Assalamualaikum...
Hi Incik Bloggie!
Sebenarnya aku tak sedar yang hari ni dah masuk 2 Jun. Rasa macam dalam bulan Mei lagi, sedikit kekacauan membuatkan lari fokus nak keep track hari & tarikh. Pun boleh kan -.-"
Tapi hari ke hari masih meneruskan agenda self-reflection. Alhamdulillah...nampakla impak yang positif yang menjadikan diri lebih positif! Fighting \(^_^)/
Overall for May Reflection!
Utamakan keluarga
"Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau belanjakan untuk membebaskan hamba, satu dinar yang engkau gunakan untuk bersedekah kepada orang miskin dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk keluargamu - yang paling besar ganjarannya ialah dinar yang engkau belanjakan untuk keluargamu." - (Hadith riwayat Muslim – no.2358)
Sekadar perkongsian satu hadis yang aku jumpa ketika membuat sedikit pembacaan di laman internet.
Memang dah menjadi kewajipan untuk mementingkan kebajikan keluarga, especially kepada ibu bapa kita. Lama mengambil masa berfikir-fikir adakah aku telah cukup menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada kedua ibu bapaku dengan baik sedangkan mereka telah cuba memberi yang terbaik untukku. Tanggungjawab ku kepada adik-adik, tambahan lagi sebagai kakak yang sulung. Adakah aku telah menunjukkan contoh yang baik untuk mereka. *hehe...sometimes adik-adik yang tegur perangai buruk kakak!*
Bila sebut pasal mengutamakan keluarga ni selalu orang compare antara keluarga dan kawan-kawan. Ada kala terlebihkan kawan dari family. Sebab kita rasa dia kawan rapat kita. Berkongsi masalah, rahsia bagai. Tapi dalam masa yang sama jangan sampai lupakan family. Kind of reminder to myself! Contoh paling simple kalau kenduri kawan dekat mana ceruk tah sanggup je pergi kan. Tapi bila mak ajak pergi kenduri saudara-mara yang sebenarnya tak berapa nak kenal sangat mesti akan ada terbit rasa maacammmm...malas arrrr....*pernah tak terdetik?* Terdetik dalam hati jelah bila fikirkan mak yang ajak still ikut juga. Lagipun kalau tak pergi, sampai bila-bila pun tak akan kenal kan. Iye dak?
Apa-apa pun orang yang paling kenal kita adalah keluarga kita. Yup! Orang yang tahu siapa Intan Zubaidah yang sebenar adalah mak, abah dan adik-adikku. Segala buruk baik aku mereka yang tahu sebab dah duduk sebumbung tiada sebarang hipokrit! *mantap dan sentap! T_T *.
Apa-apa pun orang yang paling dekat nak membantu kita apabila dalam kesusahan adalah keluarga kita sendiri. Bila kereta rosak, kekurangan duit poket or nak apa-apa, cari siapa; Abah. Bila rasa lapar nak makan macam-macam, nak tanya resepi cari siapa; Mak. Bila rasa takut nak pergi dapur & nak buat perangai bukan-bukan cari siapa; Adik-adik. Itu yang simple je, kalau masalah yang complicated pun dekat siapa kita nak rujuk. Tepuk dada tanya iman. Lain orang lain pilihan.
Papepun jangan lupakan keluarga kita.
Semoga Allah S.W.T. memelihara keharmonian keluarga kami. Peace Love Harmony.
Kelembutan Mengatasi Kekerasan
Pernah dengar peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tapi bagaimana sekiranya rebung tu dah jadi buluh. Adakah kita sudah tidak mampu melenturnya. Mungkin agak susah dan memakan masa namun masih boleh dilenturkan dengan menggunakan kelembutan.
Sebagai manusia kita cenderung untuk mempertahankan diri especially bila terasa diri diserang. Sebagai contoh bila kena tohmahan kata-kata negatif. Natural reaction, we tend to fight and protect ourselves. Apabila negatif dibalas dengan negatif semua itu tidak akan kemana, bahkan akan memburukkan lagi keadaan.
