Assalamualaikum...
Hi Incik Bloggie!
Recently macam tetiba berminat dengan poem & short cerpen, sebenarnya bukan baru dah lama dah. Since sekolah rendah lagi, tapi tiba-tiba minat tu macam terkubur buat sementara waktu, then tetiba muncul balik. Apa nak dikata lagi, hati itu kan sifatnya berbolak-balik. Dari suka boleh jadi tak suka, dari tak suka boleh jadi suka.
Terjumpa satu penulisan yang sangat menarik dari blog 'Sebutir Kasih Sejuta Sayang' nak dikongsikan di sini. Bukan hasil penulisan saya tapi penulisan pemilik blog yang sangat menarik. Most of his entry sarat dengan mesej yang bermanfaat. =)
*****
CINTANYA AWAN PADA HUJAN
“Hujan, tolong jangan pergi...” Kata Awan..
“Awan..., ada waktunya melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban di dadamu hanya kerana tidak ingin aku pergi.”..Kata Hujan
“Tapi aku masih mampu...” Kata Awan..
Hujan tersenyum sambil berkata “Ya, mungkin kau masih mampu. Tapi sampai bila kau akan mampu bertahan?..”
Awan terdiam....
“Aku harus patuh pada perintah Tuhan. Dan kau pun harus akur pada takdirNya. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi hamparan ciptaanNya yang Maha Agong menyejukkan tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku.” Kata Hujan...
Didada Awan semakin sedih, kesedihan itu membuatkan jiwa Awan terlalu mendung...
“Wahai Awan..Sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada? Mengapa mahu bersedih?” Kata Hujan pada Awan...Hujan sebak menahan perasaan....
“Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku dan Tuhanmu Hanya demi Tuhanku aku redha..Terima kasih Hujan. Mendengar kata-katamu, aku lebih mengenal siapa diriku.” Kata Awan....
“Allahuuuuuu Rabbiiiiiiiiiiiiiii Selamat tinggal wahai Awan. Doakan aku bermanfaat untuk mereka yang lain... Allahuakbar!!!!!!!!” Jerit Hujan bersama guruh berdentum kuat...
Airmata Awan jatuh tanpa henti-henti kerana tersedar kembali lalu insaf kerana selama ini cintanya pada Hujan melebihi cinta pada Ilahi.
Hujan pun turun bersama air mata. Sakit. Saat melepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya. Perasaan ini hanya sementara. Mungkin Langit tidak akan mengerti akan kesakitan Awan dan Hujan. Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu Langit itu faham pengorbanan.
Awan, Hujan menghadiahkanmu Pelangi. Kamu lihat bukan? Subhananllah...
Kredit : http://adminskss.blogspot.com/2012/07/cintanya-hujan-pada-awan.html
*****
Dapat mesej yang cuba disampaikan. Renung-renungkan dan selamat beramal~~~ *tiru Prof Izzi eh...mihmihmih~~~*
Dan...
Ku akui...
Adakala...
Melepaskan...
Adalah jalan yang terbaik...
Ia bukanlah suatu pengakhiran...
Namun...
Ia adalah awal...
Kepada suatu permulaan yang baru...
=)
Ia bukanlah suatu pengakhiran...
Namun...
Ia adalah awal...
Kepada suatu permulaan yang baru...
=)
Last but not least...
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". - Surah Al-Baqarah ayat 216
Till we meet again Incik Bloggie!
Wassalam...
No comments :
Post a Comment