Assalamualaikum…
Hai Incik Bloggie!
How are you? *Diam je…krik…krik…krik…yang ado hanya bunyi cengkerik* Soalan yang tidak berjawab, non hado!
Acah-acah mukaddimah macam misteri pulak.
Ok, sebenarnya entry kali ni hanya nak mengabadikan sedikit kenangan berdolan-dolan *ni bahasa orang jawa, bibik aku suatu ketika dulu yang ajar, maksudnya berjalan-jalan* di Pulau Pinang, Pulau Mutiara. Walaupun singgah sekejap je, terima kasih kepada abah yang sudi melayan kerenah anak-anak tak pepasal nak rasa naik jambatan baru Pulau Pinang. Ahaks!
Al-kisah kan ada cuti hari Wesak semalam; 13 Mei, so abah suruh ambil cuti hari isnin; 12 Mei 2014, sebab nak balik kampung tengok tok & wan dekat kampung & bawak Incik angah yang dari tahun lepas tak balik kampung. Itulah bila jadi pelajar yang merantau kan, akak ah long dulu pun macam tu dik, korang balik kampung tinggal along isk..isk... *over nau minah ni! please~~~* Hooray!!! Ho…ho…ho…balik kampung! Ho…ho…ho…balik kampung! Hooray jugak sebab cuti empat hari! *Suka je intan ni bila cuti -.-'' *
I'm pure Kedahan. Both of my parents are from Kedah. Aku dilahirkan pun dekat Kedah tapi membesar je dekat Selangor. Still can be considered as pure Kedahan or not? Boleh-boleh!!! *tanya sendiri jawab sendiri, bagus-bagus…malas orang nak layan loya buruk hang tu intan*.
So if nak balik Kedah kami akan melalui Pulau Pinang, Pulau Mutiara. Aku tahu bebudak pun tahu Kedah dekat sebelah Penang. Saje je nak mention jugak kat sini. Ahaks!
Nak dijadikan cerita, sesampainya kami di sempadan Penang tetiba dapat idea nak ajak abah lalu jambatan Penang kedua yang dikatakan oleh cik mira *my colleague* seperti ular kena palu. Abah agreed. But not today, kita pi masa hari nak balik Selangor nanti. Sebab hari pun dah petang sangat, abah tak sabar-sabar dah nak balik rumah parents dia. Yeay! No problemo abah.
Entah pepelik je, apa yang excited sangat nak naik jambatan Penang tu pun tak tahu la. *Pelik kan! Weirdo Intan!*. Sebenarnya sebab rasa lama tak merentas ke belah pulau sana tu.
The next day, we ollsss pi dolan-dolan dekat Alor Star. Aktiviti wajib balik kampung adalah membeli belah di Pekan Rabu, borong ikan pekasam yang ohsem lagi marvelous untuk perut *over! tangan ke atas mulut menjuih*. Lepas tu mak ajak singgah dekat pet shop berdekatan dengan Pekan Rabu. My mak sekarang ni penggemar, pencinta, penyayang kucing sejati! Tujuannya nak usha-usha kucing & tengok market price dekat area Kedah. Bila pi satu pet shop ni. Auntie tu suggest pergi tengok dekat Chew Thean Yeang aka pet shop besar dekat Penang. Dari plan asal nak naik jambatan je terus jadi nak dolan-dolan dekat Penang.
The next day lagi, we ollsss pun berangkat pulang ke Selangor. Seperti yang dijanjikan, abah bawak dolan-dolan dekat Penang. Plannya lalu Jambatan Pulau Pinang, pergi pet shop, then lalu Jambatan kedua Pulau Pinang or its official name is Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Mengambil nama Sultan Kedah as nama jambatan kedua Pulau Pinang.
*Panjang nau kisah aku sebelum nak sampai part Penang, bengkang bengkong macam jambatan kedua jugak tak reti nak cerita straight!*
Before exit ke Jambatan Pulau Pinang boleh singgah dulu dekat Jeruk Madu Pak Ali yang terkenal tu.
Boleh nampak dari tepi highway je. |
Menjual pelbagai jenis jeruk. Kelebihan Jeruk Madu Pak Ali bila makan tak rasa nak batuk or sakit tekak. Ok, sebenarnya dekat Selangor pun ada jual. Tapi sesaje nak bawak balik dari Penang. Gedix! |
- Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
- Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
- Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
- Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
- Laluan: 6 Laluan
- Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
- Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
- Gantungan utama: 225 Meter
- Gantungan hujung: 107.5 Meter
- Gantungan lain: 40 Meter
- Had laju: 80 km/j
*Ihsan Incik Wikipedia
Dah lalu atas laut~~~ Sorry bro, ketepi sikit kepala tu. :p |
Selalunya orang mesti nak snap gambar cenggini bila lalu dekat Jambatan Pulau Pinang. Nak buat jugak! |
Then terus guna waze, searched for Chew Thean Yeang Aquarium.
Terletak berdekatan dengan Tune Hotel! Landmark paling senang nak cari. |
Tudia! Bangunan tiga tingkat. Memang besar pet shop ni. |
Chew Thean Yeang ni memang specialist as aquarium shop tapi diorang ada jual reptiles, kucing, anjing, burung dan barang penjagaan haiwan peliharaan.
Sebenarnya kat dalam ni tak dibenarkan ambil gambar. Tapi Iollsss kan naughty, so curi-curi snap gambar kat tempat yang boleh jelah! mihmihmih…
First floor ada ikan and barang perhiasan untuk akuarium.
Gambar ihsan Incik Google [Credit] |
The other side on the same floor, ada pameran binatang-binatang lain. More pets more fun!
