Assalamualaikum.
Hi Incik Bloggie.
So, kisah makan-makan in past entry tu kira wrap up lah acara percutian tumpang kat Sabah. So, let's move to new story.
Al-kisah~~~ tajuk pun photo shoot. So…bersedialah dengan lambakan gambar-gambar pada entry kali ni. Since dah banyak membebel dalam entry yang lepas-lepas, so kali ni aku akan make it simple & padat.
This photo shoot was special event for my degree graduation day. Lama plan untuk sesi poto shoot ni. Nak cari camera man la, nak ready camera la, fikir tempatla, fikir transport la and so on la… Alhamdulillah, finally berjaya gak plan kitorg.
Actually this is my pre-graduation photo shoot with my beloved housemates. Susah senang masa belajar dekat Puncak Alam dulu banyak kami kongsi bersama. Even we all from different courses tapi kami unite as housemates. Alhamdulillah selama 2 tahun stay dengan diorang berlima (lah, ain, zati, ati, lia) ni tak pernah ada masalah or konflik sesama kitorang. Yang adanya masalah kami berenam dengan owner rumah lama. Haha…I can't forget it. And ada lagi sorang ni Noroon, my best friend aku since dari UiTM Segamat. Tapi for degree dia study kat kampus UiTM Shah Alam, but still keep in touch sampai sekarang.
Since dah lama tak berkumpul bertujuh, kami gunakan peluang yang ada pada hari pengambilan jubah konvo iaitu 14 November 2013 untuk reunion & abadikan kenangan bersama. Al-maklumla sekarang masing-masing dah bawa haluan sendiri. Sorang ke sana, sorang ke sini, sorang buat itu, sorang buat ini. Dah tak mudah nak berkumpul macam zaman belajar dulu-dulu. Sobsobsob…hati paling sensitif bila cakap bab ni. I miss student life so much!!! *sincerely from my heart*.
So lepas ambil jubah dekat UiTM Shah Alam, straight shoot pergi Putrajaya, nak dijadikan cerita hujan renyai-renyai pulak masa sampai tu. Sampai sana pun almost pukul 6pm, limited time nak posing nampak gayanya. Tapi sedaya-upaya gunakan masa yang ada.
Let photos speak on behalf of me.
Location : Kompleks Sukan Air Putrajaya, Presint 6.
|
Happy jer semua. |
|
Skema tapi Smart.
Dari kiri nama! : Noroon, Lah, Ati, Zati, Lea, Ain and Me!
~~~BFF~~ |
|
Eh! belum konvo lagi dah ada transkrip~~~ |
|
Bersatu teguh. Yeah!! |
|
Candid!!! |
|
Spread our wing. *Konon-konon tangan jubah tu macam kepak lak* |
|
Surround by ballons. |
|
Senja mula mengucapkan selamat datang. |
|
Kami, belon & candid. *belon sponsor by Kak Ya, thank you very much!* |
|
Nice view! |
Since matahari dah mula menyorok, penataan cahaya dah tak berapa cantik kat sini. Tak sempat pun kitorang nak posing dekat pantai tipu kat area sebelah sinun. Selain tu, maghrib pon dah masuk. So we decide to go to masjid besi untuk solat maghrib. Kata photographer kitorang view kat situ lawa. Sebab dulu-dulu gambar konvo dia ambil kat situ. Aku pun belum pernah menjejakkan kaki dekat masjid besi ni lagi even duduk sebelah Putrajaya je pon. So kita dengar cakap orang berpengalaman. Lepas solat maghrib, we all sambung posing balik. Memang gelagat kitorang menarik perhatian orang-orang dekat rumah Allah tu.
Location : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin / Masjid Besi
|
Dah kurang sorang. Mek ati kena balik awal nak hangout dengan family. |
|
1 of my favourite pic! |
|
Muka bajet-bajet serius *Ya ampun…padahal tengah tahan gelak, ikot arahan photographer!* |
|
We are friends~~~ |
|
Lompat!!! |
|
Hugging each other *takpe sesama perempuan, berlainan jantina jangan nak buat macam ni depan luar masjid ok, except with your mahram…reminder* |
|
Dah habis kat luar, masuk dalam pulak. *Cantik masjid ni* |
|
Tanggal jubah da~~~ |
Haa…dah puas posing kemain, tapi siapakah gerangan tukang ambil gambar dari tadinya. Jeng…jeng…jeng…
|
Bidan terjun jadi photographer, yang di tengah & paling kecik sekali. My colleague, Cik Amira, thank you very much dear!!! Still hutang dia nak belanja makan. Ahaks~~~ |
Akhirnya angan-angan jadi nyata, dapat juga kami abadikan kenangan bersama~~~ Even sampai ke malam, masing-masing siap kena bising dengan family sebab bergambar sampai malam. Our photoshoot end at 10.30pm. Masing-masing pun balik ke rumah masing-masing. Tapi aku satisfied! *even kena marah kan* Dah dapat rasa on the convocation day mesti tak dapat bergambar sama-sama sangat. And, yeah, it's true. Yelah, nak snap dengan family la, nak snap dengan classmates la. So kami bertujuh decide ambil gambar pre-convo.
Dear friends, alhamdulillah we made it!!! Oficially got our degree. So now, we are moving to another phase of life,the real challenges are waiting us. Even lepas ni kita semua dah tak sama-sama serumah macam dulu. Hope we still keep in touch, update each other nya info dekat group whatsapp kita ya. Wink Wink… Semoga korang semua berjaya dalam kehidupan lepas ni, bina kerjaya & bina family sendiri suatu hari nanti. Thank you so much for supporting me even dalam keadaan paling down baru-baru ni. I LOVE YOU ALL!!! FRIENDS FOREVER!!!
|
Behind the scenes. Gigih bawa props tu semua & tengah fikir macam mana nak pakai ayam serama haha~~~ Actually namanya hood. |
Sampai di sini dulu bebelanku *niat awal-awal nak tulis pendek je tapi panjang berjela jugak*. -.-"
Till we meet again Incik Bloggie.
Wassalam.
No comments :
Post a Comment