Assalamualaikum...
Hai Incik Bloggie!
Topik yang bakal ditulis hari ini sangat...*isilah sendiri...*.
Mungkin ada yang akan berfikir, dah galak nak kahwin sangat la ni, mungkin dia ni down sebab ramai dah kahwin dan dia belum, mungkin...so on lah. Astaghfirullah...bukan berniat untuk bersangka buruk. At first, tanpa ilmu dulu aku pernah terfikir perkara seperti di atas.
Bila sebut pasal topik ni, terbayang masa zaman sekolah menengah dulu, kekonon dok berangan nak ada bakal husband yang caring, romantik, hencem and kalau dapat yang kaya itu bonus! Senang kata PERFECT habislah! Bila aku mula mencari, sebenarnya realitinya bukanlah begitu.
Masa berusia awal 20an, aku baca satu buku yang berkaitan 'bab nikah kahwin' ni. Mak terjumpa dan dia macam 'amboi dah galak sangat dahhhh...'. Erk! tersentap seketika. Tak kurangnya ada juga yang bertanya 'kenapa nak baca buku macam tu? , Orang perempuan ni...' sentap kuasa dua. But...I have my own reasons.
Now I'm reaching mid 20's and peoples around me start to ask 'cepumas, cepuperak & cepusilver' question. Bila nak kahwin? Especially mak cik-mak cik, pak-cik pak-cik, atuk, nenek. Untuk bersangka baik aku anggap diorang risau je kot.
Ada beberapa skema jawapan yang aku nak kongsikan di sini:-
1. Tak ada calon lagi... So tak tahu bila lagi.
2. Belum sampai seru lagi.
3. Muda lagi lah.
4. Belum habis belajar lagi.
5. Duit tak cukup lagi.
6. Kenapa nak tahu? *menjawab soalan dengan soalan*
7. Tak bersedia lagi, masih banyak benda lain nak buat
8. *Mungkin uollsss ada jawapan kreatif sendiri nak bagi dekat orang*
9. None of the above. Diam dan senyum je.
I prefer to silence and senyum selebar yang mungkin. How I can answer the question that I didn't know the answer. So, lebih baik diam je kan. The best thing is, my cousin suggested to write the answer scheme on paper and give it to anyone who ask the 'cepumas, cepuperak & cepusilver' question. Good idea jugak bro! *Tapi tak pernah lagi la aku buat tu, macam malu jer...macam segan jer...*.
Start from last year, mula mencari realiti sebenar yang bukanlah fantasi dan angan-angan semata-mata. Lately I start to draft something in my mind. So, ni lah yang baru berani menulis entry ni. Sebenarnya banyak lagi current isu lain yang lebih penting untuk dikupas kan, cumanya...aku rasa belum cukup ilmu dan fakta lagi nak menulis sesuatu yang berat tu. Perlu lebih banyak membaca, mencari dari orang mungkin.
At first, I think the ideal age at least for women to get married maybe around 25 years old. Honestly aku rasa 24 tu macam muda je lagi. Padahal alah...beza setahun je pun. Pastu bila masuk late 26, 27 and above macam dah mula masuk usia 'senja' bagi kaum perempuan. Mungkin sedikit mentality 'kolot' di situ. The more I try dig about 'marriage', tak berkaitan dengan umur pun sebenarnya. Ia lebih kepada persiapan kita untuk ke arah gerbang perkahwinan itu sendiri dan kematangan nak melayarkan bahtera rumah tangga ke arah yang diredhai.
"Maturity is not one thing, rather it is a harmonious blend of many things such as physical maturity (puberty), mental maturity (how you view the world), emotional maturity (how you control your emotions), spiritual maturity (how you are with God), material maturity (having survival skills, like cooking), intrapersonal maturity (how you are with yourself), interpersonal maturity (how you are with people), etc." - Aiman Azlan
Sekarang ni boleh dikatakan aku dikelilingi oleh orang-orang yang telah mendirikan rumah tangga. I learnt a lot from their experiences. Perkahwinan itu tidaklah seindah seperti yang dipaparkan dalam novel-novel yang selalu aku baca masa zaman remaja dulu. Bermula dengan dua orang yang berlayar dalam satu bahtera, dikemudi oleh nahkoda yang bernama suami dan pembantu kanan bernama isteri. Dan lama-kelamaan dari berdua akan berkembang kepada beberapa anak kapal iaitu anak-anak dan proses perkembangan itu tidak terhenti di situ sahaja. At first kena ada ke arah mana bahtera itu nak dilayarkan. Pastinya ke jalan yang diredhai Allah ke taman-taman syurga. Bak kata ukhti NA, 'Nak ke jalan taman-taman syurga ini banyak duri-duri yang perlu dilalui di dunia ini.'. Walaupun satu-satu perkahwinan itu dimulakan dengan penyatuan dua jiwa kerana Allah SWT sekalipun, pasti akan diuji dan ada onak ranjaunya. Nak fikir kewangannya, nak fikir masalah luarnya, if ada sebarang tak kesefahamannya, nak fikir faktor keluarga both side husband and wife and so on lagi. Sangat memerlukan kerjasama, bertolak-ansur dan toleransi yang tinggi antara pasangan. Perlukan kematangan!
