Assalamualaikum…
Hai Incik Bloggie!!!
Pagi ahad yang santai…dah siap kemas rumah, dah breakfast dah bermanja dengan adik-adik yang comel sangat tu, dah berjemur menikmati mentari pagi, menghirup udara pagi mendengar burung berkicau. Alhamdulillah dengan nikmat kehidupan yang dikurniakan untuk hari baru ni.
Ok done untuk mukaddimah yang di atas.
Dah selesai hubungan dengan dunia luar then baru memberikan sedikit masa di alam maya. Terbaca satu kisah yang menarik di alam maya (Blog akuislam.com)
"Pada suatu hari seorang professor menulis ayat “Woman without her man is nothing”di papan putih dan menyuruh pelajar-pelajarnya meletakkan tanda-tanda bacaan untuk memberikan penekanan dan intonasi yang lebih meyakinkan.
Seorang pelajar lelaki tampil dan setelah merenung-renung ayat itu dia telah meletakkan tanda-tanda bacaan yang tertentu sehingga ayat itu dibaca seperti berikut:
“Woman, without her man, is nothing”
Usaha pelajar lelaki ini mendapat sorakan semua pelajar lelaki. Dengan bangganya pelajar ini duduk di tempatnya dan sorakan berterusan.
Kemudian tampil seorang pelajar perempuan.
Dia mengerling dan mengilas kepada semua yang hadir di dalam dewan. Kemudian dengan penuh yakin dia meletakkan tanda-tanda bacaan yang berbeza hingga ayat itu dibaca seperti berikut:
“Woman! Without her, man is nothing.”
Seluruh dewan menjadi sunyi sepi. Masing-masing tergamam. Akhirnya semua mata tertumpu kepada professor.
“Well,” kata profesor itu. “You can be what you want to be.” Lalu keluar meninggalkan dewan."
Banyak perkara yang boleh difahami dari kisah di atas.
Perbezaan pendapat.
Macam yang professor tu kata “You can be what you want to be.”
Setiap antara kita mempunyai cara berfikir yang unik dan menghasilkan pendapat yang berbeza antara satu sama lain.
Namun begitu, perbezaan pendapat itu kadang-kadang dapat membuatkan kita dapat berfikir dari pelbagai sudut. Kita sendiri memilih bagaimana kita nak memahami sesuatu perkara sama ada dari positif atau negatif.
Dan juga pilihan ditangan kita nak menentukan arah tuju yang akan dipilih.
Kadang-kadang perubahan kecil boleh memberikan perbezaan besar.
As simple as tukar tanda baca dekat satu ayat dah dapat memberikan makna yang sangat besar perbezaannya. Bagaimana pula if kita buat satu perubahan kecil dalam kehidupan, mungkin akan memberikan satu impak besar juga dalam kehidupan. Mungkin~~~
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” - Ar-Rad, ayat 11
Mahukan sesuatu yang positif dalam kehidupan mulakan dengan langkah yang positif!
Lelaki dan wanita saling melengkapi.
Even ada pelbagai perbezaan pendapat, aku punya pendapat lelaki dan wanita saling memerlukan antara satu sama lain. As simple as I need my father to help me fix my car *ya ya ya…aku respect perempuan yang teror bab kereta ni.*
Perempuan dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal, manakala lelaki pula dikurniakan 1 nafsu dan 9 akal. Indahnya penciptaan Allah, nisbah itu boleh saling melengkapi.
Kelemahan wanita kerana lebih menggunakan naluri dan mengikut perasaan yang boleh diimbangi dengan kebijaksanaan dan kepimpinan seorang lelaki. Namun begitu wanita lebih kuat dari segi emosi yang menjadikan mereka seorang ibu dan isteri yang tabah untuk menyokong keluarga.
Secara fizikal lelaki lebih kuat dari perempuan, namun dari segi emosi lelaki tak mampu nak menyamai perempuan.
Mungkin ada banyak lagi iktibar yang boleh di ambil. Tapi ini dari segi kefahaman dan kaca mata seorang Intan Zubaidah. Mungkin anda ada pendapat lain dari perspektif yang lain.
Sekian sahaja corat coret dihujung minggu. Kalau ada yang salah mohon dibetulkan dengan berhemah.
Salam sayang! Jangan marah kalau marah kena jual. Kalau tak marah teruskan berkasih sayang. <3
P/S : I choose "what kind of woman I wanna be". Pilihan di tanganku!
Till we meet again Incik Bloggie!
Wassalam…
No comments :
Post a Comment