Wednesday, 22 January 2014

Korea2013-Day2: EVERLAND!

Assalamualaikum…

Hi Incik Bloggie!!!

Aktif sungguh berborak dengan Incik Bloggie memenjak ni. Teman tapi mesra iolsss la katakan *mohla kita tengok berapa lama bertahan kegilaan iolsss ni*. Tengah ada masa lapang ni kan, apalah salahnya killing time dekat sini dari menghabiskan masa yang bukan-bukan *aku buat apa je yang bukan-bukan tu??? macam tak ada apa-apa pun*.

Tujuan aku nak dating dengan Incik Bloggie malam ni because of nak masuk ke dunia fantasi EVERLAND!!! *tetiba teringat degupan kencang jantung masa naik roller coaster kat situ. SPOILER!!!* Bersedialah dengan lambakan-lambakan gambar yang tak terpilih *annoying nyerrrr~~*

Lepas dah puas posing mosing dengan hanbok we all pergi ke EVERLAND~~~ yippy yippy!!! hooray!!! *over level super saiya 5*. Before ni seronok tengok EVERLAND dalam drama korea and Running man je kan. So, bila dapat pergi memang dia punya excited memang terlajak lah!

On the way nak pergi EVERLAND tu we all stop dekat parking area nearby with the theme park for a simple lunch. Lucy bagi dua keping sandwich tuna & sebiji telur rebus untuk lunch hari kedua tu *cukuplah untuk alas perut sahaja, tapi...tak kenyang sangat. kapasiti perut besar kan *. 

We arrived at EVERLAND around 2pm (Korea time, +1 hour from Malaysia time).

EVERLAND entrance!!! *terserlah cahaya kegembiraan*
Tiket masuk EVERLAND. Main lah nak main apa pun, everything FREE. Just show the ticket. *Make sure jangan hilangkan tiket ni!!!! macam aku…sobsobsob*

Dah masuk dalam~~~ Snap gambar reramai dulu~~~
*our meeting point, sharp pukul 6pm WAJIB kena kumpul dekat sini kalau tak kena tinggal*
Let me share a bit about EVERLAND, the largest theme park in South Korea. Located at Yongin, a city in Gyeonggi-do province, South Korea. Known as 'Dream Become Reality, the Land of Year-Round Festivals!'. Consist of 5 main sections: American Adventure, Magic Land, European Adventure, Zoo Topia and Roller Coaster.

For further info, please do visit Visit Korea: Everland page (Credit).
Actually this website is suitable for those who plan to visit Korea, especially for backpacker trip. Memang banyak info dekat website ni like subway guideline, accommodation info, interesting places to visit with details and so on.

Or visit EVERLAND official page (Credit)

Silalah kaji map ni dulu sebagai langkah berjaga-jaga supaya tak sesat nanti. Ahaks!
[Source]
So Lucy bagi masa untuk jalan-jalan dalam 4 jam jer~~~ Mana cukup 4 jam  nak pusing theme park yang besar gedabak macam ni *banyak songeh, kalau bagi sehari pun belum tentu kau kata cukup. gulp!*. Pergi mana yang rasa nak singgah and sempat jelah.

CABLE CAR

Before Lucy lepaskan we all bebas berjalan SDN BHD, she brought us to Safari World. Safari World ni terletak di bahagian bawah, so untuk menjimatkan masa kita turun dengan menaiki open air cable car. Kalau nak jalan kaki pun boleh, it takes about 30 minutes *so we choose the shortest and fastest way, naik cable car 10 minit macam tu je dah sampai*.

Queuing~~~ bila nak sampai turn kami. Excited tapi macam cuaks!
View from our cable car.
Credit to Danny yang tolong snap gambar ni before we all landing *eh! landing ker??? bantailah*

SAFARI WORLD



Safari World was divided into 3 sections; Savana Safari, Wild Safari & Bear Safari.

Dekat sini we all dibawa menaiki bas yang telah dilengkapi ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan terjahan yang tidak diduga oleh penghuni-penghuni Safari World. Kalau nak rasa ala-ala VIP,boleh jugak booking for Jeep tour. Lagi kerlasss uolsss~~~.

