Assalamualaikum...
Membuka bicara...
Dari kejauhan Pungguk merenung
Tatkala siang melabuhkan tirai
Menantikan bulan berkunjung tiba
Memberikan seri kepada malam yang gelap
Pungguk dan bulan
Terpisah bertrillion batu
Pungguk di sini
Bulan di sana
Pungguk sedar ada jurang yang sangat besar antara mereka
Tidak tercapai Pungguk
Kerana dia bukanlah Neil Armstrong
Dia hanyalah si Pungguk yang memiliki sayap biasa
Namun begitu Pungguk masih setia
Menanti Bulan muncul di balik awan
Mahu berkata-kata kepada Bulan
Pungguk karangkan warkah ringkas
***
Apa khabar bulan?
Lama tidak bertanya khabar
Bukan tidak peduli
Kerana aku khuatir
Kamu tidak suka
Kerana kamu tidak pernah membalas soalku
Tidak mengapa
Hanya mengenang di sudut hati
Kamu baik bulan?
Lama tidak bersua
Bukan bersembunyi
Kerana aku khuatir
Kamu tidak selesa
Lalu aku memerhati dari jauh
Nyata
Kamu baik sahaja
Bagaimana kisah hidupmu Bulan?
Lama kamu tidak bertukar cerita
Tidak mengapa
Aku doakan kisah yang gembira untukmu
Kamu ingat aku bulan?
...
Tidak mengapa
Aku tidak mengharap jawapan darimu
Cukuplah menatap sinarmu yang menerangi gelap malam
Oh Bulan
Cukuplah aku dapat melihat
Serimu dari kejauhan
Dalam diam
Tanpa balasan kata-kata
Cukup
Memadai
***
Setianya Pungguk pada Bulan
Membuatkanku mahu berkata-kata
Kepada Bulan
***
Bulan
Tahukah
Kamu punya perindu
Dalam diam
Bulan
Tahukah
Kamu punya pemuja
Sepanjang zaman
Bulan
Tahukah
Kamu punya Pungguk
Perindu sepi dan Pemuja setia
***
Setianya Pungguk pada Bulan
Membuatkanku mahu berkata-kata
Kepada Pungguk
***
Pungguk
Setianya engkau pada Bulan
Sanggup bergadai masa
Tanpa sebarang lelah
Pungguk
Setianya engkau pada Bulan
Walau tanpa balasan kata
Tiada rasa kecewa
Pungguk
Setianya engkau pada Bulan
Tiada berbelah bahagi
Dua atau tiga dan seterusnya
Hanya satu
Pada Bulan
Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta
Mencari Bulan dalam gelap malam
11.40pm
*********************************************************************************
Yang pasti kisah Pungguk dan Bulan ini hanya dongeng semata-mata
Tiada kaitan antara hidup ataupun yang telah pergi
Jika ada terkait itu hanyalah kebetulan sahaja
AHAKS!
***
Aku bukanlah Pungguk yang merindukan Bulan
Bahkan bukan jua
Bulan yang tidak mengendahkan Pungguk
Aku hanyalah...
Intan
Bukanlah Permata
Bukan jua Berlian
Akulah
Intan Zubaidah
Menulis sebagai satu terapi bagiku
Ahaks! = )
***
Jika Pungguk mampu setia kepada Bulan
Mampukah kita setia kepada Pencipta kita, RasulNya dan AgamaNya?
Pesanan buat diri sendiri
Till we meet again Incik Bloggie!
Wassalam...
No comments :
Post a Comment