Sunday, 1 June 2014

Random Intan #9 : Laporan Cuaca Hari ini

Assalamualaikum...

Hi Incik Bloggie!!!

Sekarang ni tengah duduk dalam bas Cosmic; bas dua tingkat on the way balik ke Selangor. Pada awalnya sit di sebelahku kosong, hanya dua orang lelaki yg duduk di belakangku dan hanya ada beberapa penumpang lain yang naik ke tingkat atas. *Automatically tu dah menjelaskan bahawa aku sedang berada di tingkat bawah*. Ingatkan bas memang kosong macam tu. Banyak check point lain lagi rupanya nak pick up orang. Now bas dah almost penuh.

Disebabkan esok kerja & dah masuk minggu terakhir untukku bekerja. Takkan lah nak ambil cuti lagi kan *annual leave pon dah habis guna!*. So, mak suruh balik rumah dulu. Tinggalkan mak dekat rumah pah teh. So pagi-pagi tadi pak dak, pak teh, mak teh, tok & mak hantar aku dekat stesen bas Kuala Nerang and diorang terus bertolak ke...erk aku pun tak sure mana destinasi mereka. Tapi nak ke rumah tok cik ada kenduri di situ.

Dah lama tak naik bas sorang-sorang untuk perjalanan yang jauh. Technically memang dalam bas ni ada orang lain bukan aku sorang je. What I mean is, tanpa ditemani seseorang yg dikenali. Last naik bas sorang2 masa zaman belajar dekat Segamat dulu-dulu. Thanks to Pak Dak yg tolong belikan tiket. He even asked penjual tiket tu make sure yg org dekat sit sebelah aku tu perempuan. Rupa-rupanya tak ada orang pun. I must tell him later. Terharu bila ada pak cik yg sgt menjaga macam tu. =)

As da bosan, ambik phone. Put on earphone and godek2 playlist dekat walkman. Play lagu Rapuh by Opick. My favourite song ever yang memberikan sedikit ketenangan. Then end up to write something to Incik Bloggie. *tengah mengarang entry ni la!*.

Lihat ke luar jendela bas, kelihatan langit cerah. Terasa cahaya mentari membias ke dalam bas melalui cermin tingkap yang besar ni. Boleh nampak kepulan awan yang bebas berlegar-legar di kaki langit. Enough to cheer me up!

Awal-awal pagi tadi dapat satu berita yang agak menyedihkan dari abah & adik di rumah sana. Diorang kata Yuki da mati~~~ Sobsob...somehow I can feel air panas melalui pipiku... Yuki tu adalah kucing yang kami sekeluarga bela. She just 3 months. Kecil dan sangat cute. I used her picture as dp for whatsapp. :'(

Angah yang call & bagitahu mak. Then mak cerita, angah menangis masa bagitahu tu. Aku cuba call angah, dia tak angkat phone. Call phone rumah, abah angkat. Abah suspect, Yuki keracunan shampoo or ubat. A few days before ni, mak mandikan dia dengan shampoo anti fungus and letak ubat. We all tak perasan perubahan dia. Mungkin disebabkan dia still kecil lagi, tak dapat tahan kesan ubat tu. Just semalam baru abah & angah perasan yang Yuki dah tak mau makan. She even termuntah-muntah lepas minum air. Muntah dia kelihatan berbuih. Talked to Abah...I can heard his voice a bit...macam tahan menangis. Kami dah sayang dia as part of our family. Baru dua minggu dia bersama keluarga kami, tak ada rezeki nak bela dia sampai besar.

It's sunny outside but gloomy inside my heart. Memang sedih bila seseorang yang kita sayang pergi meninggalkan kita. Even tu adalah hanya seekor kucing. Tapi bila dia jadi as part of life. Mesti akan ada effect. Redha...hayat dia bersama kami hanya sampai di situ. Itu satu pengalaman as we still belajar macam mana nak jaga kucing.

Maybe bila sampai rumah nanti patut pujuk angah. Adikku sorang tu memang penyayang kucing. Kalau nak dikira penjaga utama kucing-kucing dekat rumah tu angah la.

"The best way to brighten up your day is to brighten up someone else's day"

Wahai abang driver bas tolong bawa bas elok-elok. Buat masa ni still rasa selamat lagi dia bawa. Macam nak request slow aircond sikit. Dah mula menggigil kesejukan ni.

Luckily bawak balik buku 'Super Brain'. Mungkin patut baca untuk mengisi masa lapang dalam bas ni. Nak berborak tak ada orang pulak dekat sebelah ni.

Sekian sahaja laporan cuaca live dari Lebuhraya Utara Selatan. May Allah ease our journey. Selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...

No comments :

Post a Comment