Sunday, 12 January 2014

Korea2013-Day1:Makan&Nami Island

Assalamualaikum…

Anyeong Haseyo Incik Bloggie!

As this entry was related to Korea, I need to at least greet in Korean language *bolehla kalau nak kata poyo pun…sebab memang poyo pun…Aigo~~~*

I'm counting days instead of counting stars *recently addicted to one republic's song pulak*, around 2 days left for our monthsary celebration came back from Korea *pun boleh kan! Over betul budak sorang neh…I can't move on!!!Haih!*. Dah tu sebulan pun tak habis-habis lagi nak mengomel dekat Incik Bloggie pasai ceghita Korea dia neh *orang kata dah lapuk ditelan masa, gasaklah it was my memories*

Kenapa tak habis blogging lagi pasal ni?

Kekangan masa~~~ 

A.L.A.S.A.N. semata-mata! 

Hidup kena 'kreatif' mencipta alasan~~~ 

Prinsip hidup apakah itu?

*Tepuk dada tanya diri anda sedalam-dalamnya… Sigh!*

Again! Again! and Again! *sila nyanyi macam lagu 2pm-Again and Again tu, kalau tak tahu pi tanya Incik Youtube* without fail aku akan buat drama terlebih dahulu before starting to write something in regard of the title *dush!* Yeah! Perempuan dan drama memang tak dapat dipisahkan, tetapi drama lelaki pun apa kurangnya, ahaks! 

Yes! On my first day in Korea we went to Nami Island. Touchdown je dekat Incheon International Airport, Lucy our official tourist guide picked up and brought us to get our first meal in Korea! 

Lucy yang tengah penuh semangat briefing we all di pagi hari! Hwating!!!
We all dekat belakang pulak sibuk dok snap gambar *Naughty!*
Sempat beli Mentos cap Korea while otw nak pergi kedai makan.
Wihoo~~~wajiblah mengisi perut terlebih dahulu. Masing-masing nak kena fuel up gear dulu. Dahla baru turun dari flight dengan kejutan cuaca kat sana yang sejuk teramat dan tak cukup tidurnya *gasaklah dah kau pergi dengan travel agent kan, time is gold OK! Jangan nak banyak bunyi pulak*. If I'm not mistaken the day we arrived in Korea, the temparature was around 5 degree celcius. Still above 0 degree celicus.  

Kedai makan first jejak dekat Korea~~~
Masakan unik Korea; tauhu, ikan bilis, sayur & benda asing yang tidak diketahui namanya tapi sedap!
Ikan masin yang tak masin sangat, just nice!
Fe feeling makan macam dalam drama Korea. Wink~~~Wink~~~
Agak excited kalau boleh nak snap setiap satu apa yg diorang serve. Yeah! As I always mention *benda first time memang excited lebih!*
Nasi sudah jadi bubur.
Cara nak makan dia adalah keluarkan nasi dari bekas ni ke bekas lain then tuang air ke atas kerak yg tertinggal di dalamnya.
Nikmati nasi anda dengan lauk pauk yang diorang serve. Setelah anda leka menikmati nasi dan lauk pauk itu.
Kerak itu tadi telahpun transform menjadi bubur. *Panjang lebar explaination dia, tak cukup pandai nak elaborate dengan bagus lagi neh!, teruskan usaha tantan!*
Based on pengalaman masa cik Lah mai Korea dulu, dia kata travel agent dia bawa pi tempat yang makanan tak sedap langsung. Nak telan pun tak lalu. We all beriala prepared serunding, sambal ikan bilis, sambal tempe jawa 'flew~~~from Malaysia' nak buat perasa tambahan untuk makan. Tapi alhamdulillah~~~ kali ni sedap-sedap belaka lauk pauk yang diorang serve. Kimchi wajibla adakan dalam setiap meal. Selesai isi perut, just 10 minutes from the restaurant we arrived at jetty to Nami Island.

Dah nama pun pulau, nak pergi sana kena naik feri about 5 minutes more and less. 