Masa jalan-jalan nak pergi dekat bas terjumpa something yg menarik.
Cer teka ni apa???
Ni adalah heater, bukan kipas angin ye.
*aku rasa macam unik je, so just snap the picture*
Dekat belakang tu adalah si dubuk~~~yang depan tewww tak payah story lah. Ahaks!
Highlight of this photo is the king of jungle!
*abaikan model di hadapan yang acah-acah berani dalam bas*
Tigers relaxing their minds and body. Kecomelan yang tidak tertahan!!!
Actually dalam batu tu ada heater, that why la masa musim sejuk diorang memang suka duduk atas batu. Diorang macam kita jugak, sejuk. Cuma diorang tak reti nak pakai winter jacket tu then tak ada orang yang berani nak pakaikan diorang. Ada berani nak cuba???
White tiger.
We all pernah masuk dalam Running Man!
*Ingat tak ada satu episod tu RM kena buat mission dengan haiwan, Jong Kook kena snap gambar if tak silap 4 ekor singa duduk atas batu ni. Bilangan tu if tak silap la sebab ingat-ingat lupa je ni, kalau silap maafkan saya~~~ *
Tak percaya pergi check balik episod…hmm...tak ingat!
Adorable bears~~~ macam comel jer~~~
Yes! diorang sangat comel dan pandai. Each of bears dekat sini telah diajar dengan satu kemahiran, ada yang pandai senyum, buat gangnam style, posing cute, tunjuk position untuk sembahyang *Korea prayer style* and so on *kalau ingat lagi tambahla, tengah tak ingat dah ni*.
Dah lepas pusing-pusing naik bas dekat Safari world tu we all separate from big group jalan bertiga je. Bermulalah pengembaraan SDN BHD we all di sini.

T EXPRESS WOODEN ROLLER COASTER

Kalau nak merasa naik one of the steepest ride in the world dengan kelajuan 104km/hour and 77-degree angle sini lah tempat yang harus anda kunjungi. For sure it will leave you with unforgettable memories! *sampai sekarang aku tak dapat melupakan perasaan itu, jantung terasa seperti terkena kejutan elektrik jatuh cinta pandang pertama, kaku sekejap!*  

Actually before sampai Korea lagi, aku dah niat dalam hati nak naik roller coaster kat sini *jin mana yang merasuk aku pun tak tahu lah, bila lagi nak cuba kan erk!* and luckily aku ada kawan yang sama gila dengan aku nak naik benda alah ni juga *tengoklah kawan siapa kan*.

T Express Wooden Roller Coaster dibelakang itu matlamat kami.
*Dah naik ni rasa macam dah tour the whole EVERLAND. poyo sungguh!*

Nampak je dari jauh, tapi kena explore sikit nak cari tempat masuk dia. Dah jumpa tu then just 2 of us continued our journey nak menakluk wooden roller coaster tu. Sorang lagi??? kena tinggal dekat luar. Ahaks!

Ambik feel baca sejarah dulu… *Masalahnya faham ke?*
Are you ready girls???
Ai Ai Captain!!!
Cabaran di depan mata…grrr~~~
Selangkah je lagi...
Selepas kira-kira 5-8 minit yang amat genting, Alhamdulillah tamatlah perjalanan kami *Grrr…meleleh ayaq mata ceq masa roller coaster ni dah berhenti, nak naik sangat rasakan kau!*. Dia punya feeling naik roller coaster ni memang tak leh lupa. Baru je beberapa saat dia bergerak terus dah lalu slop 77-degree angle tu, nak kata apa lagi dah. Lepas tu non-stop turun naik, turun naik, pusing kiri, pusing kanan. Nak betulkan position pon tak sempat. Memang mengucap panjang dan berzikir lalu ku panjatkan doa mohon cepat-cepatlah selamat berhenti. Seriously aku memang genggam tangan Zaty dan dia pulak tak henti-henti tanya *bila nak berhenti neh???bila ni???*. Terasa badan diawang-awang tak mencecah kerusi pon >_<! Namun begitu, aku puas sebab dah try naik benda alah ni! Wee~~~~ *nekad lepas ni kalau umur panjang dan dimurahkan rezeki nak cuba bungee jumping pulak, aku rasa memang berderai air mata nanti*. 


