Assalamualaikum.
Hai Incik Bloggie.
Entry kali ni adalah 'special edition' for dinner story only, giteewww~~~ Sebab bila pergi dinner la semua pun excited bawa perut. Dah diketahui Sabah adalah 'Syurga makanan laut' memang melantak seafood la ceritanya. Bak kata acik Agam 'makan macam ni just sekali sekala, kalau makan selalu woo~~~ bahaya'. Eh macam ada rhythm lak. Boleh jadi pantun. Dah kebetulan aku pulak memang hantu seafood sebab dilahirkan dalam keluarga yang memang gila seafood.
Pendek katanya entry kali ni akan di hujani dengan pelbagai gambar-gambar makanan dari pelbagai sudut *aiceh, bajet2 pro*. Tapi tak bermakna aku sakit mental u ollss~~~ Siap keluar paper ada kajian bagai.
Bagi aku post menge'post' gambar makanan ni dah menjadi satu trend yang di atas kemuncak dalam zaman sekarang ni. Bila dah terbiasa lama-lama benda tu jadi habit. Bila jadi habit make sure jangan sampai jadi obses pulak ye. Itu yang buat jadi sakit mental sebenarnya. Buat masa ni aku masih di level 'normal' lagi la belum macam tu lagi.
Nampaknya kapal aku dah deviate 45 darjah dari topik asal. Let's back to the original topic 'Dinner'. For third and fourth day we have our dinner at 'Welcome 100% Seafood Restaurant' with trademark green table which stand for serve no pork section. Ini adalah kerana deretan kedai-kedai di situ adalah dimiliki oleh chinese & kedai ni adalah the only kedai yang memang serve seafood semata-mata, halal for muslim. Lokasi specific kedai ni adalah di Kompleks Asia City. Mai cek share alamat dia, boleh GPS lagi nanti (promote la pulak).
Welcome 100% Seafood Restaurant
Lot G22, Ground Floor,
Kompleks Asia City Phase 2A,
Jalan Asia City, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 010-7608068
(Source: Resit restoran)
Hazmin yang introduce kedai ni dekat we all since dia pernah makan dekat sini during his past business trip to Sabah. Katanya restoran ni adalah cawangan kedua, owner dia ada lagi satu restoran dekat area perkampungan Melayu, tapi dia pun tak sure kat mana. That why la owner restoran ni memang specialize serve seafood je, dia dah target pelanggan muslim. Dengar katanya maybe boleh dapat harga lebih murah dekat situ, since dekat area kampung. Siapa yang rajin pergi Sabah mestilah tau dan yang baru nak pergi try la survey dari penduduk tempatan *semoga berjaya*. This is my first time been here, jalan-jalan dekat town pon boleh sesat nak explore lebih-lebih lagi la tak mampu. So follow jelah ke mana orang bawakan. Kitorg jalan kaki dari hotel pegi Asia City. Lebih kurang dalam 10 minit macam tu. Kena cross jalan besar jugakla kalau dari hotel Promenade.
Jom kita jengah apa rupanya restoran ni. Let photos speak on behalf of me.
Zoom kasi dekat sikit...
Ini adalah sejenis siput. We all tak order pon, tengok orang makan kena korek dengan lidi yow. |
Ikan siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. *tengok harga dia* |
Sejenis kepah |
Udang galah *tengok harga dia* |
Bukan main abang ni posing dengan udang galah dia sambil kata 'ambikla gambar'. Haa...nak interframe sekali letteww~~~*joking!* |
Zoom~~~ |
Spesis udang erk...tak sure jugak... |
Day 3
On that day, we all pergi sana around pukul 7pm something. Full House kot! Siap kena tunggu kat tepi meja orang, tercongokla tengok diorang makan sambil perut berkeroncong. Tapi janganlah tenung over sangat, kacau fokus orang nak makan. Tunggu punya tunggu punya tunggu, finally dapatla 1 table besar yang boleh duduk dalam 10 ke 12 orang. Bedal ajalah even we all just 4 musketeers je kan. Itu ja yang ado. during this day tak ada gambar sangat nak tunjuk. Sebab masing-masing penat berjalan, sampai pulak kena tunggu meja yang penuh tu. So, bila makanan dah sampai terus baca Bismillah & doa makan *sempat lagi ya* then ngappp!!! Tak da sorg pun among we all yang nak ambil gambar.
Masa malam ni we all order ikan kerapu tiger masak sweet sour, sabah vege sambal special, ketam egg salt dengan butter prawn *tak ada gambar close up kerana terlampau excited tengok makanan*. Lepas habis makan mula main teka-teka berapa harga we all makan malam tu. Aku confident kata paling kurang RM250. Total makan malam ni termasuk air kelapa, jus buah & nasi RM218. Haaa~~~murahkan… Kira murah ar ni bila divide 4 baru RM54.50. Mana nak dapat makan seafood sepuas hati macam ni.
Day 4
Hari ni we all pergi awal sikit aroun 6pm, makanya senang la dapat tempat. Pilihla dekat mana kau nak duduk meja besar ke, meja kecil ke, depan ke, belakang ke.
Ni je yang mampu ambik. dah berkecah semua kami kerjakan. |
Day 4
Hari ni we all pergi awal sikit aroun 6pm, makanya senang la dapat tempat. Pilihla dekat mana kau nak duduk meja besar ke, meja kecil ke, depan ke, belakang ke.
Tada~~~ relax sikit. See make sure meja warna hijau. Baru duduk makan ye. |
Banyak lagi kosong kat belakang tu. So kalau nak datang sini, datangla around pukul 6pm. |
Hidangan untuk dinner malam keempat. *Tu aku tengah sibuk nak snap gambar jugak. |
Kepah masak sos. |
Udang steam dengan sos cuka. |
Sabah vege masak sambal special restoran ni. |
Macam semalam, we all pun main teka teki teka teko ular mati dalam pinggan. Haa…berapa harga makan malam ni. Aku teka mesti lagi murah dari on day 3 sebab we ordered kerapu tiger so that why macam mahal sikit.Total makan malam ni RM145 divide 4 sorang just kena bayar RM36.20. Murahhhh kan!!! Bawah RM50 boleh makan seafood puas hati cenggitu. Kalau kat semenanjung mungkin tak jumpa kot. erkk…kalau ada sesiapa tahu tolong suggest meh. Thumbs up!!!buat restoran ni.
Overall memang puas hati makan dekat sini nak compare makan dekat pasar malam KK tu. But, depends kalau nak makan yang bakar-bakar boleh la pegi sana. Tapi alang-alang dah pergi Sabah try je semua tempat yang ada. Paling penting wajib makan SEAFOOD!!!
Ooo…lupa nak bagi tahu, owner restoran ni ada buka kedai menjual paste special untuk masak seafood di sebelah restoran dia. Kat kedai ni pon tak ada snap gambar pun. Paste yang dijual adalah seperti paste sambal sayur (macam masak sabah vege tu), paste kamheong, sos plum, black paper & macam-macam lagi lah. Diorang pun ada jual frozen seafood kat situ. Ikan termahal yang dijual berharga almost RM2300++. gulp~~~kalau aku beli memang buat frame la. Mahai sangat dong~~~ Cek mampu belikan paste kamheong & sos plum untuk mak. Sos plum dia memang superb! dah try masak pun past few days.
Sampai di sini jelah kisah makan-makan buat masa ni. Karang lebih-lebih orang kata sakit mental pulak ahaks.
So…tata Incik Bloggie. Till we meet again in next entry.
Wassalam.
No comments :
Post a Comment