Wednesday, 25 December 2013

Alhamdulillah...

Assalamualaikum…

Hi Incik Bloggie!!!

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menonton persembahan teater hari ini setelah sekian lama hajat dipendam.

Alhamdulillah selamat sampai ke rumah dari KL tanpa kena jem.

Alhamdulillah…baru sahaja usai supper with my 2 brothers. Tatkala perut pun dah kenyang tak mampu lagi rasanya nak melelapkan diri di atas katil. Lantas tangan ini pantas meraih komputer riba di atas almari terletak di sudut bilik, lalu ku hidupkan bagi bertemu Si Incik Bloggie.

Alhamdulillah, tanggal 22 Disember 2013 yang lalu telah selesai satu majlis kesyukuran di teratak kami sekeluarga yang terletak di Taman Desa Mas, Sungai Merab. Majlis diadakankan sebagai tanda kesyukuran atas limpahan rezeki Ilahi dapat kami sekeluarga berhijrah dan memulakan kehidupan baru di kawasan penempatan yang baru. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan tahlil. Usai bacaan yasin & tahlil para hadirin dijemput menjamu selera. Majlis turut diserikan dengan alunan burdah dari penduduk Balakong.


Jutaan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada para jemputan yang terdiri dari  sanak saudara yang datang jauh dari negeri jelapang padi, jiran tetangga dan juga sahabat kerana sudi hadir bagi memeriahkan majlis kami.




Ukhuwah sesama kaum keluarga dapat diperkuatkan dengan berkumpul di bawah satu bumbung. Selain itu kami sekeluarga dapat berkenalan dengan jiran-jiran tetangga dengan lebih rapat. As sebelum ni masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.

We're cousins aka Wan Khalid & Tok Siti's grandchildren. *2 members are missing*
Bonding time!
Never ending cousins photo shoot session.
Sanak saudara bersedia untuk pulang ke kampung halaman keesokan harinya.
Sekali lagi, kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang datang bagi memeriahkan majlis dan membantu dalam melancarkan perjalanan majlis dari awal sehingga selesai. Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. dan segala kelemahan itu datangnya dari kami sekeluarga.

Alhamdulillah, hari ini genap 3 bulan 5 hari kami sekeluarga menetap di teratak baru. Nampaknya kami sekeluarga sudah serasi dengan kehidupan di tempat baru. Mudah-mudah Allah limpahkan rahmat ke atas kami sekeluarga hendaknya.

Sekian, Syukur Alhamdulillah.

Till we meet again Incik Bloggie!

P/S : karangan skema pada pukul 3 pagi.
Wassalam…


post signature post signature

No comments :

Post a Comment