Satisfied!!! Even menakutkan tapi memang best!!!
*tapi kalau suruh naik lagi tak mau dah…* -.-"
Lepas turun roller coaster je terus cari makan. Tried Korean Grilled Corn. Rasa macam pulut & tawar. Kalau manis sikit mesti sedap *kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman, sekian!*.
My girlpren tried Churros stick. Sedap!!! *mengidam pulak nak makan*

SPACE TOUR

Lepas dah makan-makan and back to normal *sebab tadi lepas turun je roller coaster rasa macam tak betul kejap* we all pergi SPACE TOUR. Nak masuk sini kena tunjuk tiket, masa ni lah aku tersedar yang aku dah hilangkan tiket *waaaaaa~~~menangis tak keluaq ayaq mata dah*. Either tertinggal dalam locker barang masa before naik roller coaster or terjatuh lepas naik *aku pun tak sure dah nama pun hilang tanpa disedari*.

Luckily masa tu terserempak dengan Kak Dila then dia pulak memang tak nak masuk mana-mana tempat pun. Alhamdulillah, memang rezeki aku lah. Mohon pinjam tiket Kak Dila tanpa segan silunya. Moral of the story, please take care of your ticket! OK!

Space Tour ni actually 4D show, kisah cartoon hero Zoo Topia berjuang nak protect tempat diorang. Fighting!!!


We are Zoo Topia Fighters!
Aku rasa tengok 4D dekat i-City lagi best kot *honest comment teww*.

Lepas tu we all dah tak masuk mana-mana tempat game dah, because of limited time. Just random je jalan-jalan ke mana hati rasa nak pergi and snap gambar banyak-banyak sampai puas hati and bateri kamera habis.

Photos with mascots
Series of selfie photos using monopod!

Perhatikan perubahan warna langit. Hari sudah semakin gelap...
Dekat sini pun ada disediakan kemudahan surau. So, tak ada masalah nak menunaikan ibadah solat! Alhamdulillah…

Apa yang girlpren aku buat pabila ketiadaanku...

Jalan-jalan sampai matahari pun dah melabuhkan tirai. Masa pun dah almost nak time, lepas solat we all cepat-cepat pergi ke cable car naik ke area atas semula. 

Suatu malam di EVERLAND.
1 of main attraction at Everland
*Pokok dekat belakang tu eh, jangan salah sangka yang depan tu pulak. Ahaks!*
Lip Lap Lip Lap Lampu Bergemerlapan!
Close up! *fascinated!* 
5 minutes to 6pm. Cepat-cepat lari pergi entrance takut nanti kena tinggal.
 *baru pukul 6petang tapi gelap gelita macam dah pukul 8malam because of different in longitude and latitude, buat revision ilmu geografi jap*
Sharp at 6pm we walked to our bus and went to thai restaurant for dinner~~~ Makan-makan again!

Tom Yam dia memang kaaaw!!! 
Done our dinner we went check in at Mate Hotel Seoul. So, for second night barulah rasa tidur dekat Seoul, Korea.

Itu jelah kisah untuk hari kedua di Korea *Bukan hari kedua trip, pelik eh. Sebab kalau ikut hari kedua trip adalah hari pertama di Korea. Peningggg ahhhh, cakap putar belit*. Abaikan. Panjang berjela nak cerita *memang tak reti nak cerita simple sikit eh*. Lepaih ni boleh la sambung kisah seterusnya, what happen the next? Shopping time!!!!

Till we meet again Incik Bloggie!

P/S : Happines is…still blogging about the trip that has passed a month ago! Omo…omo…tak boleh nak MOVE ON lagi!!!

Wassalam…


post signature post signature

No comments :

Post a Comment