Le familia di tepi kolam. Interior design kedai ni memang lawa. |
Incik angah dan monyet yang berharga RM18,000 sepasang. Gulp! Telan air liur jelah. Monyet tu tau yang berharga RM18,000. Bukan adik saya, dia sangat berharga dan tak boleh nak letak harga. Ahaks! |
Kura-kura unik |
Lagi kura-kura unik. Tak tahulah kenapa memang tertarik sangat dengan kura-kura. |
Ni kawan spiderman. Mr. Tarantula. erk! |
Hari bermalasan~~~ |
Pelbagai pilihan baju untuk pet anda. Waaaa~~~ Comel-comel macam baju baby! |
Selain menjual binatang dan barangan penjagaan mereka, di sini juga ada menyediakan service grooming untuk pets uollsss. Kelas, binatang pun pergi grooming tau~~~
Ada juga section untuk fish spa. Nak cuba, tapi masa tak mengizinkan. |
Second floor & third floor ada ikan, barang perhiasan untuk akuarium dan pameran akuarium yang boleh dijadikan sebagai ilham kepada penggemar akuarium dan ikan. Ikan-ikan yang dijual kat sini memang unik-unik belaka. Serius, terpegun sekejap masa tengok tu. My expressions like 'waaaa….' 'wooo….' 'weeee….' sampai ikan-ikan pun pelik apahal la manusia sorang ni. erk!
Rasa macam tengok cerita Fish Tank Kings dekat channel Nat Geo Wild live depan mata pun ada. Tapi cerita Fish Tank Kings tu lagi unik akuarium yang diorang buat. Memang superb. Paling tak leh lupa episod dia ambik telur ikan jerung then dia buat minor surgery letak something lutsinar so boleh nampak keadaan di dalam telur tersebut. Then telur tu dimasukkan ke dalam akuarium besar. Pelik tapi menarik, so nanti owner aquarium tu dapat tengok anak jerung tu menetas.
Rasa macam tengok cerita Fish Tank Kings dekat channel Nat Geo Wild live depan mata pun ada. Tapi cerita Fish Tank Kings tu lagi unik akuarium yang diorang buat. Memang superb. Paling tak leh lupa episod dia ambik telur ikan jerung then dia buat minor surgery letak something lutsinar so boleh nampak keadaan di dalam telur tersebut. Then telur tu dimasukkan ke dalam akuarium besar. Pelik tapi menarik, so nanti owner aquarium tu dapat tengok anak jerung tu menetas.
Telur ikan jerung. [Credit] |
Gambar ihsan dari Incik Google [Credit] |
Tak tipu kan, decoration dalam kedai ni memang cantik. Dengan akuarium yang pelbagai saiz, bentuk, jenis dan hiasan yang menarik. Rasa macam dalam cerita Fish Tank tu. Ni first time aku visit pet shop yang besar macam ni. Rasa macam visit mini zoo pun ada.
Check out brief details as below:-
Chiew Thean Yeang Aquarium Sdn. Bhd.
Address: No. 82, Burma Road, Georgetown, Penang, 10050, Pulau Pinang, Pulau Pinang, 10050
Phone:04-226 8797
Website : http://www.cty-fish.com
Business Hours : Daily 10am - 9pm
*Car park available but limited
Next, random ajak abah pergi tengok street art yang memang famous Georgetown tu. Dah nama random plan kan. So tak sempat lak nak kaji dekat mana location street art tu, on the spot google. Then baru tahu rupanya street art tu terletak di sekitar Georgetown. So, banyak locations boleh pilih nak pergi tengok. Malangnya, kami sesat dalam Georgetown dan masa pun mencemburui kami. Masa tu dah almost 5pm. Jalan pun dah mula jam. Before makin teruk jam sebab orang keluar kerja baik we ollsss berlalu pergi dulu. So tak dapat la nak tengok lukisan-lukisan yang menarik tu. Next time, inshaAllah.
Pasni kalau nak pergi kena kaji dulu map ni. Ada pelbagai lukisan menarik di sekitar Georgetown. [Credit] |
Abah main teka teki. 'Tu bangunan apa?' Anak-anak 'Komtar!' |
Kami pilih Gerai Lori Kuning, main menu laksa penang & cendol. Perfect for our tummy~~~
Jauh di sana adalah jambatan Pulau Pinang. |
Zoom sikit~~~ |
Makan sambil berlatar belakangkan jambatan kedua Pulau Pinang. |
Tudia laksa dia yang pekat. Seriously dah lama tak rasa puas cenggini makan laksa. Kuah dia memang kaw! Thums up! |
Siap order lebih satu, padahal orang ada empat je. Ahaks! |
Cendol dia memang cukup rasa, lemak manis. Terangkat |
Cendol dan laksa ibarat merpati dua sejoli. Tambah lagi layan di tepi laut. Memang WOW! |
Sesambil layan berangan *bilalah aku nak ada private bot & private villa dekat pulau siap ada private jeti lagi kan* Ahaks! Angan-angan tinggi melangit kau ni tan! |
Burung gagak yang bertenggek menikmati pemandangan di atas batu~~~ |
Sebelum balik pose sekali bersama batu-batuan~~~ |
Sekali lagi dia buat perangai snap gambar jalan. |
Then meneruskan perjalanan pulang ke rumah manis rumah kami. Alhamdulillah, safely arrived at home around 10pm.
Itu jelah kisahnya. Dan melalui entry ni kita belajar perkataan jawa 'dolan-dolan' Dolan-dolan cari makan!
Till we meet again Incik Bloggie!
Wassalam…
No comments :
Post a Comment