When we get married to someone, technically memang kita ni berkahwin dengan dia. Tapi secara realitinya kita berkahwin dengan 'kehidupan pasangan' kita itu secara keseluruhannya. Keluarga dia, kawan-kawan dia, pekerjaan dia, kisah silam dia and segala-galanya lah yang revolving around. Semua itu kena terima dengan hati yang terbuka. I've one friend yang dilema sebab family bakal pasangan dia. Agak 'scary' bila difikirkan, itu belum jadi menantu lagi. Erk! Macam mana nak terima parents in law sama macam parents sendiri bukan sekadar terima ja, tapi nak sayang dan hormat diorang macam kita hormat parents sendiri. Dah bersediakah nak menerima semua itu dan ianya juga memerlukan kematangan!
In case of arrange marriage, aku selalu terfikir possible ke? Macam mana nak hidup sebumbung bersama dengan orang yang tak berapa dikenali. Ya, memang akan berjumpa dan bertaaruf terlebih dahulu, tapi kita tak akan kenal sepenuhnya orang itu. Tapi dalam masa yang sama cuba tanya diri sendiri, adakah kita betul2 kenal orang yang telah lama dikenali? My forme colleague yang dah aku anggap macam kakak, I respect her sebab pengetahuan am yang baik dan knowledge agama dia. Kekadang dekat office if ada beberapa keraguan I'll refer to her. Dia berkahwin atas dasar aturan oleh orang tengah, I'm not so sure either kakak or kawan. But, at first dia memang tak kenal bakal husband dia sebelum ni, just kenal through sesi taaruf bersama keluarga. Now mereka baru je dapat seorang baby perempuan yang comel! Alhamdulillah.
Macam mana baru kenal beberapa hari then terus decide nak kahwin. Macam tak possible tapi possible. Then, I realised yang aku terlupa sesuatu. Perkahwinan itu bukanlah satu happy ending macam yang ditunjukkan dalam fairy tales or novel-novel or drama. Kalau perasan, last cerita bila dah kahwin tu maksudnya live happily ever after or happy ending la kepada kisah cinta tersebut. Actually perkahwinan itu adalah permulaan kepada satu langkah baru dan kehidupan baru. So, tak mustahil pun nak menapak bersama ke suatu alam yang baru bersama orang yang baru. Kerana masing-masing akan menjadi orang baru dalam nak menyesuaikan diri dengan keadann baru *complicated sikit, tapi hope fahamlah!*. Paling tak leh bla terlupa, parents aku pun kahwin bukan atas dasar suka sama suka. Diorang pun berkahwin atas dasar perkahwinan yang di atur oleh orang tengah. Alhamdulillah, bertahan sampai sekarang dah 30 tahun, then dah ada anak 4 orang; arwah abang, me & adik-adik. Yes, arrange marriage tu possible. I believe there's 'strange love' which connecting the couples after ijab & kabul. The 'strange love' that created by Allah.
Ada pula case yang tak mahu kahwin. Mak told me, me & my cousin sama je. Kenapa? Sama sebab tak mau kahwin. Haaa... In case of my cousin, maybe she still in trauma of past relationship & keadaan sekeliling. Sikitlah...bila dah trauma macam tu kan. Even me, ada satu tahap start to lose trust & respect to men. For a while jelah tapi, then everything back to normal. Alhamdulillah.
Maybe apa yang buat mak salah faham macam tu is because I asked her permission to adopt baby 'if' I don't get married by 28 or 29 years old. Aku ada satu pemikiran yang pelik sikit. Bila orang mula berangan tentang siapa jodoh mereka, aku mula memikirkan about the marriage itself, bila orang mula merancang pasal perkahwinan idaman mereka aku pula mula fikir, what I should do with my 'single' life. I told my BFF about kes nak adopt baby ni masa awal-awal masuk belajar for degree dulu. Then she like,'gila apa kau ni fikir macam tu, tak ada maknanya...' tehee~~~. She feel very sure I'll get married before her!
Especially rasa nak adopt anak yatim. Bagi makan anak yatim tu sangat dituntut inikan pula kalau menjaga dan memberi didikan kepada anak yatim. Tapi ia bukanlah perkara yang mudah dan ada tanggungjawab yang besar tu. Another thing is bila tua nanti, inshaAllah ada seseorang yang aku boleh bergantung harap. *Merepek sungguh pemikiran seperti ini ek*. Jikalau kalau umur masih panjanglah. Jodoh dengan kematian pun kena ditimbang-tarakan.
It's not that I against the marriage, sedangkan perkahwinan itu sesuatu yang amat dituntut dalam Islam.
