Pernah tak rasa nak menulis
Tapi tak tahu nak tulis apa
Terasa kekeringan idea
Namun begitu
Jari terus menaip
Menaip
Menaip
Dan
Menaip
Persoalannya
Apa yang ditaip
Kelihatan beberapa patah perkataan
Membentuk baris-baris ayat
Menghasilkan satu perenggan
Tapi tadi kata tengah kekeringan idea
Tapi tadi kata tak ada modal nak tulis apa
Itu kerana
Minda sentiasa bergerak
Ligat memikirkan sesuatu
Cuma kadang-kadang kita tidak memberi peluang kepada diri
Untuk mendengar
Mendengar apa
Mendengar suara dari kotak fikiran kita sendiri
Mendengar suara halus dari minda kita sendiri
Yang sedang menyatakan sesuatu
Bila kita rasa tak ada idea
Sebenarnya
Ada sesuatu yang sedang berlegar-legar di minda
Dalam diam
Dengarkan ia berbicara kepada kita
Dengarkan ia memberitahu sesuatu
Mungkin kita akan menjumpai sesuatu di situ
Siapa kata 'tak ada idea la...'
Minda dah berkata-kata sebenarnya
Kadang-kadang mulut sahaja yang menafikan
Siapa yang meletakkan halangan kepada idea dalam minda kita
Diri kita sendiri
=)
Thursday, 29 May 2014
Saya tiada idea
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment