Assalamualaikum...
Hai Incik Bloggie!
Masa sentiasa akan bergerak meninggalkan kita, kadang-kadang kita rasa masa berlalu dengan sangat perlahan dan kadang-kadang sampaikan tak sedar masa berlalu dengan sangat pantas. Pejam celik-pejam celik rupanya dah setahun pun aku bekerja. Tapi orang kata tempoh setahun jagung lagi, masih bertateh dalam alam pekerjaan. Tapi kalau nak menyingkap sejarah dengan company yang aku bekerja ni, dah almost setahun setengah dekat situ bila ditambah dengan tempoh praktikal 6 bulan.
Sepanjang tempoh setahun setengah dekat situ, aku rasa banyak benda aku belajar. Di situlah aku memulakan langkah dalam karier selepas bergelar graduan. Improve communication skill, either verbal or non-verbal, confident level, time management, work management, administration and so on. Dalam masa yang sama dekat situ, aku dah dapat satu group kawan-kawan baru. Sebelum ni ada kawan tadika, kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan PLKN, kawan UiTM Segamat, kawan UiTM Puncak Alam sekarang dah ada kawan Fujitsu.
Sehinggalah aku decide sesuatu pada awal tahun ni, dan dah berfikir panjang plus dapat sokongan dari parents ku dengan nekad aku hantar surat resignation dekat bos bulan April yang lepas. Sesuatu yang sangat risiko untuk dilakukan, since sekarang ni bukan senang nak dapat kerja. Tapi bak kata my colleague; Anthony 'If U nak improve yourself, U must be brave to move out from your comfort zone. Kalau U tak nak resign, nanti I yang push suruh U resign. U should go somewhere else, pergi cari pengalaman lebih lagi". Kalau borak dengan Anthony mesti sentiasa borak pasal benda2 yang akan memberi motivation. Dia selalu share pasal orang-orang yang high determination. He's like a big brother to me. Bukan Anthony je, my Supervisor during intern, Julicia. I learned a lot of things from her. Bukan dalam bidang kerja je, dalam life pun dia banyak bagi nasihat termasuklah Kak Suraya, Kak Ana, Michele, Kak Syafiqah, Kak Zu and ramai pulak lagi tak tersebut. They're like my big sisters, yang sentiasa jaga diorang punya little sister ni. Sebab aku antara orang termuda dekat situ, macam adik yang ditatang dengan minyak yang penuh *haha...over sungguh!*. Dalam masa yang sama dapat dua bestfriends baru dekat office Mira & Fafa. Tempat luah perasaan stress kerja, mengadu domba masalah, gosip, exchange idea, mintak nasihat, teman makan. So dalam tempoh bekerja ni, 8 jam dari 24 jam sehariku dipenuhi dengan kehadiran mereka.
As a contract staff, I need to serve two months notice. Pejam celik-pejam celik hari genaplah notice 2 bulan yang dah aku beri tu. Tetiba macam berat hati pulak nak tinggal office. Bila teringat pasal benda-benda yang dah buat bersama, sesama pening nak settle kerja, curi tulang pergi makan lebih dari waktu lunch, tidur dekat surau, solat jemaah dekat surau office, stay back balik lambat bila ada event, tak puas hati dengan HR *hahaha...*, sesama pergi training, sesama bosan berjemaah dalam bilik training; banyak lagi bendanya nak tulis tapi kalau makin tulis makin mengarot pulak karang. Rasa macam sedih pulak nak tinggal office, mata pun rasa berair. Bukan sebab dah tak jumpa lagi, still boleh keep in touch. Cuma dah tak akan sama lagi dah macam dulu-dulu. Satu benda ja yang rasa lega, no more work loads *hahahaha...* yang ni suka! Tapi no more income nak shopping online macam selalu *gulp!*.
Dalam masa yang sama terbit pulak rasa macam, aish...tak patot benti kerja lagi. But...I have my own reasons. Dalam masa yang sama terfikir, if I made a wrong decision. Emm...positive! There are no right or wrong decisions. Cuma, sama ada jalan yang dipilih tu perlu dilalui dengan penuh liku atau mudah je yang akan membezakannya. Mana-mana jalan pun mesti akan ada cabaran & halangan yang tersendiri. We won't know the result until we choose the path and explore it. Ambil yang jernih, buang yang keruh jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup. Sentiasa positifkan diri walau apa jua rintangan yang datang. Percaya Allah sentiasa ada untuk membantu hambaNya. *Oooo Intan...positif sungguh hang! padahal cuak gila benda risiko ni!*.
Kehidupan kita sentiasa bergerak dan berubah dari satu chapter ke satu chapter. Kita tinggalkan satu chapter untuk bergerak ke satu chapter baru, dengan harapan dapat improve diri. Menarik kan. Even susah nak 'say goodbye' kepada chapter yang lama *aku sebenarnya tak move on lagi dari alam belajar dekat uni dulu, ni nak move on dari alam kerja sekejap!*. Kenangan akan tetap menjadi kenangan yang akan dikenang sepanjang hayat dan dalam masa yang sama we keep move forward.
Terima kasih kepada semua kawan-kawan Fujitsu! Banyak sangat nak tulis satu per satu kat sini. I'm gonna miss them soooooo muchhhhh! Padahal Cyberjaya tu dekat je pun dengan rumah. Still boleh set lunch date lagi, still boleh pi melawat diorang lagi *banyak sungguh masa kau tan!*. Yang penting tak kacau diorang buat kerja lah. Still boleh contact, still boleh plan nak pergi tengok Transformers reramai nanti! EH!
Masa depan masih lagi misteri. Will work on my plan dalam masa yang terdekat ni. May Allah ease everything. Kita hanya merancang Allah yang menentukan segala-galanya. Sebenarnya dah siap sediakan diri dengan pelbagai back up plan. Dunno lah, mana yang akan terjadi. Ustaz Yusuf kata benda paling penting dalam kehiduan ni DUIT; Doa, Usaha, Ikhtiar & Tawakal.
Last but not least...
Salah satu cara nak release stress dekat office! Omo...omo...minyak boleh buat goreng ikan -.-" |
Sebenarnya tak tahu la apa yang aku merepek ni. Aku taip ikut apa yang tetiba terkeluar dari hati nurani. Sekian sahaja dari saya yang officially membina kerjaya sebagai penanam anggur yang berjaya!
Till we meet again Incik Bloggie!
[Credit] |
Wassalam...
No comments :
Post a Comment