Tuesday, 7 January 2014

LIAR!

Assalamualaikum…

Hi Incik Bloggie!

-ONCE UPON A TIME-

It was a random conversation between 2 siblings at kitchen. Cik kakak khusyuk membersihkan ayam yang baru ayah beli dari pasar, Incik adik pulak layan makan buah dokong yang manis kemain katanya.

Adik : Kurusnya mek ni~ ~ ~

Kakak : Terima kasih! 

Adik : Tapi kurus sangat macam tak ada isi. Dari belakang nampak macam orang tua.

Kakak : Grrrrrr!

Adik : Umur berapa ni?

Kakak : 42 years old! *dalam nada tegas dan annoying*

Adik : Tua dah! Tapi tak kahwin lagi, bila nak kahwin???

Kakak : Tak tahu! Tak nak ar! *nada lebih tegas*

Adik : Oiiihh…tegasnya. Abis tu nanti nak duduk dengan siapa?

Kakak : Dok sorang-sorang…nak buat apa-apa pun boleh, suka hati je.

Adik : Tak sunyi ke?

Kakak : I have u, mak, abah, kawan-kawan…Allah...

…silent…

Cik kakak sambung fokus cuci ayam, Incik adik sambung makan uncle bob.

*Kisah ini mungkin ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang sudah tiada*

-THE END-

Being a girl reaching her mid twenties memang tak sah kalau tak jumpa soalan-soalan typical macam kisah di atas tu *baru nak masuk mid twenties tu, belum late twenties lagi*. Lebih-lebih lagi bila dah menamatkan zaman bergelar seorang 'student' maka lebih ramai lah orang yang akan mengeluarkan statements seperti:

"tak lama lagi makan nasi minyak la ni"

"rumah besar dah ni, dah boleh buat kenduri la" *mak cik, pak cik…kami baru lepas buat kenduri, ahaks!*

"tunggu 'kenduri nanti' la baru nak datang rumah lagi" 

Bukan yang pangkat pak cik, mak cik je budak-budak pun dah pandai keluarkan statement macam ni *kemain kau…*.

What to do… Benda normal kan. *Normal ek???* 

What to do…tak sampai masa lagi. Kalau orang lain dah selamat berumah dan tangga itu adalah kerana rezeki mereka ke arah itu, dan yang masih belum lagi itu adalah Allah nak beri rezeki ke arah lain.

Ataupun…

  • Hidup sendiri pun nampak haru biru lagi
  • Belum cukup berbakti dan meluangkan masa bersama keluarga
  • Perlukan lebih masa untuk improve diri sendiri
  • Allah beri rezeki dalam career terlebih dahulu
  • Dah jelas terang dan nyata sangat belum bersedia *kawan aku kata, kita tak akan pernah bersedia selagi tak hadapi sesuatu benda tu, never!*
  • Calon tak hado then cemano!

Itu adalah contoh-contoh alasan yang boleh diberikan. 

Ada yang stress tak??? *Ni sebenarnya siapa yang stress ni, macam diri sendiri jer~~~*

HAHA…

What to do…*dah kali ketiga aku ulang ni*. Senario normal bila dah menginjak usia macam ni. Sabar-sabar orang baru nak beralih fasa mengenal realiti kehidupan ni lepas berseronok hidup rilek je as student sebelum ni. Beri masa untuk mengorak langkah ke hadapan, dan cari apa sebenarnya yang nak capai dalam kehidupan. Apa tujuan kau hidup atas muka bumi Allah S.W.T. ni. Tapi persoalannya berapa lama masa tu? Itu…hanya Allah yang tahu. Semoga ketemu apa yang dicari dalam perjalanan tersebut. Peace!!! 

Jadi apa relevannya tajuk entry ni dengan apa yang aku tulis ni?

Moral of story, ajal maut, rezeki dan jodoh itu di tangan Allah. How to give a concrete answer to the mysterious question. Bila dah tak mampu nak memberi jawapan-jawapan yang berhemah maka muncullah jawapan-jawapan seperti kisah di atas *ni adalah kes mulut kata lain hati kata lain*. Ya, memang dari mata kasarnya nampak macam menipu gila tapi dah memang tak ada jawapan concrete pun untuk sesuatu yang Allah rahsiakan dari kita dan hanya Dia yang tahu.

Rasa macam banyak merepek je! Tak berfaedah pulak apa aku tulis ni. Ish…ish…ish…

P/S : Sesungguhnya aku impikan kehidupan yang normal, I really mean NORMAL LIFE tak ada impian besar itu dan ini sangat. Tapi nampaknya Allah nak beri sesuatu yang lebih baik kot…mudah-mudahan… Jadi sekarang bukan masa nak sibuk fikir pasal jodoh je, sebenarnya banyak benda lagi weh nak kena fikir. Masa untuk menjalankan PLAN C. After that, you bear the consequences from your own decision tan! *sentap kejap*

[Source]
Till we meet again Incik Bloggie!


Wassalam...


post signature post signature

No comments :

Post a Comment