Wednesday, 11 June 2014

Gejala demam FIFA World Cup 2014 Brazil!

Assalamualaikum...

Hi Incik Bloggie!

Omo..omo...omo...aku pun tak percaya aku tulis pasal World Cup! *erk...macam pelik je...*. Ni semua gara-gara ditinggalkan berdua di rumah bersama adik kesayanganku, Incik Angah. Mak & Abah ada kat kampung & our little brother tengah struggle belajar dekat Pekan sana tu *hope belajar elok2 lah di sana*. Hari-hari boleh dengar Incik Angah bebel pasal bola or lebih specific cerita pasal World Cup. So aku rasa nanti nak kena cek temperature badan dia. Rasanya dah kena demam World Cup neh. -.-"



Belum pape lagi dah tanya; Along nak tengok tak World Cup nanti? 

Belum pape lagi dah plan; First game brazil lawan pukul 4am, tapi nak tengok opening SO...kena bangun awal sikit. Along jom tengok!

Belum pape lagi dah mula analisa game.

Of course my lovely brother yang share!
Tak semena-mena semalam buat revision player teams yang dikatakan 'gagah' oleh adikku. Satu persatu dia tanya aku kenal tak dia ni, kenal tak yang ni, haa...ni power ni, haa...yang ni hebat ni, yang ni player lama, yang ni player baru. Al-maklumlah bila tak ada adik perempuan macam ni lah jadinya. Ok brother! sebagai seorang kakak yang berbaik hati, aku layankan je *ecewah!!!*. Adalah fews yang aku kenal. So tak adalah nampak 'zero' sangat depan adik laki aku ni en...en...en... *tak apa angah nanti kita buat revision pasal jenama handbag or baju or jam or whatever la pulak...let's see how your reaction layan Along! bahahaha..*

Dalam kesemangatan adikku itu, aku pulak masih terkapai-kapai *terkapai-kapai ku kelemasan~~~ nyanyi lagu Sudirman*...Chup...Chup...bilanya World Cup ni? Supaya tak nampak teruk sangat, I knew ada World Cup tahun ni dekat Brazil cuma...tak tahu tarikh bila jer... *tak lah nampak teruk sangat ennnn...*. -.-"

Truth to be told I'm not a football fan. Inikan pula nak memahami permainan itu sendiri, di mana 20 orang jejaka berlari berkejaran mengejar sebiji bola yang disepak ke sana ke mari dengan intention nak di sumbatkan ke dalam satu gua berpuaka a.k.a. gawang gol yang dijaga rapi oleh seorang 'penunggu' yang setia menunggu dan berjaga di hadapan pintu gua itu *muahahaha...'penunggu' sound scary sikit...kan bagus kalau jumpa lelaki yang sangat setia macam 'penunggu gua berpuaka' tu...I mean sifat setia dia menjaga gawang gol tu lah...eh! Off topic la intan ni! dush...dush...* If bola berjaya melepasi penunggu dan memasuki gua berpuaka itu, reramai akan menjerit perkataan keramat 'goallllll!!!!' & the other side akan down sekejap sebab bola masuk dalam gua puaka diorang.

Aku rasa mau aku kena bantai dengan 'kipas susah mati bola' or (sebut: die hard fan) bila bagi definition macam ni...sorry!!! Chill2!!! Just try to be a bit creative...tamau la serius sangat! *muahahaha...evil laugh!*.

Bak kata adikku;
Angah:  satu team 11 orang ye along. Tapi kadang-kadang satu team boleh jadi 12 orang.

Me: Haaa...apo pepelik pulak dah ni *why brada???*. 

Angah: Sebab pengadil join sekali.

Me: Tak paham... *ketidakfahaman yang melampau...jelas tergambar di wajahku ketika itu...*

Angah: Sebab pengadil berat sebelah la long...

Me: Cehhhh...habaq la awal2.

Tapi kadang-kadang aku tengoklah jugak bola ni. What to do bila lelaki dah pegang remote control TV. Layan jela kan... As revenge, I'll jerit 'goal!!!!' bila team yang lawan team favourite adik2 aku tu score goal. Jahat en...tapi tak lah jahat sangat sebab bila team favourite diorang score gol aku jerit lagi kuat 'goaaaallllll!!!' sep sikit! Kira baik la tu kan...heh -.-". Since game awal pagi kan kali ni, tak heran pun kalau kaum laki di rumah ni nak conquer control TV. AT that moment, I'll enjoy my relationship with bed.

Dan aku rasa bukan adik aku je kot dah terkena gejala pepelik nih. Kompem kaki-kaki bola, peminat bola kat luar sana tu dah dok sibuk countdown bila World Cup dekat Brazil nak mula. Semoga bergumbiralah kalian semua di musim World Cup nanti! Jangan sampai terganggu aktiviti seharian sudah gara-gara demam World Cup neh! OK!!! = )

Selepas ni dapatlah tengok orang2 unite *aku rasa yang sokong sama team je akan unite kan...betul dak?* tengok bola di kedai mamak dan banyak la kedai letak screen besar wat promo tengok World Cup.

Namun begitu, aku masih belum ada lagi jawapan untuk persoalan adikku itu. Nak tengok ke tak...nak tengok ke tak...nak tengok ke tak...*tarik kelopak bunga tepi rumah* EH! Tengoklah kalau rasa nak tengok *sebab kekadang bila world cup ni mood jadi lain macam jugak! Teringat masa World Cup 2002 dulu...aku rasa akulah budak paling semangat & tahu semua update ecewah!*

Last but not least jom baca 'surat cinta' dari husband untuk wife dia, dan dari wife untuk husband dia sempena world cup ni ye.



Relax2 abang kakak...jangan sampai bergaduh...

P/S: Dalam kehangatan dok countdown for FIFA WORLD CUP 2014 BRAZIL. Jangan lupa countdown for Ramadhan yang just around the corner too. = ) Kalau dah predict team mana nak menang untuk World Cup nanti mesti dah kena ada plan apa nak di cari sepanjang Ramadhan yang bakal berkunjung tak lama lagi *note to myself sebenarnya*.



Sekadar berbasa-basi sahaja. Salam sayang & jangan marah! Kalau marah kena jual, kalau tak marah teruskan berkasih sayang. = )

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...



post signature post signature

No comments :

Post a Comment