Friday, 17 January 2014

Korea2013-Day2: Kimchi School&Hanbok

Assalamualaikum…

Hi Incik Bloggie!

These past few days agak sibuk menguruskan masa depan yang masih belum pasti. Aku hanya mampu  merancang Allah S.W.T. yang menentukan segala-galanya… Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin :')

Now tengah ada kelapangan nak bercerita pasal trip Korea tahun lepas dengan awak lagi Incik Bloggie! Sebab esok cuti kan, so tonight memang mampu bersengkang mata sampai pukul 3 pagi! *Aiceh! ye ke tewwww~~~*

Let's continue the story…

Selepas berpenat lelah bermain ski *tipu jer* acah-acah pakai attire nak main ski je pun, tapi berpenat lelah jugaklah bermain dan bergolek dia atas salji *ala-ala dalam filem hindustan gittew~~~* we all check out from Vivaldi Park Hotel then meneruskan perjalanan kami ke Kimchi School. Bila masanya lagi nak belajar buat kimchi kan *even masakan Malaysia pun belum 100% lepas lagi, still kena tengok resepi ada hati nak belajar buat kimchi*. Tak apa-apa it's knowledge *Positive!*.

Itu dia lucy tengah explain pasal bahan-bahan nak buat kimchi.
Sebelah Lucy tu, representative from this kimchi school and she also can speak bahasa Indon.
So, senang bangat nak faham penerangannya dong!
Yang tergolek besar kat atas meja tu kobis dan lobak, antara bahan utama nak buat kimchi.
Budak kecik ni namanya Iqbal, cucu kak Dila. Penyeri group travel we all!
Dia pun join nak belajar sekali. Larat ke angkat lobak tu sayang...
Disebabkan terlalu khusyuk mendengar briefing pasal nak buat kimchi ni, tak banyak sangat snap gambar. Overall, diorang introduce bahan-bahan nak buat kimchi. Banyak sangat, basic yang aku ingat *hmm…mata ke atas dahi berkerut-kerut. Tetiba nak mengingat resepi kimchi tengah malam buta cenggini* garam, gula, daun kucai, bawang putih, red pepper paste *dapat ingat yang simple je…dah blur dah ni, because I'm not so into kimchi…erk*. Memang minat Korea tapi kimchi je tak minat *ahaks!*. Then senang je, gaulkan semua bahan-bahan tu dah siap, sapukan dekat kobis yang telah dipotong kecil menjadi beberapa bahagian *contoh macam dalam gambar di bawah ni*. Dah siap tu ia akan diperam seketika dalam tupperware or tempayan *baru rasa dia umpphhh!*. Tapi kata orang from kimchi school tu yang paling gampang adalah nak buat red pepper paste tu *paling gampang tuh, dalam bahasa Indonesia, Melayu nya paling susah*. It take times to prepare it.

Sepotong kobis dan setompok paste *adunan semua bahan2 perasa*
Bahan yang disediakan untuk setiap pengunjung yang datang ke kimchi school ni.
Bolehla nak merasa pengalaman macam mana nak sapu paste tu dekan sayur kobis.  Tak adalah we all buat adunan paste tu sendiri.
We all yang sibuk melumur kobis tu.
For hygiene purposes we must wore glove!
Malangnya tak ada gambar hasil kimchi we all, sebab baru excited dah siap dia dah kutip da *sobsob*. Semua kimchi yang telah we all buat dengan penuh kasih sayang ini akan didermakan ke rumah anak-anak yatim *Alhamdulillah…rezeki dikongsi bersama*. 

Then, diorang akan serve tester 4 types of kimchi; lobak, sotong, kobis *lagi satu tak ingat la kimchi apa…sorry…baru sebulan dah lupa…aigo~~~*. So, bolehlah dibeli sebagai buah tangan untuk family or sahabat handai di Malaysia. If I'm not mistaken the price was around 10000won - 12000won/packet. Aku beli kimchi sotong, dah itu je yang rasa boleh telan *dah sebulan balik tapi kimchi sotong tu ada lagi dalam fridge. Tak habis makan pun lagi, esok plan nak buat nasi goreng kimchi ar…kemain berangan!*. 

Dah selesai proses beli membeli semua, we all dibawa ke tingkat atas. It's a mini studio for photoshoot *konon, photoshoot sangat!* dan dapat feeling2 pakai hanbok! (Korean traditional cloth) *Selalu pakai baju kurung je kan, sekali sekala apa salahnya. Yang penting tetap menutup aurat. Itu WAJIB!*. Then ada macam-macam background yang boleh dipilih untuk posing *posingla macam apa cara sekalipun*.

Banyak sangat colour hanbok yang boleh dipilih, tapi hijau tetap menjadi pujaan hatiku!!!
Cik Lah yang ala-ala macam maharani
Alolo…Cik Zaty yang cute! 
Fee Feeling Jewel in the Palace!
Sempat lagi buat drama kat sini!

Maharani bersama dua dayang!

Dalam masing-masing dok sibuk snap  gambar sana sini, keletah Iqbal memang mencuit hati.

Iqbal dalam dunia nya yang tersendiri.
Haiyak! Jaga-jaga pedang tu~~~
Sebenarnya orang Korea ni dah lama pakai colour block!
So, nampak tak fashion tu berpusing macam roda.
Dekat Malaysia pulak now famous dengan peplum, padahal aku rasa tu fashion zaman-zaman Saloma dulu kot.
Begitulah kehidupan kita berputar seperti roda, ada ketika kita berada di puncak tapi beringat-ingat tak mustahil untuk jatuh ke bawah. Bila kita di bawah tak mustahil juga untuk naik ke puncak, berusahalah! *eh apahal tetiba ni!*
Sekian sahaja kisah untuk kali ini yang penuh dengan ayat  mengarut *mengarang esei pukul 3 pagi ni.* Cuma adalah sikit-sikit isi yang tersurat dan tersirat *pandai-pandailah cari sendiri di mana isi-isi tersebut kalau jumpa*.

So next story barulah pergi Everland! Haritu bilang mau cerita Everland terus *tulis tak serupa bikin!*.

Till we meet again Incik Bloggie!

P/S: Duration nak siapkan entry pasal Korea yang tanpa gagal panjang berjela ni took about 3 - 4 hours. Nak pikiaq nak cerita apa, nak ingat balik dulu buat apa, nak plan structure & membina ayat, nak pilih gambar, nak tanya Incik Google takut-takut tertulis benda yang salah, nak proof read yang tak tahu berapa kali nak make sure tak ada typo. So memang consume masa, tapi aku tak rasa this is as one of benda yang membebankan since I enjoy it! *tak ada orang paksa kau buat pun!*. Tak sama seperti perasaan masa nak kena buat thesis dulu-dulu tu, itu lebih mencabar! waaa~~~bakal nak kena hadap balik benda itu. POSITIVE! *maybe as preparation for future!* Akhir kata…dalam sehari kita dikurniakan 24 jam, so use it wisely! *random sungguh akhir kata dia!*


Wassalam...


post signature post signature

No comments :

Post a Comment