So, if kita nak dapatkan respond yang positif dari orang why not dengan menggunakan cara yang positif. Dalam erti kata lain dengan kelembutan. Kalau buluh tu dah bersifat keras, dan kita gunakan lagi kekerasan untuk membengkokkannya alamatnya patah la buluh tersebut. Mungkin dengan kelembutan buluh yang keras itu dapat dilenturkan walaupun tidak sepenuhnya, tapi at least lebih elok dari terus patah *apa pun tak boleh...*.
Seperti juga dalam kes hati manusia yang sifatnya berbolak balik, mampu di sentuh dengan kata-kata yang lembut serta penuh kasih sayang. Kekerasan hati tidak boleh dilawan dengan kekerasan hati kembali, kerana ia hanya akan menimbulkan lagi rasa dendam dan rasa sakit hati. Tawan ia dengan kelembutan dan kasih sayang kerana hati itu sendiri akan tersentuh dan berasa lebih tenang. *Ewah2...konon macam betul je, based on pemerhatian dan pengalaman selama ni...*.
Love!
Wah! Kalau nak berborak pasal cerita L.O.V.E ni, 24 jam sehari pun tak cukup. Bagi ber bundles buku or kertas pun tak habis nak karang! Boleh jadi tak tidur semalaman kalau borak pasal bunga-bunga cinta ni dengan kengkawan or sepupu sepapat *iya benda ni pernah terjadi kepada saya dan rakan-rakan bahaha...sebab tu tahu...Amboi~~~*.
Kalau pergi dekat Incik Google, taip je "Love" berjela-jelalah keluar maksud love, quotes love tu tak lagi lagu-lagu nya.
Mengikut kata Incik Wikipedia...Love is...
A variety of different feelings, states, and attitudes that ranges from interpersonal affection("I love my mother") to pleasure ("I loved that meal"). It can refer to an emotion of a strong attraction and personal attachment. It can also be a virtue representing human kindness, compassion, and affection—"the unselfish loyal and benevolent concern for the good of another". It may also describe compassionate and affectionate actions towards other humans, one's self or animals.
Nampak ada pelbagai cabang cinta di situ. Love to your parents, siblings, spouse, friends, materials and even animals. Itu kata Incik Wikipedia yang split love into two types; Interpersonal love (love between human being) & Impersonal love (object, goal; not related to 'human to human feeling')
Tapi aku suka akan satu lagi pengertian cinta yang diberi oleh saudara Hilal Asyraf.
Sekiranya benar cinta, kita mahu bersama hingga ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka itu bukan cinta namanya.
Dan aku suka jugak lagu dalam cerita Frozen!
And it's nothing like I've ever known before!
Love is an open door!
Love is an open door!
Love is an open door!
Tapi jangan kita lupa kepada satu cinta yang lebih penting! Cinta kepada Pencipta kita. Adakah kita dah cukup mencintai Dia dan berhak mendapat balasan cintaNya. Bila kita mencintai seseorang selalunya kita ingin berikan yang terbaik untuk dia. Scan diri balik, cukupkah 'dating time' dengan Dia 5 kali sehari. Adakah selalu menepati waktu dating tersebut, selalunya on time kah or selalu buat Dia ternanti-nanti dan banyak lagi...*face palm!*.
"Allah Almighty said "I am as My servant expects Me to be. I am with him if he remembers Me. If he remembers Me to himself, I would remember him to Myself. And if he remembers Me in a gathering, I would remember him in a gathering, which is even better. And if My servant draws near to Me by a hand's span, I would draw near to him by an arm's length and if he draw's near to me by an arm's length, I would draw near to him by a fathom's length. And if My servant comes to Me walking, I would go to him speeding." - Al-Bukhari
Face palm. (T_T)
Yes...'Love' is an open door. If you search it in right way, its open door to Jannah.
Sekian sahaja dari insan yang masih terus mencari dan memperbaiki diri. Yang baik itu dari Allah S.W.T segala kekurangan itu dari insan yang tidak sempurna ini.
Salam sayang. Jangan marah! Kalau marah kena jual. Kalau tak marah teruskan berkasih sayang. =)
Till we meet again Incik Bloggie!
Till we meet again Incik Bloggie!
Wassalam...
No comments :
Post a Comment