Thursday 23 January 2014

Bicara Dari Hati


Dari hati
Terbit satu rasa
Penuh rahsia
Tiada terkata

Dari hati
Segalanya bermula
Ayat di susun 
Tiada terluah

Dari hati
Jiwa meronta-ronta
Katakanlah
Luahkanlah 

Dari hati
Kekuatan dikumpul
Bangkit melawan
Memecahkan tembok penghalang

Dari hati
Turun ke jari
 Dalam diam tanpa suara
Ku zahirkan di sini

Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta
23 Januari 2014
6.37pm
Beralaskan bolster, perut kelaparan dan ilham semasa pulang dari kerja

…silent…  



post signature post signature

No comments :

Post a Comment