Waiting for our turn nak naik feri.
Muka masing2 dah merah tahan sejuk. Grrr~~~
Feri khas untuk ke Pulau Winter Sonata!
Onnie korea tu tengok apalah sampai mulut muncung cenggitu. Ahaks!
Actually highlight of this photo is my girlprens, Cik Lah & Cik Zaty.
Glamour red carpet!
*Jangan memain uollss, disambut dengan red carpet tu*
Apa yang aku boleh share dekat sini pulau ini sangatlah besar dah tu pulak rasa macam kat setiap tempat nak ambil gambar dan memanglah tak cukup masa. We have been given about 2 to 3 hours *aku dah tak ingat sangat the accurate time* to walk around and enjoy the sceneries. While walking, automatically sing along lagu Sonata Musim Salju by Hazami. At the same,  there's flashback of Winter Sonata scenes in my mind. 

Memang automatik ok, tiada sebarang paksaan dan seperti di bawah minda separuh sedar menyanyi-nyanyi lagu itu…

Bagaikan syurga tanpa bidadari…
Bagai malam tiada cahaya purnama…
Tanpamu tiada erti hidup berdua…
Ke akhir masa kau ku cinta... 

Aku just nak share tempat2 yang patut snap gambar bila datang pulau ni! Maybe ada few spots yang we all terlepas pandang and tak sempat nak pergi sebab kekangan masa *ini bukan alasan tapi memang realiti*.

Let photos speak!!!

Main attraction! Poster gambar main actor & actress dalam Winter Sonata.
Patung Joon Sang dengan Yoo Jin
He's mine! *over gila muka!*
Ingat lagi tak scene dekat sini??? *dok sibuk fikir la tu masa bila eh scene ni *
Park Yong Ha in memory.
Shhhsss… Tempat first kiss *Blushing…aigo~~~*
Tumpuan utama~~~ Pokok di mana the lovely couple Joon Sang & Yoo Jin jalan dengan sweetnya.
*mesti tengah ingat scene tu kan*
 *abaikan model yang konon-konon bajet suwit tu*
Instead of these main spots, dekat pulau ni banyak sangat spots cantik-cantik untuk diabadikan kenangan. Rasanya gambar paling banyak dalam kamera was at here. Beratus-ratus *ni pun dah habis tapis, nak masuk dalam Incik Bloggie's memory, takut overload pulak nanti. Ahaks!* 

Rasa macam bukan di Korea. Tapi di mana ya?
Nampak sama tapi bukan the real one!
Ala-ala macam tempat pokok sweet yang aku cakap tadi tu, but actually ni bukanlah pokok dalam scene winter sonata tu.
Since ramai sangat orang dekat the real tree tu, we all killing time dekat sini.
Dan dan Lucy nampak we all, terus dia tegur *itu bukan pokok winter sonata, korang salah*.
Actually we already know! Tapi saja je sebab cantik jugak kan...
Patriotisme!
Parody si burung unta
Di sini 
Di sini pula 
Di situ
Di sinun
Candid photo captured by me. But it turn to be a good quality photo instead!
*masuk bakul angkat sendiri nampak tan!*
Mungkin jugak sebab orang dalam gambar tu. *Ok fine!* 
Seriously teringat Great Wall dekat Beijing pulak. Ahaks!
Lagi di sini!
Di sana pulak!
Disebalik wajah yang ceria itu terselit kisah susah payah untuk sekeping gambar dengan board map Nami Island!
Makin pandai guna monopod!!! Ahaks!!!
Candid mania again!
Saranghaeyo!!!

We all juga tak lupa untuk menghasilkan a few gambar-gambar parody Winter Sonata *alang-alang dah sampai sini kan*.

