Thursday, 28 November 2013

Sabah Trip Part II


Assalamualaikum.

Hi Incik Bloggie.

Haa~~~ alang-alang tengah ada masa baiklah aku menyambung kisah pergi Sabah haritu. Dalam entry kali ni aku akan bercerita mengenai apa yang we all buat pada hari kedua selepas hari pertama yang agak leisure dan buat aktiviti suka hati tu. Seronok berjalan bersenang lenang. That why la rasa macam holiday~~~

For the next day, basically aktiviti-aktiviti we all agak santai juga. We all di bawa melawat Pulau Gaya, ladang kelapa sawit & Sungai Klias. Ni untuk mendekatkan lagi we all dengan nature. Pengalaman ni memang superb dan tak boleh dilupakan, banyak buat aku terpegun melihat keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Subhanallah... itu je yang mampu diucap setiap kali melihat sesuatu yang indah dalam masa melawat kedua-dua tempat ni. Dan...Malaysia pun ada pulau yang cantik yer. Tengok la sendiri~~~

1. Gaya Island

Around pukul 7.30am kami berkumpul di lobi hotel dan bertolak ke Sutera Harbour Marina & Country Club untuk naik bot ke Gaya Island. Sutera Harbour Marina ni adalah hab untuk pelayaran di Asia Tenggara. So boleh nampak banyak kapal mewah dekat sini.
Kalau aku kaya~~~ nyanyi je lah yang mampunya.
Ni bot yang we all naik untuk pergi ke Gaya Island. Tak dapek la nak naik bot mahal.
Air yang jernih siap boleh nampak ikan lagi. Nice wor~~~
Smile~~~ I olls dok sebelah acik Agam. Ready nak berlepas. Woo~~~
Lihatlah alam terbentang luas.
Bot depan dah sampai.
Reaching destination. Wee~~~ kira-kira dalam 15 minit naik bot.
Without filter ok!
Pulau Gaya ni membentuk Taman Negara Tunku Abdul Rahman yang merupakan kawasan perlindungan hidupan liar
Main point we all di bawa ke sini adalah nak melawat kawasan hutan hujan tropika di negeri Sabah. I'm just take this chance to learn and enjoy the scenery. Subhanallah... Let pictures speak on behalf of me.

Posing sekali sebelum mula tour.
Pengembaraan kami bermula. Woo~~~
Pokok terbesar dekat tracking trail ni. Diameter 2m. Maksudnya pokok ni dah tua.
Cuba teka apa dekat belakang kami???
Tadaaa!!! Ini lah ekosistem hutan paya bakau~~~
Anthony kata ni buah bakau. 
Lagi 14 minit nak sampai penghujung cintaku ahaks~~~
Di penghujung pengembaraan hutan hujan tropika. Subhanallah.
Duduk di tepi pantai melayan perasaan.
Clear nya air sampai boleh nampak ikan sekor-sekor
Bye bye Gaya Islan *gaya dah macam budak sekolah dengan track suit tu*
Then balik ke Sutera Harbour Resort untuk makan tengah hari. Lapar bak hang, dah merentas laut, jalan naik turun bukit. 
Bergabung dengan colleagues dari pelbagai negara. Makan-makan.
With lovely husband & wife from Japan. Auntie sebelah aku ni penuh sifat keibuan. Dia siap tolong sendukkan lauk pauk masa lunch. Lepas trip ni diorang turun KL & datang melawat we all dekat Cyberjaya. =)
Lepas makan we all di bawa ke ladang kelapa sawit. Perjalanan panjang kira-kira sejam lebih. Masing-masing letih ada yang tidur. Mula-mula aku tidur then habiskan masa berborak dengan Anthony sampaila tiba kat ladang kelapa sawit tu. Tak banyak pun ambil gambar kat sini. Sebab dah selalu tengok kan. Pergi Segamat dulu-dulu dah lalu hutan kelapa sawit. Lepas tu yang menariknya. We all di bawa ke sungai klias untuk naik cruise nak tengok proboscis monkey atau yang aku kenali sebagai monyet hidung besar dan tengok kelip-kelip.

1. Sungai Klias 
Sungai Klias
Memang dah jadi satu tarikan pelancongan la kat sini. Bila datang Sabah for sure hang kena pi naik cruise ni tengok monyet hidung besar dengan kelip-kelip. Ada banyak jeti di sepanjang sungai klias ni, so pilih ajalah servis jeti mana yang berkenan di hati. Perjalanan ke Sungai Klias ni mengambil masa yang agak lama juga, lebih kurang dalam sejam dari ladang kelapa sawit. Dah sampai dekat sana diorang serve minum petang adalah sedikit kuih-muih dan air. Sambil minum, sambil dengar briefing & main pop kuiz pasal hutan hujan tropika. Menarikla, boleh revise balik apa yang tourist guide ajar masa awal pagi tadi. Then bertebaran la we all ambil gambar buat kenang-kenangan sementara nak tunggu turn naik cruise.

4 musketeers lagi! Hip Hip Hooray!!!
Jiran sebelah. *lambai-lambai*
 
Double decker  cruise.
Ni la monyet proboscis tengah bersantai atas pokok. 
Fakta menarik pasal monyet ni, dia just makan daun2 pokok je dan tak boleh makan benda lain. Contoh kalau makan pisang boleh membawa maut sebab tindak balas asid dalam perut mereka. Hasilnya pokok-pokok dekat area sini semua kena togel dengan diorg ahaks~~~
We all pon nak posing jugak bukan monyet je. Tourist-san kat depan tu khusyuk tengok monyet. Tup tup monyet tu berak atas bot we all. 'Hambek kau skodeng aku lagi' kata monyet proboscis.
Antara cruise yang menarik boleh di lihat sepanjang sungai klias. Siap provide makan atas cruise lagi. My tourist guide kata include makan-makan atas cruise diorang charge around RM200++
Perubahan langit. Senja mula menggamit. Masa ni baru pukul 6pm.
Matahari kian melabuhkan tirai
 

Tak tahu berapa kali mulut mengucapkan 'Wah!!!' 'Subhanallah'. Cantik sangat view semua tu. Tenang sekejap hati rasanya masa tu. Rasa dekat kepada penciptaNya. (^_^) Hari makin gelap we all balik ke jeti & dinner serve. Lepas dinner naik lagi cruise nak tengok kelip-kelip pulak. Masa tengok kelip-kelip ni sekeping gambar pon tak snap. Sebab lawa sangat. Setiap pokok dekat tebing sungai tu nampak macam cristmas tree. Cantik sangat!!! Orang first time tengok memang cenggini la. Excited terlebih! Emosi terlebih! Sampai mata pun tak berkelip...gitteww kau~~~ Yang penting tak leh lupa betapa cantiknya kelip-kelip hinggap dekat pokok-pokok kat sungai Klias.

So tamatlah kisah hari kedua, lepas tengok kelip-kelip terus naik van balik hotel. Sampai je hotel bersihkan diri, solat lepas tu terus pengsan dan menanti hari ketiga.

On second day makanan ala2 macam dekat asrama because prepared by organizer. Special dinner yang aku cakap masa part I tu adalah pada hari ketiga dan keempat. Sambung di part yang seterusnya okay~~~

*All pictures taken by myself & Anthony. Thanks Anthony menyumbang gambar. (^_^)v

Till we meet again Incik Bloggie.

Wassalam.

post signature post signature

No comments :

Post a Comment