Thursday, 6 March 2014

Corat Coret Sesuatu yang Bernama Kehidupan

Assalamualaikum…


Hai Incik Bloggie!!!

At first aku plan nak tidur awal malam ni, but again like a few days ago I just can't sleep. Mungkin masa diberikan untuk aku berfikir panjang tentang apa-apa je yang rasa nak fikir. Tetiba terasa nak menyingkap balik sejarah kehidupan sendiri, aku rasa kehidupan ini adalah suatu yang ajaib.

Mengenang kembali saat diri dilahirkan, setelah itu kaki kecil mungil ini belajar berjalan mengenal langkah pertamanya dalam kehidupan. Setelah itu mula mengenal suku kata pertama dalam hidup, belajar menyebut seterusnya ke peringkat memahami apakah makna disebalik setiap kata-kata atau perkataan yang dikeluarkan dari bibir kecil itu. Masa demi masa berlalu, abjad demi abjad dipelajari, suku kata demi suku kata dikenali, perkataan demi perkataan di bentuk membuka ruang untuk kepada satu langkah ke peringkat kehidupan yang lain. Melalui zaman persekolah di peringkat tadika dan kemudian ke peringkat sekolah rendah. Apabila berlaku perubahan demi perubahan dari segi fizikal, the way of thinking and behavior maka bermulalah transition from zaman kanak-kanak to zaman remaja muda mudi yang terjadi ketika memasuki alam sekolah menengah. Meninggalkan alam kanak-kanak,dan diri  semakin exposed kepada sesuatu yang baru. Usai zaman persekolahan, lalu takdir membawa diri ke menara gading, physically away from family apa yang ada disekeliling adalah kawan, teman, sahabat, lecturer, buku, tempat baru dan bermulalah satu peringkat baru yang boleh aku namakan sebagai 'uni life'. Setelah dua kali menamatkan pengajian, satu langkah kehadapan meninggalkan 'uni life' melangkah ke alam pekerjaan. Telah meninggalkan zaman remaja dengan mengambil satu lagi langkah kehadapan memasuki fasa baru kehidupan. Dan dah boleh dipanggil sebagai seorang 'dewasa'. Ok, kisahku baru sampai di sini. 

Bila memikirkan perjalanan itu, terasa setiap detik, saat, minit dan masa dalam kehidupan kita ini merupakan satu keajaiban kerana dalam sekelip mata macam-macam boleh terjadi dan berubah. Perjalanan kehidupan itu juga sesuatu yang ajaib apabila mengenang betapa bezanya diri sekarang dengan diri yang dulu. Macam lagu 'aku yang dulu bukanlah aku yang sekarang' pulak.

Its miracle by Allah S.W.T., bagaimana Dia menyusun kehidupan manusia dari satu peringkat ke satu peringkat. Its too beautiful untuk difikirkan. Dan apabila mengenang kembali pengalaman-pengalaman yang telah dialami disepanjang fasa kehidupan ini membuatkan kehidupan itu suatu yang ajaib kerana pengalaman itu telah membentuk siapa diri yang sekarang.

Random thought from me, satu entry yang agak serius tapi macam lintang pukang jer. Sebenarnya aku rasa nak menulis benda lain ni. Tapi entah kenapa jari ini terpesong menaip bait-bait lain pulak. Sejenak, kehidupan aku agak pelik bin ajaib sekarang ni. Terlalu banyak perubahan yang berlaku. Dan setelah itu aku mula memahami bahawa yang menjadikan kehidupan itu ajaib adalah TAKDIR Allah S.W.T. 

Last but not least. Kehidupan bukan hanya berkisar mengenai kisah sendiri sahaja.Kehidupan bersifat sarwajagat.

Yang baik itu dariNya, segala yang buruk itu datang dari diri ini yang serba kekurangan.
   
First adorable step in life.
[Source]
P/S :"In search of meaning, your life must revolve around reading" I love this saying which I read a few minutes before I begin to write this entry. *macam ada something wrong somewhere dekat ayat tu…hmm…hmm…" So sila rajin-rajin membaca Intan!

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...


post signature post signature

No comments :

Post a Comment