Assalamualaikum.
Hi Incik Bloggie.
Alang-alang tengah masa lunch tapi puasa ni moh la kita story sikit. I got something to share with you. In summary I can say it
as ‘Sudden Holiday!!!’
Actually, pada awal bulan November yang lepas aku join satu program CSR yang dianjurkan
oleh HQ company aku. Program ni diadakan di Sabah selama 5 hari 4 malam dan lebih kepada ‘eco-tour’ or ‘back to
nature tour’ gittewww. Main objective dia adalah nak expose staff kepada ekosistem hutan hujan tropika dekat
Sabah dan ada program tanam-tanam pokok. Itulah objektif utama sebenarnya, tapi
bila dah pergi, I feel like WOW!!! Ini boleh dikatakan as holiday, sambil2
membanting tulang support CSR program company.
Kebetulan company aku keje
sekarang ni adalah antara company yang support green technology &
environment, so kenalah educate para pekerja dia pasal benda-benda ni. Barulah
kami semua ni aware kan. Haa..kelasss kau. Paling menarik program ni gabungan
pelbagai negara seperti Jepun (penganjur), US, UK, Singapore, China, Filipina,
Myanmar dan pastinya Malaysia. Benda ni jugak yang buat rasa berkobar-kobar nak
join CSR program ni. Dapat jugak bergaul dengan orang-orang international.
At first masa sampaikan hajat nak pergi program ni, the one
who handle the registration macam erk~~~ ‘kau boleh pergi ke Intan, kena fit
tau, kena tough nak join program ni ada panjat2 bukit’. Tanpa fikir banyak
terus confident kata kat diri sendiri ‘Yes!!! I can do it’. Ni sebenarnya
adalah minat terpendam aku yang tak ramai orang tahu sebab aku jarang nak ambil
peluang yang ada. Paling best semua perbelanjaan seperti tiket flight,
makan-minum dan penginapan ditanggung. Nice kan, pendek kata rugila kalau
lepaskan peluang ni. Alang-alang dah ada habuan di depan mata, terus tangkap
ajelah.
Tup tap tup tap pulak masa tu tau ada pulak satu je lagi tempat kosong dengan
lagi 3 orang yg dah registered tu adalah guys, if aku pergi mean I’m the only ‘bunga’
who represent Malaysia’s office. Tetiba baru nak terfikir banyak-banyak kali.
Macam takut jer pergi sorang-sorang, macam tak berani jer. Tapi fikir punya fikir, masa ni la nak cabar diri sendiri kan. Haa...lepastu mulalah
kisahnya mak & abah risau sebab masa tu diorang ingat aku tengah tak
stabil. Actually yes, memang tak stabil masa tu, sebab tu lah aku rasa kena ‘tukar
angin’ ‘ubah tempat’ bak kata orang dulu-dulu. So, inilah masanya, dapat pergi
ke kepulauan Borneo yang belum pernah jejakkan lagi kaki di sana.
Jadi aku namakan percutian ini sebagai “Percutian Tumpang!”
Pergi sendiri tanpa family, di sponsor, kena mambanting tulang empat kerat
dalam masa yang sama enjoy gila. Aku akan bercerita lebih lanjut dari hari ke
hari pasal borneo tour aku ni dekat next entry. Aku jarang pergi travel or holiday mana-mana, jadi bila dapat peluang memang excited lebih la cerita dia. Lagi-lagi pergi tempat yang tak pernah pergi.
Intro1: Budak-budak dengan selamba terjun dari tepi jeti pastu berenang-renang keriangan. |
Intro2: Macam cantik jer...macam nice je kalau snap.
|
Till we meet again in next entry Incik Bloggie.
Wassalam.
No comments :
Post a Comment