Diharap budak-budak tidak meniru aksi ini!
*dekat tepi tu board scene sebenar dalam winter sonata*
Love story of tiga sahabat
*nak sweet2 macam gambar diatas tu jugak!*
Sweet kan kami! 
Ada satu scene winter sonata kat sini!
Haa…mesti tak perasan kan~~~
*rasa nak godek2 balik cerita winter sonata, ni sebenarnya dekat part mana, haih tak puas hati punya pasal!*
Tenung mereka!!!
Tak serupa tapi dekat2 samalah cuma kena tukar one girl with one guy ahaks!
*ni hanya boleh la bila mereka datang dengan future husband mereka. ok kawan2!!!*
I believe…*nyanyi ikut nada lagu winter sonata yang tak ingat tajuk apa* sesiapa yang dah pernah tengok drama winter sonata, for sure akan excited tak ingat bila mai sini. Aku lah tu! Lepastu setiap tempat akan buat kita teringat dekat drama tu. Ayat typical dekat sini: 

Eh! dekat sini la diorang bla…bla…dekat sini pulak diorang bla…bla…bla.. 
*bla…bla..bla refer to scenes from winter sonata.

Dah pusing-pusing dekat 2 jam macam, so berlari lah kitorang snap gambar minit-minit terakhir kat sini and berkumpul dekat main entrance pulau ni untuk naik feri ke seberang sana pulak. Masa ni we all bertiga tak adalah lambat sangat, tapi antara yang sampai lambat jugak la berkumpul. Actually, we all on time cuma maybe orang lain kot yang cepat sangat kumpul. Biarlah lambat kumpul dari orang lain asalkan on time. Itu yang penting ok! *tapi tak sedap jugaklah bila biar orang tunggu kita kan, tapi…banyak pulak tapi dia…*

Nak balik dah bye…bye…Nami Island! All the memories here were kept safely in my heart.
*Playing 'My Memory' one of Winter Sonata OST*
Sempena FIFA World Cup 2014 dekat Brazil. Ahaks! 
Dengan akak-akak yang comel dan sempoi jadi photographer tak bertauliah we all dekat sini.
Kamsahamida!!!
Di sini terdapat cafes untuk mengisi perut if kelaparan dikala berjalan-jalan di sini. Kemudahan surau turut disediakan di sini. Alhamdulillah, mudah untuk orang muslim menunaikan ibadah solat sambil menikmati pemandangan saujana mata memandang di sini. :)

Dan sebenarnya *nyanyi-nyanyi lagu Yuna* pada hari pertama di sini, seharian bumi Korea disimbahi hujan renyai-renyai and sometimes lebat sikit. Mungkin hujan rahmat menyambut ketibaan kami. Reality is, semua gambar-gambar telah diambil dalam keadaan slamber yaya~~~ tanpa menghiraukan cuaca hujan yang renyai-renyai itu. We all redah *wat rilek wat chill, tak pakai baju hujan padahal ada jer dalam beg tu* macam hari cerah tak ada apa-apa. Semata-mata nak memastikan gambar dekat Nami Island cantik *gigih sungguh!*. Kalau perasan ada lecak-lecak & gambar yang berkabus sikit tu adalah special effect dari hujan *mesti rasa nak scroll tengok atas balik kan, nak check betul ke tidak wink~~~ wink~~~*

Tapi Alhamdulillah…even main hujan pun kami tak demam. Cuma kasut, seluar, winter coat selamat basah kuyup siap ada yang boleh perah bagai. After that pergi sewa baju untuk ski *aku dah post entry pasal Vivaldi Park ni, advance sangat sampai skip Day 1 punya kisah* then dinner dulu, baru check in dekat hotel Vivaldi Park. Sampai je dekat bilik memang terus menjalankan operasi pembersihan lah kisahnya.

Dinner almost same like what we have for lunch.
Bezanya ada sup sayur dengan cendawan yang panas-panas nikmat dihirup dalam cuaca yang sejuk! 
Omonim yang sibuk goreng pancake or kalau dekat Malaysia we call it as telur dadar
*lebih kurang macam tu lah*
Begitulah kisah we all masa hari pertama di Korea!

To be continued in next entry. InshaAllah.

P/S: Memory with Mr.Green and his Mrs. Where's my Incik Hijau??? Looking forward.

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam…


post signature post signature

No comments :

Post a Comment