahwin lagi sorang. Tapi dalam kelakar & gelak ketawa, actually ada mesej yang nak disampaikan seperti mesej kekeluargaan dan realiti sebuah kehidupan berpoligami *dulu aku pernah confuse word ni dengan word origami. Eh!*. Aku rasa watak Suti banyak mesej tersirat dalam dialognya seperti "kenapa kita mesti menjatuhkan maruah kita kerana seorang lelaki" & "yang penting dalam sesebuah hubungan itu adalah kasih sayang". Then, terpesona kejap masa tengok diorang tukar-tukar prop kat atas pentas tu *orang first time tengok kan, memang cenggitu!*. A little bit frustration sebab aku beli tiket paling murah kan, duduk pun dekat seat paling atas sekali, so adalah terlepas a few scenes yang diorang lakonkan dekat area bawah berhampiran seat yang mahal-mahal tu sobsob.

View from above.
Tambahan lakonan pelakon-pelakon teater ini yang sedia diketahui bakat-bakat mereka berjaya mewarnai pentas Istana Budaya *sekali lagi percubaan nak buat ayat macam gempak tihiii~~~*. Zizan dengan lawak spontan dia memang buat kitorang semua tak kering gusi bergelak ketawa. Lawak spontan Zizan bukan buat penonton je yang gelak, sampai ada pelakon-pelakon lain pun turut gelak sekali semasa pementasan. Gandingan Datin Paduka Umie Aida, Erra Fazira & Nora Danish as 3 madu dah nampak macam gandingan 'power puff girls' dengan mutu lakonan yang tersendiri. Erma Fatimah  yang membawakan watak janda Indon 'Suti' dengan trademark lambung dan goyang Inul dia yang amboih kemain. Ustaz Jon dengan trademark 'sabar...sabar...sabar...' *siapa yang dah tengok dia tahulah hehe...*. Overall pelakon-pelakon lain pun best. Lagu-lagu yang diolah untuk pementasan ni pun menarik kira layan la dalam gelak-gelak.

Show end around 11.30. Ni tengah menunggu pelakon-pelakon utama muncul dari  pintu ajaib tu for autograph session.
Tu Zizan dengan Erra. *Gambar blur sebab zoom dari kejauhan*  
Kita usha dari jauh jelah sebab adik kita ni sibuk nak balik dah. 
Tudia 'Sharifah Fatimah Maruka' kerlasss cara Datin Paduka Umie Aida sebut masa melakonkan watak tu.
Dia sempat pesan kitorang semua promote teater ni. *Tengah promote la ni since ada lagi 5 hari pementasan from today~~~*
Review nak baik je kan. I just enjoy the night with siblings. Thanks to them yang sudi nak teman aku tengok teater malam tu. Nasib baik diorang pun layan kata best. So, next time boleh la ajak diorang lagi. Tapi lepas ni tiket sila 'payung sendiri' la ye or half half lerrrr. Ahaks! 

Siblings selfie in the dark!!!
Mana aci gambar retis je~~~
Itu jelah nak cakap. Till we meet again Incik Bloggie.

P/S : Tetiba sakit pulak hati kita teringat kisah Johan As'ari dengan Lana Nordin sekarang ni *eh tetiba sangat neh*. 

Wassalam...
                                         

post signature post signature

No comments :

Post a Comment