Friday, 2 May 2014

April Reflection : Skip the 'E' and let it 'GO!'

Assalamualaikum...

Hi Incik Bloggie~~~

Satu lagi bulan dalam kalendar Masihi dah berlalu. Rasa tak masa sangat pantas berlalu, ke aku sorang je yang rasa. Pejam celik pejam celik hari ni dah pun masuk hari kedua dalam bulan May!

Tanpa gagal misi #AprilReflection dekat IG tetap diteruskan. Makin lama buat self-reflection makin terasa makan dalam; hati rasa terobek, lepas tu akal cuba memanipulasi secara lojik supaya tenang, dan anggota luaran cuba menerima dan apply in daily life.

Overall for April Reflection!

Ujian

Dalam kehidupan seharian kita tak dapat lari dari ujian. Contoh macam pergi sekolah setiap beberapa bulan sekali kita kena hadapi ujian bulanan nak uji tahap kefahaman kita untuk tempoh tersebut. Sesuatu yang necessary nak tengok di mana tahap pencapaian kita dan apa yang kita dapat sepanjang tempoh tu. Cuma dalam kehidupan ia adalah proses berterusan bukan sekadar untuk tempoh tertentu. Nak menguji tahap keimanan, kesabaran, kewarasan berfikir, kemarahan and so on. How well you can manage all of these.

Walaupun ada satu tahap sampai rasa berat sangat dugaan tu. Tapi sebenarnya ujian yang diberikan bukan sebagai bebanan semata-mata, kerana aku rasa disebalik ujian itu ada terselit satu pengajaran dan memberikan ku lebih kekuatan untuk menghadapi kehidupan. Allah tak akan membebani hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi.

Keep smile no matter what happened!

Salah satu perkara yang boleh menjadikan hariku sangat positif walaupun di rundum beberapa masalah or berada dalam tekanan ialah dengan SENYUM. Senyum tak perlu kata apa-apa!!!  Selain dapat positifkan diri, ia juga dapat menyerikan kehidupan orang lain. Sejuk je mata orang kalau tengok kita senyum *tapi jangan la tak pasal-pasal pi senyum sorang-sorang nanti orang ingat tak betul pulak or kalau senyum sinis itu makan dalam lagi! Aiyak~~~* At least kita tak menambahkan masalah lain dengan orang sekeliling dan dengan senyum pun dapat kurangkan rasa bad mood tu. Kalau dah bad mood then monyok lagi, memang bertambah la penyakit kemurungan tu. Bukan menyuruh diri untuk menjadi hipokrit cuma cuba jadi positif. Masalah atau stress takkan selesai pun dengan kemurungan tu. Lawan perasaan tu, senyum dan kemudian minda akan rasa terbuka nak mencari penyelesaian.

Hubungan sesama manusia

Disebabkan memang sifat kehendak manusia itu tak terbatas kita sememangnya tak akan mampu nak penuhi dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa yang sama. Tapi at least cuba untuk tidak melukakan hati orang yang tersayang atau orang sekeliling.

Kita manusia unik, dikurniakan akal untuk berfikir. Dan cara pemikiran setiap antara kita sangat berbeza menyebabkan perbezaan pendapat dan idea. So perlakuan luaran pun berbeza. Tapi...ada satu perkara yang kita kena ingat jangan terlalu ego! Aku akui kadang-kadang boleh tahan juga bila aku nak buat kepala sendiri. Tapi itu tak kemana pun, sebab kita ni hidup saling bergaul sesama umat *except kalau kau pergi duduk dalam gua sorang-sorang tu lain cerita la*. Cuba terima apa orang lain kata, digest mana yang elok ambil dan yang tak membina tu buang. Ada sesuatu yang boleh belajar dari situ untuk improve diri ini.

[Kredit]
Random what I learnt from April. Paling mendalam apabila cuba memahami bagaimana nak menjaga hubungan sesama manusia. April yang sangat menguji kemampuan diri menjaga tali silaturrahim. Apa yang buat hati rasa terobek tu bila baru sedar khilaf sendiri. Let the 'E' 'GO' away, take the advice and improve myself.

 Suka nak quote something dari brother Aiman Azlan;
"I am not a finished product, and I will never be a finished product. I'll always be a work in progress"

Sekian sahaja dari insan yang masih terus mencari dan memperbaiki diri. Yang baik itu dari Allah S.W.T segala keburukan itu dari insan yang tidak sempurna ini.

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...


post signature post signature

No comments :

Post a Comment