Friday, 13 June 2014

Husnudzon

Assalamualaikum...

Hi Incik Bloggie!

This morning tukar shift dengan adik, dia dah conquer TV dari pagi buta kan. Lepas matahari naik, my time pulak nak tengok TV. Tengok Tanyalah Ustaz, tajuk hari ini Sangka baik VS Sangka buruk oleh ustaz...hmm... Maaf ustaz I can't remember your name ustaz, tapi saya ingat sangat muka ustaz.

Terasa seperti ditampar.

Nak bersangka baik (husnudzon) kepada segala-galanya dalam setiap masa iaitu kepada Allah, orang lain, situasi and so on adalah satu benda yang berat untuk dilakukan. Yes, count me in. Termasuklah aku yang tak terkecuali. Contoh paling simple, bila orang potong queue tak kiralah masa nak bayar di kaunter mall or dekat jalan raya, we tend to geram & marah dan tak kurangnya kekadang gagal nak mengawal kemarahan sehingga mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya especially bila dalam kereta. Aku tak kata semua macam tu, itu just contoh ok CONTOH *contoh yang kontroversi, ada ciri2 bersangka buruk pula...*.

Dalam surah Al Hujurat, ayat 12 di atas, Allah menasihati kita supaya menjauhi prasangka buruk dan sentiasa bersangka baik dengan orang dan dalam apa jua keadaan. Based on contoh simple aku bagi tu, rasa macam agak susah nak bersangka baik dengan positive mengatakan bahawa 'mungkin orang tu ada hal emergency, nak kena cepat' dan tak berasa marah langsung. Kita hanyalah manusia biasa yang kadang-kadang ada terdetik sesuatu negatif dalam hati.

Contoh lain yang mungkin berlaku dalam kehidupan seharian kita, seperti ilustrasi yang telah di buat oleh Team Langit Ilahi.

Kredit
Terasa ditampar buat kali kedua.
Dapat apa yang aku cuba sampaikan. Yes, kita hanyalah manusia biasa, sangat susah nak bersangka baik setiap masa tanpa ada rasa curiga. Tapi...marilah cuba memberikan tanggapan yang baik kepada orang lain or apa situasi yang berlaku, especially kalau kita tak tahu hujung panggal keadaan tersebut. Latih hati untuk bersangka baik, so in future kita boleh latih anak kita or generasi lebih muda untuk bersifat Husnudzon ni. Terutama sekali bersangka baik dengan Allah SWT.


"Parenting starts before marriage and the first child you'll raise is yourself."

Tadi ustaz kata "Biar org bersangka buruk pada kita, jgn kita bersangka buruk pada orang." Bonus dan lebih baik sekiranya kita sama2 dapat bersangka baik kan. Semoga dikurniakan kekuatan olehNya. Ameen.

Just my little sharing and random thought di hari Jumaat penuh barakah ini. Sekian sahaja dari insan yang masih terus mencari dan memperbaiki diri. Yang baik itu dari Allah S.W.T segala kekurangan itu dari insan yang tidak sempurna ini. Jika ada tersalah-silap mohon tegur dengan berhemah.

Till we  meet again Incik Bloggie!


Wassalam...


post signature post signature

No comments :

Post a Comment