Thursday, 28 November 2013

Sabah Trip Part I

 Assalamualaikum.

Hi Incik Bloggie!

Seronok hari ni spent time dengan sanak saudara yang ada anak baby neh. Memenjak dah pindah rumah baru ni ramai pulak yang datang melawat. Alhamdulillah, meriah sikit rumah. Wo wo wo~~~dah melalut lari topik pulak. Haaa~~~ ni intro dulu kisahnya ni sekarang pukul 2.25am tetap gigih nak berborak di sini. Moh la aku sambung kisah pergi Sabah yang dah lapuk di telan zaman tu, tapi tak pernah lekang di ingatan.

Ceritanya haritu pergi Sabah berempat dengan officemates aku. Let me introduce them.

Dari kiri nama! : Anthony, Me, Hazmin & Agam ('The 4 musketeers' Name given by Hazmin). Diorg sume ni boleh tahan gila-gila. Senang masuk la.
So, kitorg departed from LCCT dalam pukul 10.50am (kalau tak silap, aku agak kelupaan dong) dan touchdown Sabah dalam pukul 2.00pm awal 20 minit dari jangkaan waktu mendarat yang sebenar. Alhamdulillah, selamat sampai ambik teksi terus pergi ke Hotel yang pihak office da booking. So kitorg stay dekat Promenade Hotel. Sebab agak penat masa tu tak menyempat pulak nak snap gambar hotel. Boleh google je ye.

Hotel Promenade (4 star hotel) ni terletak di tengah-tengah Kota Kinabalu. So sangat sesuai la kalau nak tour bandar KK tu. Dia berdekatan dengan mall (Center Point Sabah, Wawasan Plaza, Pasar Filipine). Boleh keluar jalan kaki je uollss~~~ Fasiliti yang disediakan not bad la. So far so good, just nice la. Dia best sebab terletak dekat tengah town. Tapi kalau nak lagi best & yang banyak bajet tu hangpa pi la dok dekat Le Meridian sana tu. Lagi cantik la.

Selesai check in bilik, masing-masing punya perut pon dah berkeroncong sebab tak makan langsung dari pagi kan. Naik bilik letak barang-barang, solat, bersihkan diri semua, tepat pukul 4.30 we all semua kumpul dekat lobby nak pergi late lunch. Untuk lunch ni we all pergi dekat Center Point Sabah. Try makan dekat food court dia. Tak sempat snap gambar makanan pon sebab dah kelaparan sangat sobsob T.T Tapi macam mahal la total semua RM11. Aku ambik nasi putih, paru, sayur kangkung dengan udang gurau goreng (ni superb sedap). Air pulak vanila shake. Haa…begitula cerita makan tengah hari. Habis isi perut barula kami mula pusing-pusing dekat area dekat-dekat situ.

Tempat pertama yang diserbu adalah Pasar Filipina. Lokasi specific adalah berhadapan dengan Hotel Le Meridian. Menurut pembacaan dari Mr. Google, Pasar Filipina ni dulu-dulu kala merupakan tempat transit bagi pelarian Filipina. So, diorang pun mula berniaga kat situ sampai la sekarang. Itulah sebabnya dipanggil Pasar Filipina sebab para peniaganya adalah orang Filipina. Mostly yang dijual di sini adalah kraf tangan dan barang-barang seperti… Moh kita tengok gambar. Jeng jeng jeng~~~

Ni view dari belakang Pasar Filipina dekat KK. Boleh nampak Hotel Le Meridian tersergam indah dekat belakang tu kan.
Selain kraf tangan ada jugak barang-barang kering macam ikan bilis, ikan kering, udang kering, rumpai laut & so on. So kalau datang sini haruslah beli Amplang dan Kuih Cincin. Kudapan dari Sabah. Sedap!
Source : Google image
Suasana dekat tempat jualan kraf tangan. Pictures taken by Anthony. Aku byk cuci mata masa ni. So tak ambil gambar pon. Excited dok tengok kraf tangan.
Then dekat tepi Pasar Filipina itu ada tapak Pasar Malam KK. Rasanya itu la kot yang diorang panggil. Pasar malam ni dibuka setiap hari pada waktu malam. We all pergi tak da lah malam sangat. Gila tengok seafod dekat sini. Dahla murah, bayangkan ikan erk..tak sure ikan apa 2 pinggan RM5. Sotong pula 1 pinggan RM3. Memang heaven dengan seafood dekat sini. Kalau duduk dekat apartment yang ada dapur, memang aku dah kena suruh masak dengan 3 orang jejaka tu. Selain ikan pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan dijual dekat pasar ni. Standard macam pasar malam di Semenanjung lah. Cuma buah kat sini macam mahal sikit. Lepas tu kita juga boleh tengok pelbagai kuih muih tradisional Sabah di pasar malam ni.

Ikan segar bugar dari laut.

Meriah orang berjual beli.
Dah cuci mata sekarang masa untuk basahkan tekak dekat gerai2 makan area Pasar Malam KK.
Buah kelapa warna pink. Tried by Anthony. Katanya air dia manis & isi pon lembut. Thumbs up!!!
Me, Hazmin & Agam tried ABC Special Sabah. Yang menariknya diorang letak makaroni dalam ni. Best!!!
Petang first day ni tak beli apa-apa pun. Just cuci mata tengok kawasan. Tapi dalam list dah ada macam-macam order sebenarnya from my mom. Tak ape, keep the order till the right time baru shopping. Tengoklah macam mana aku shopping nanti. Then da pusing-pusing we all pon balik hotel, kemaskan diri masing-masing. lepas briefing untuk program tree planting tu, we all berempat or '4 musketeers' nama yang diberi oleh Hazmin pegi hunting for food untuk dinner kami dekat area pasar malam yang memang terkenal sebagai 'Syurga Makanan Laut'. Tak caye??? Tengok ni!!!



Udang bakar. RM30(besar) RM25(kecil)
Ni makanan yg Hazmin dengan aku pilih. Ikan Jenahak bakar, udang bakar, udang yg ada telur bakar & kerabu campur (ikan, mangga & 2 jenis rumpai laut). Total semua RM64 include air dan nasi.
Haaa...kepada penggemar seafood, anda boleh jadi gila bila datang sini. Tapi kebanyakan seafood di sini telah dibakar. Bila kita pilih penjual2 dekat sini akan panaskan terlebih dahulu, then baru serve dekat kita. Bagi aku, ok la makanan kat sini. Cuma kurang puas sebab tak rasa fresh dia. Maybe sebab diorg dah bakar awal kot. Suasana kat sini memang meriah, lepastu berasap-asap. Biasala nama pun makan di tempat pembakaran seafood. Tapi pada hari ketiga dan keempat we all dah tak makan di sini. Haa~~~nak tahu di mana, tunggu next entry. Lepas makan, bawak perut yang berat balik bilik. Terus pengsan.

Sampai di sini dulu kisah untuk hari pertama. Till we meet again in next entry Incik Bloggie.

Wassalam.

post signature post signature

No comments :

Post a Comment