“Dan kahwinkanlah orang di antara kamu yang tunggal dan (berkahwin) hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan, yang soleh” (Quran 24:32)
Nabi Muhammad SAW menyatakan:
“Apabila hamba Allah berkahwin, dia telah memenuhi separuh daripada iman (tanggungjawab yang diletakkan padanya oleh); maka hendaklah dia sedar Tuhan berkenaan untuk separuh yang lain”. (Mishkat)
The thing is, kita tetap juga kena fokus juga untuk memenuhi keperluan separuh lagi iman kita itu. Teringat ukhti NA tulis.
Usah risau mengenai jodohmu. Jodoh boleh dicari dan diusaha.Apa yang perlu kamu risau adalah bagaimana keimananmu dengan Allah SWT. Kerana jodoh kita dengan kematian sangat dekat. Bila-bila saja boleh berlaku. Bangunlah daripada angan-angan. Cuba sedaya upaya menjadi hamba Allah. Kerana realitinya kita akan kembali kepada Allah. Tuhan yang mencipta sekalian alam. Jika kita jaga Allah, Allah akan jaga kita. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janj-Nya.
Dan aku mula faham kenapa kematangan itu sangat diperlukan dalam sesebuah rumah tangga. Bukan faktor umur semata-mata!
Lebih banyak aku cuba mengkaji pasal 'marriage' ni makin terasa yang for sure "I'm not ready! I'm not matured enough!". But my friend shared with me, something that her grandmother told her, 'Kalau nak tunggu ready, sampai bila pun tak akan ready. Bila dah sampai masa mesti akan ready jugak'.
At first aku macam tak faham, kalau dah tak ready tu mestilah tak ready kan? Then I realised, mungkin situasinya adalah seperti mana aku nak prepare for final exam dulu. Makin banyak aku study, makin aku rasa tak tahu, makin rasa macam tak ready apa-apa nak pergi jawab final exam. Rasa kosong pun ada. At the end, aku kena juga masuk dan jawab soalan exam tu. Alhamdulillah, tengok soalan dengan tenang, dan jawab apa yang tahu. The reason why I can answer the questions, because of the preparation. Mungkin sama dengan kes yang nenek kawan aku cakap tu. Sedikit knowledge sebelum perkahwinan itu sendiri diperlukan dan pengalaman masa mengharungi alam perkahwinan itu sendiri akan mematangkan diri. At the end memang memerlukan persediaan jugak. Aku rasa kalau masuk ke alam perkahwinan tanpa sebarang persediaan umpama masuk ke medan perang dengan senapang tanpa peluru. Sebab mak kata 5 tahun yang pertama tu tahun perkenalan agak genting juga, so ada macam-macam ujian jugak masa tu. So memasing kena matang & sentiasa improve diri sendiri. Macam pergi exam tak ada preparation pape, bolehlah bersedia untuk fail & repeat paper tu next sem, so improve diri belajar la elok2. SO...that is the reason why I start to read that kind of book, at the age yang orang kata masih muda. Sebab sampai sekarang pun rasa belum cukup ilmu lagi.
Moral of the story...aku sangat respect kengkawan yang dah melangkah ke gerbang perkahwinan. Mabrook!
“Barakallahu lakuma, wa baraka ‘alaikuma, wa jama’a bainakuma fi khair”
(Semoga Allah memberkati kalian berdua dan memberkati atas kalian berdua, dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan).
Ameen...
In conclusion, marriage from a single person perspective; its part of ibadah, yang datang dengan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta mempunyai tujuan yang sangat murni. Penyatuan dua hati kerana Pencipta & part of the marriage akan lahirlah anak-anak bakal menjadi generasi pembimbing masa hadapan, persiapkan diri sendiri untuk mendidik mereka kelak. Ayah kepada Hassan Al-Banna pernah berkata,
"Aku mendidik anakku sebelum aku berkahwin"
From that I came up with principle 'Build your personality and maturity!'.
Somehow we forgot to ask Allah to grant our future husband/wife with a righteous wife/husband. |
Sincerely, aku lebih down kalau tak pandai masak at this age. Luckily tahu jugak basic memasak, cukuplah buat nak isi perut. Ahaks!
Just little sharing and my random thought. Sekian sahaja dari insan yang masih terus mencari dan memperbaiki diri. Yang baik itu dari Allah S.W.T segala kekurangan itu dari insan yang tidak sempurna ini. Jika ada tersalah-silap mohon tegur dengan berhemah.
Just little sharing and my random thought. Sekian sahaja dari insan yang masih terus mencari dan memperbaiki diri. Yang baik itu dari Allah S.W.T segala kekurangan itu dari insan yang tidak sempurna ini. Jika ada tersalah-silap mohon tegur dengan berhemah.
Salam sayang & jangan marah! Kalau marah kena jual, kalau tak marah teruskan berkasih sayang. = )
Till we meet again Incik Bloggie!
Wassalam...
No comments :
Post a Comment