Adakala kita perlu duduk bersendirian,
Mungkin duduk merenung langit,
Memikirkan tentang perihal sekeliling,
Memikirkan isu semasa,
Memikirkan perkembangan ummah,
Adakala kita perlu duduk bersendirian,
Barangkali duduk merenung langit,
Memikirkan tentang diri sendiri,
Memikirkan tentang kehidupan,
Memikirkan hala tuju yang masih kabur,
Memikirkan dosa-dosa lalu,
Adakah telah diampuni?
Mungkin masa belum tiba untuk mencari cinta,
Mungkin masa untuk memperbaiki cinta dengan Pencipta Yang Maha Esa.
Mungkin langit tidak dapat berkata-kata,
Namun langit mampu memberi ilham,
Dalam diam,
Tanpa kata.
Silent...
Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta
13 Mei 2014
Tersenyum melihat langit
No comments :
Post a Comment